Chapter 77

18.5K 1.1K 60
                                    

7 bulan kemudian

"Sayang, abang pesan apa tadi? Apa degil sangat ni tak nak dengar cakap orang. Perut tu tinggal nak meletup je masih nak renyah ke sana ke sini" tegur Fahim dengan nada yang sedikit tegas.

Time pesan bukan main lagi isterinya itu mengangguk tapi tetap juga buat benda yang dilarang.

"Sophea tolong mommy angkat pinggan letak dekat dapur je." Balas Sophea perlahan dengan kepala menunduk memandang ke arah lantai sambil tangan bermain sesama sendiri.

"Dah pergi duduk sana diam-diam. Jangan bergerak dari kerusi tu, nak apa-apa panggil abang. Abang nampak sayang bangun dari kerusi tu, tahu la nasib sayang" ugut Fahim membuatkan Sophea berasa sedikit gerun.

Sejak due date nya semakin dekat, entah kenapa Fahim jadi semakin garang. Dia tak suka! Nak manja-manja dengan Fahim pun dia jadi takut.

Dia nak Fahim yang dulu. Dia lebih suka Fahim yang miang daripada Fahim yang garang ketika ini.

"Sophea duduk sini je boleh? Kerusi tu jauh sangat, Sophea tak larat nak berjalan" pinta Sophea lembut sambil membuat muka kesian pada Fahim.

"Tahu pula penat, tadi kehulur kehilir angkat pinggan semua tak penat pula?" Terkebil-kebil Sophea dibebel oleh Fahim.

"Fahim, apa kamu ni garang sangat. Biasa la bini kamu tu dah selalu buat kerja rumah, memang la tak reti nak duduk diam. Lagipun bagus dia banyak bergerak, senang nak beranak nanti" tegur Puan Amanda yang tiba di dapur.

Dari tadi dengar anak nya bebelkan menantunya itu. Mujur yang tinggal hanya keluarganya sahaja. Orang surau semua sudah balik sejurus sahaja selesai majlis akikah anak Farhana.

"Fahim bukan apa mommy, Fahim tak nak apa-apa terjadi pada Sophea. Fahim risau tengok Sophea banyak gerak buat kerja apa semua" Fahim bela diri nya sendiri, sesekali menoleh ke arah Sophea sekilas.

"Ye la kamu je la yang betul semuanya. Mommy cakap pun bukannya kamu faham. Pergi ambil semua lauk dekat depan tu bawa ke sini, mommy nak kemaskan" arah Puan Amanda ingin berhentikan pertengkaran antara mereka.

"Sayang tunggu sini, abang settlekan kerja semua then kita balik rumah" sempat Fahim mengucup dahi gadis itu sebelum berlalu keluar dari ruangan dapur.

"Garang garang pun miang tak lepas" gumam Puan Amanda perlahan.

"Mommy ada apa-apa nak Sophea tolong ke? Sophea bosan ni tak ada benda nak buat" pinta Sophea simpati, tak biasa duduk diam so dia tak boleh kalau duduk saje tak buat kerja.

"Tak payah la Sophea, nanti laki kamu tu bebel lagi. Tak apa mommy banyak pembantu boleh tolong. Kamu jangan risau, duduk je situ diam-diam" Sophea sudah muncung ke depan dengar balasan dari Puan Amanda.

Dari awal majlis sampai ke sudah dia asyik kena pesan suruh duduk je. Tahu tak bosan? Sedara mara belah Fahim datang pun dia tak dapat nak join borak sekali.

Kalau ada kawan teman borak tak apa la juga. Ni dia tinggal sorang-sorang dekat dapur tu macam kena kurung. Nak minta Fahim teman, laki tu sibuk keluar masuk rumah angkat makanan.

Rasa terabai pun ada juga.

"Sophea masuk dalam bilik dulu la, nanti Fahim dah siap cakap dekat dia Sophea nak tidur kejap" Sophea bangun dari kerusi yang diduduki dengan perlahan lalu terus masuk ke dalam bilik Fahim. Nak merajuk!

"Tya, nampak Sophea tak?" Soal Fahim yang baru sahaja selesai mengemas apa yang patut. Masuk sahaja ruang dapur, kosong. Isterinya tak ada di situ, malah mommy nya turut tiada di situ.

His BambinaWhere stories live. Discover now