Prolog

67K 1.6K 57
                                    

"Ibu, Sophea nak pergi rumah Tya boleh?" Aryanna Sophea meminta izin kepada Puan Maria untuk berjumpa dengan bestfriend nya iaitu Tya yang tinggal tidak lebih 20 minit dari rumah nya.

"Sophea nak pergi sana ada apa sayang? Minggu depan final exam kan. Tak payah la keluar duduk je rumah study." kata Puan Maria kepada satu-satu nya anak perempuan yang dia ada.

"Ala ibu, boleh la. Tya ajak datang rumah dia nak study sama-sama. Sophea janji yang Sophea pergi sana untuk study bukan main-main." pujuk Sophea kepada ibunya sambil mengerdipkan mata.

"Betul ni? Kalau ibu tahu kamu pergi sana tak study, siap kamu. Ibu beritahu abang-abang kamu." Kata Puan Maria.

"Betul ibu, Sophea tak tipu." dah kalau ibunya mula bangkitkan isu abang, memang tak la dia nak main-main. Mahu kena takik dengan abang-abang nya kalau dia menipu. Fuh minta dijauhkan.

"Ye la nanti ibu hantar kamu ke rumah Tya."

"Terima kasih ibu, sayanggggg ibu." Sophea memeluk erat ibunya.
________________________________

"Assalamualaikum Tya" Sophea memberi salam di hadapan rumah kawan nya itu.

"Waalaikumussalam. Eh Sophea rindunya mommy dekat kamu. Mari masuk Tya ada dalam bilik dia." Puan Amanda iaitu mommy Tya menarik Sophea di dalam pelukannya melepaskan rindu setelah sekian lama tidak berjumpa.

"Sophea pun rindu mommy. Maaf la mommy Sophea dah lama tak datang jenguk mommy." Kata Sophea. Jangan pelik kenapa Sophea memanggilnya mommy kerana dia dan Tya sudah berkawan sejak kecil sehingga sekarang 16 tahun.

"Tak apa mommy tak kisah pun. Ha ni kamu pergi la bilik Tya tu, dia pun dari tadi tunggu kamu." Arah Puan Amanda.

"Okay mommy"

Tok! Tok! Tok!

Sophea mengetuk pintu bilik Tya. Walaupun sudah lama berkawan tetapi Sophea tidak la berani mahu menerjah bilik orang. Itu adalah salah satu adab. Buatnya kalau dia terjah kawannya itu sedang berkemban, ha naya!

"Sopheaaaaaaa" jerit Tya apabila buka pintu biliknya dan kelihatan bahawa Sophea  berada di depan matanya.

"Ish kau ni jangan la jerit. Dengar satu rumah." Marah Sophea. Dia bukan apa, malu la buatnya crush dia tu dengar lepastu marah ha macam mana. Crush dia pun tak lain tak bukan abang kepada kawannya juga, Tya. Entah bagaimana Sophea boleh tersuka kan abang Tya itu.

Fahim Mikhaèl. Itu la nama yang berjaya tambat hatinya walaupun jarang sekali berjumpa malah berborak. Tetapi ada satu aura pada lelaki itu yang membuatkan Sophea jatuh cinta kepadanya.

"Alah orang rumah ni semua dah tahu perangai aku" kata Tya sambil mengekek ketawa. Itu la satu sikap yang ada di dalam diri Tya. Happy go lucky. Dia la yang selalu menceriakan hari hari orang. Tanpa Tya boleh sunyi hidup mereka.

"Ye lah cik Tya. Jom study aku dah janji dengan ibu yang hari ni aku nak study betul-betul." Jangan kata Sophea tak tunaikan janji.

"Halah chill lah. Kau kan otak A+ buat apa nak study. Kita dah lama tak spend time masa sama sama so aku fikir hari ni nak luangkan masa dengan kau je. Lagipun kejap lagi aku kena ikut pergi hantar Fahim dekat Pulapol." Kata Tya berpanjang jela.

"Fahim masuk Pulapol ke?" Maksud nya orang yang dia suka takkan ada dekat sini lagi? Kalau dia nak luahkan perasaan dia pada lelaki itu, boleh tak? Sophea memang cintakan Fahim dan kalau boleh dia nak Fahim tahu perasaan nya sebelum lelaki itu pergi tinggal kan dia.

Bermacam-macam soalan yang ada pada pemikiran Sophea.

"Ya, Fahim masuk pulapol. Kau tahu kan abang aku tu memang minat dalam bidang polis ni. Dah dapat panggilan haritu memang dia terus nak pergi la. Tak fikir panjang dah." Terang Tya kepada Sophea.

"Ni sekarang dia ada dekat mana?" Tanya Sophea

"Ada dalam bilik dia tengah kemas barang. Kau nak jumpa dia ke? Aku boleh panggilkan. Kau cakap je la pada dia semua benda yang kau pendam selama ni. Aku support kaw kaw dari belakang." Dah kalau namanya bestfriend satu habuk rahsia pun tak ada yang tersimpan. Kalau boleh pakaian dalam pun nak tahu.

Ya, Tya memang tahu tentang perasaan Sophea terhadap Fahim. Dia tak bantah malah sokong. Ini baru la bestfriend namanya.

"Eh tak payah la, nanti kau dah nak pergi je aku jumpa dengan dia." Balas Sophea

Memandangkan Tya tiada mood untuk study, Sophea pergi ke dapur mencari Puan Amanda. Dah lama tak jumpa banyak benda nak diborak. Pasal study pandai-pandai la nanti dia kelentong dengan ibunya.

His BambinaWhere stories live. Discover now