Chapter 42

19.7K 930 8
                                    

"Ibu, Sophea tak balik lagi ke?" Soal Adrian hairan, jam dah menunjukkan pukul 11 adiknya masih tak tiba di rumah.

"Dia cakap nak balik rumah dia tadi, mungkin tidur sana la kot" balas Puan Maria.

"Adrian chat daripada petang dia tak reply, call pun dia tak angkat. Adrian tak sedap hati la ibu" banyak kali dia cuba buat panggilan kepada Sophea semuanya masuk voice mail.

"Kamu nak pergi mana?" Soal Puan Maria melihat Adrian tergopoh mengambil kunci kereta.

"Rumah Sophea" Adrian mengambil kunci rumah Sophea sekali.

"Ibu ikut" Puan Maria turut menjadi kalut kerana Adrian.

"Adrian cepat la buka pintu tu" desak Puan Maria pada anaknya, dari tadi tak dapat buka mangga pagar itu.

"Ya kejap" tangan nya masih cuma membuka mangga tapi masih tak berjaya.

"Ish kamu ni, biar ibu la buka" dengan sekali percubaan mangga itu berjaya dibuka oleh Puan Maria.

Terus dua beranak itu masuk ke dalam rumah Sophea.

"Sophea? Sophea ada dekat dalam tak?" Adrian melihat setiap sudut rumah itu, teratur dan tak ada benda yang mencurigakan.

"Masuk bilik dia" Puan Maria menarik lengan Adrian menuju ke bilik Sophea.

"Ibu, Sophea!" Ujar Adrian setelah melihat sekujur tubuh adiknya terbaring di atas katil.

"Sophea, hey bangun" Adrian menepuk pipi Sophea.

Tiada respon, bibirnya cukup pucat ketika ini.

Adrian mengambil polaroid yang ada pada tangan Sophea, gambar adiknya dengan Fahim.

Sebab lelaki itu ke Sophea jadi macam ni?

"Sophea, bangun nak" kali ni Puan Maria pula cuba mengejutkan anak nya itu.

Sayu hati melihat muka pucat Sophea.

"Ibu, kita kena bawa dia pergi hospital sebelum jadi apa-apa" Adrian mengendong Sophea menuju ke keretanya.

Puan Maria turut mengekori di belakang.

"Ibu tunggu kejap, Adrian pergi kunci rumah Sophea" kata Adrian setelah meletakkan Sophea di seat belakang.

Dah 20 minit Sophea berada di dalam bilik rawatan, doctor masih tidak keluar berikan apa-apa maklumat.

Kalau ikutkan hati Adrian, mahu sahaja dia merawat adiknya sendiri tetapi ni bukan la hospital yang dia bekerja untuk buat ikut suka hati.

"Puan ni ibu pada Aryanna Sophea ke?" Soal seorang doctor perempuan yang baru keluar dari bilik di mana Sophea ditempatkan.

"Ya saya ibu kepada Sophea. Macam mana keadaan dia doctor?" Soal Puan Maria dengan hati yang risau.

"Tak ada yang serious pun cuma badan dia kekurangan air. Tapi keadaan dia yang kini saya boleh katakan agak stress mungkin disebabkan tak cukup rehat atau ada sesuatu yang bermain difikirannya. Setakat ni saya tahan dia dulu la buat sementara waktu, selesai je air dah masuk pada badan dia dan dia dah sedar puan boleh bawa balik" terang doctor perempuan panjang.

"Terima kasih doctor. Boleh saya masuk dalam?"

"Boleh-boleh kalau tak ada apa saya minta diri dulu ya" Puan Maria dan Adrian terus masuk bilik Sophea.

His BambinaWhere stories live. Discover now