Chapter 64

22.7K 1.1K 66
                                    

"Mama" Faiq berlari mendapatkan Sophea yang berada di dapur.

"Tengok la tu dia nak rampas bini kau" ujar Adrian pada Fahim yang turut berada di dapur.

Fahim hanya tertawa kecil, apa entah yang Adrian tak puas hati dengan budak itu.

"Mama, I miss you so much" Faiq memeluk tubuh Sophea erat.

"Mama miss you too, sayang" balas Sophea sambil mengusap kepala Faiq perlahan.

"Faiq, isteri orang tu" ujar Adrian sengaja membuatkan Faiq menjeling lelaki itu.

"Uncle Fahim tak kisah pun, uncle ngah je yang melebih" kata-kata Faiq mengundang tawa seisi rumah.

"Padan muka kau" balas Aryan selaku bapa kepada Faiq. Nak sakitkan hati anak dia pula.

"Eleh, dasar budak tak tahu malu peluk isteri orang depan suami" Adrian masih tak mahu kalah.

Faiq menjelirkan lidah pada Adrian membuatkan lelaki itu makin berasap.

"Mama, nak tahu tak haritu baba marah Faiq. Baba bebel dekat Faiq macam makcik-makcik" adu Faiq perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua orang.

"Kenapa baba marah Faiq?" Sophea hanya melayan aduan dari anak buahnya itu.

"Faiq nak jumpa mama tapi baba tak kasi. Mommy pun tak kasi, Faiq sedih la sebab tak dapat jumpa mama. Faiq rindu mama nanti mama ada baby, Faiq tak boleh nak manja dengan mama lagi" anak kecil itu meluahkan perasaan pada Sophea.

Sophea dan Fahim turut berpandangan antara satu sama lain. Tak sangka ayat itu akan keluar dari mulut Faiq Eidlan sendiri, sedangkan budak itu baru berumur 3 tahun tapi pemikiran sudah jauh.

"Siapa kata kalau mama ada baby Faiq tak boleh manja lagi? Mama tak kisah pun sayang, Faiq pun anak mama juga." Balas Sophea lembut.

"Betul ke mama? Sebab uncle ngah kata nanti mama ada baby, mama dah tak pedulikan Faiq lagi. Bukan mama je uncle Fahim pun tak layan Faiq nanti" anak kecil itu pinta kepastian dengan perasaan yang teruja.

Sophea mula jeling Adrian yang membuat muka tak bersalah. Tak tenang agaknya hidup Adrian kalau tak kacau hidup Faiq sehari.

"Mama ada baby 10 pun Faiq masih boleh manja dengan mama" balas Fahim dengan bersahaja bagi pihak Sophea.

"Apa you ni" Sophea menepuk peha Fahim perlahan, dirinya yang rasa malu.

Semua mata kini tertumpu pada kedua pasangan itu, dengan ada Faiq di antara mereka tampak seperti keluarga kecil yang bahagia.

"Faiq love papa and mama, Faiq hate uncle ngah" Faiq memeluk lengan Fahim dan Sophea.

Fahim seperti terkedu dengar panggilan yang telah ditukar buat dirinya oleh Faiq.

"Ye la nanti uncle ngah dah tak nak berlanja Faiq apa-apa lagi. Lepas ni nak something minta dengan papa awak tu bukan uncle ngah lagi" Adrian memeluk tubuhnya buat-buat merajuk.

"Faiq tak kisah, Faiq ada papa" sekali lagi Faiq menjelirkan lidahnya mengejek Adrian.

"Kau la ni ajar anak bukan-bukan" Adrian menolak bahu Aryan sedikit kuat.

"Yang, tengok Adrian tolak abang" Aryan mengadu pada Melia sengaja mahu sakitkan hati adiknya.

"Menyampah la aku dengan masing-masing punya perangai. Baik aku duduk dengan ibu dekat ruang tamu" Adrian membawa diri keluar dari ruang dapur itu.

His BambinaWhere stories live. Discover now