~Special Chapter~

12.9K 962 63
                                    

"Sophea, kau okay tak ni? Dari tadi aku tengok kau termenung je. Ada masalah ke?" Tegur Tya setelah sekian lama lihat Sophea mendiamkan diri seperti ada sembunyikan sesuatu.

"Ha? Tak ada la. Badan aku rasa tak sedap je, tak ada apa pon" Sophea berikan senyuman tawar buat Tya.

Kepala nya kini penuh dengan macam-macam masalah. Atau boleh dikatakan lebih kepada overthinking. Kalau boleh dia malas nak fikir tentang hal tersebut tapi kepalanya tak habis-habis terngiang benda yang sama.

"Kalau tak sihat kau duduk je la rumah. Kesian pula kau nak berjalan dekat mall nanti. Lagipun kau tengah mengandung, risau apa-apa jadi" cadang Tya memandangkan Sophea pun kelihatan agak tidak happy.

Ya, hanya Tya yang tahu Sophea mengandung ketika ini. Tetapi Sophea tak ceritakan pada Tya tentang Fahim. Biar la dia je yang tahu, pandai la dia settlekan masalah ni nanti.

"Tak apa la, Aisar dengan Aireen pun dah excited nak keluar pergi mall. Aku dah janji yang aku ikut pergi sama. Nanti merajuk pula berdua tu" Sophea mencapai shawl yang telah digosok untuk dipakai keluar sebentar lagi.

Tya merenung kawan baik nya itu lama. Dia tahu mesti ada sesuatu yang tak kena antara Sophea dengan Fahim. Macam mana dia nak siasat, dia bukan nya polis macam mamat poyo tu.

"Aku dengan Aqil kan ada. Kitaorang boleh tolong tengok-tengok kan kembar tu. Aku boleh hantar kau dekat rumah ibu atau mommy kalau kau nak" ujar Tya pada Sophea yang sudah siap memakai tudung.

"Tak apa, aku okay je. Jom la kita gerak nanti Aqil tunggu lama pula dekat mall tu" Sophea mengambil handbag nya lalu keluar dari bilik itu.

Duduk lama-lama dalam bilik dengan Tya bahaya. Nanti gadis itu dapat tangkap sesuatu pada dirinya, baik dia lari dulu.

"Aireen, Aisar dah siap belum?" Panggil Sophea di luar bilik anak kembarnya.

Tak padan umur baru 3 tahun, masing-masing nak bilik sendiri. Siap request nak hiasan bilik yang macam mana, nasib la Fahim tu jenis melayan je apa yang anak nak.

"Jap mommy, I want touch up a little bit" jawab Aireen dari dalam bilik.

"Anak kau tak padan kecil, bukan main petah lagi speaking" ujar Tya dengan nada geram, confirm anak buahnya ikut jejak Sophea. Kalau ikut jejak Fahim, mesti hancur.

"Dah kalau papa dorang speaking, mana anak nya tak ikut sekali. Tu nasib pandai bahasa melayu juga kalau tak jenuh nak kena speaking je sepanjang masa" jawab Sophea sambil kemaskan baju Aisar yang baru keluar dari bilik.

"Mama, look at my hair. Do I look good with this hairstyle?" Soal Aisar sambil berpeluk tubuh.

Kan dah cakap, anak lelakinya ini ikut perangai Fahim 100%.

"Ya sayang, anak mama tak pernah tak handsome" jawab Sophea mencuit hidung Aisar lalu berjalan ingin masuk ke dalam bilik Aireen.

"Of course. Sebab papa selalu buat hairstyle macam ni and I know you love it so much" terhenti langkah Sophea dengar perkataan dari Aisar.

Tak tipu, lihat Aisar sama seperti dia lihat Fahim yang versi kecil. Dah seminggu hubungan nya dengan Fahim tak baik, kadang-kadang dia rasa dirinya yang salah sebab tak dengar cakap Fahim.

Tak kan dia mahu gugur kan anak ni pula.

Tya hanya tengok situasi anak beranak ini. Sah, Sophea dengan Fahim tak baik. Dia perlu siasat!

"Mama, I'm ready!" Sophea sedikit terkejut dengan kehadiran Aireen yang muncul di hadapan pintu.

"Okay let's go" balas Sophea bersama senyum tawar lalu memimpin tangan Aireen hingga masuk ke dalam kereta.

His BambinaWhere stories live. Discover now