Chapter 15

23.5K 1.2K 126
                                    

Selesai sudah sesi penggambaran, bermacam-macam gaya yang mereka buat. Penat Sophea dibuatnya atau boleh dikatakan penat gelak kerana lawak Wani dan Athirah. Sepupu Tya yang lain pun tidak sama perangai dengan mereka berdua. Satu kepala sungguh!

"Sophea, apa rahsia you ha maintain cantik dari pagi sampai ke petang?" Wani yang melihat gambar di camera itu bercekak pinggang memandang Sophea silih ganti. Cantik dia bukan main-main woo!

"I kalau laki sumpah I kahwin dengan you" sambung Wani lagi. Sophea memukul lengan Wani, dah la cakap kuat. Orang semua pandang!

"Fahim, kau bukan gerak pergi Perlis ke? Asal ada sini?" Soal Farhana.

Sophea yang ada berdekatan hanya pasang telinga, lelaki itu dari tadi tak hiraukan dirinya. Sophea sendiri tidak tahu apa yang dirinya mahukan, cuba main tarik tali mungkin.

"Tak jadi. Esok pagi je aku gerak" balas Fahim ringkas. Tangannya ralit bermain telefon bimbit, itu je cara untuk mengelakkan mata dari pandang gadisnya.

Semasa dia dalam perjalanan ke Perlis tadi hatinya tidak tenteram bila teringatkan Sophea. Mujur Azri faham situasi nya dan suruh datang pada hari esok sahaja.

"Okay guys, it's a wrap! Thank you atas kerjasama semua orang. Saya minta diri dulu ya." Ujar photographer. Hari juga sudah mahu masuk senja, 2 jam hanya habis untuk tangkap gambar. Gila!

"Ermm Sophea, kitaorang bukan tak nak bagi you tumpang balik tapi I ada nak pergi somewhere takut lambat pula kalau you ikut I. You tumpang Fahim eh? Boleh kan Fahim?" Kata-kata Athirah itu sudah menyebabkan Sophea terkebil-kebilkan matanya. Lelaki itu masih diam tidak berbunyi.

"Tak apa la, I ikut kak Hana je. Boleh kan kak Hana?" Sophea mengharapkan gadis itu berkata boleh.

"Alaa Sophea, bukan akak tak nak bagi tumpang tapi kereta Nizam tak ada seat belakang" balas Farhana. Sophea rasa menyesal kerana tak bawa kereta sendiri ke sini tadi. Nak tumpang yang lain, Sophea kurang rapat.

"Fahim, kau bawa Sophea tau" Farhana pukul bahu adiknya itu. Dari tadi diam tak berkutik, geram dia tengok!

"Ya, aku tak pekak lagi" balas Fahim dingin lalu bergerak ke keretanya.

"Kerek betul mamat tu. Tumbuk apa tak dapat" bebel Wani.

"Akak, Sophea naik grab je la" lihat Fahim yang keadaannya begitu buatkan dirinya gerun. Lagi dingin dari yang dulu.

"Eh jangan la macam tu. Tak apa Sophea buat tak tahu je. Dah pergi dekat kereta Fahim sana, dia dah ada dekat dalam dah" kata Farhana menolak Sophea ke arah kereta Fahim.

Senang nya kak Hana kata buat tak tahu je?! Dirinya yang hadap.

Kini Sophea berada betul-betul di sebelah kereta Fahim. Dia ragu-ragu mahu buka pintu di hadapan atau belakang. Ah benci nya macam ni!

Klak!

Pintu di sebelah hadapan terbuka dari dalam. Sophea tiada pilihan lalu dia meroboskan diri dalam kereta lelaki itu.

Nak jadi halimunan kejap boleh tak? Sungguh keadaan sangat janggal. Dia perlu berada bersama dengan lelaki ini dalam masa 1 jam? Oh no!

"Seatbelt" tetap dingin suara yang dilontarkan sejurus memulakan perjalanan.

Sophea terus memakai seatbelt lalu lihat pemandangan di luar. Ya Allah janggalnya!

Telefon bimbit Sophea yang mendering melegakan hatinya sedikit.

Momster is calling...

"Assalamualaikum, ibu"

"Waalaikumussalam. Kamu busy ke?"

His BambinaWhere stories live. Discover now