Last Chapter

21.6K 1.1K 154
                                    

"Abang, tolong tukarkan baju Aisar. Sayang tak larat nak berdiri lama" pinta Sophea, dari pagi dia tolong Puan Amanda di dapur tu yang badannya terasa penat sekarang ni.

Hari ni merupakan majlis akikah Aisar dan Aireen. Keluarga dua belah pihak mereka minta buat pada hari ni kerana lepas ni Fahim sibuk dengan tugasnya.

Sementara Fahim ada di Johor, baik settle kan semuanya. Jemput ahli keluarga yang terdekat saje. Asal dapat lepaskan hajat dah cukup memadai.

"Abang dah cakap kan tadi tak payah tolong apa-apa dekat dapur. Sayang degil, nak juga buat kerja tadi" penat Fahim bebelkan dari tadi, langsung tak hiraukan Sophea.

"Sophea tolong potong bahan-bahan je" Sophea masih tetap dengan kedegilan nya.

"Ya memang potong je tapi baby tu tengah pantang. Mana boleh renyah sangat, nak jahitan tu terbuka balik ke. Kalau nak buat la lagi, kemas satu rumah ni terus" tak sengaja Fahim termarah kan Sophea, bengang dengan perangai isteri punya pasal.

"Tak payah la nak marah. Family belah mommy semua ada. Hari ni kan majlis Aisar dengan Aireen kalau I tak tolong apa pula orang cakap" Sophea turut marahkan Fahim. Orang minta tolong tukarkan baju Aisar je bukan nya ajak gaduh.

Nanti yang kena mengata dia juga. Menantu pemalas. Menantu sombong. Isteri kongkong suami. Ayat tu semua dituju pada dia.

"Peduli la orang nak cakap apa pun. Bukan nya orang tak tahu yang sayang tengah pantang" Sophea sudah malas nak buka mulut melawan cakap Fahim.

"Kalau tak nak tolong cakap je tak nak" Sophea bangun dari duduknya lalu mengambil pakaian Aisar dan duduk berdepan dengan Aisar.

"Sayang, abang boleh buat" Fahim mencapai baju Aisar dari tangan Sophea.

"Tak payah, pergi la layan semua family you dekat luar sana. Nanti dah siap pandai la I suruh Tya bawa Aisar keluar" Sophea merampas semula baju tadi dari tangan Fahim. Sakit hati nak marah tak tentu pasal.

Fahim mengeluh perlahan. Salah dia juga sebab termarahkan Sophea tadi.

Dia marah sebab terdengar adik beradik Puan Amanda mengutuk Sophea. Tapi sikit pun Sophea tak mengadu pada dia. Sophea hanya diamkan diri sahaja sepanjang di dapur.

Dia mahu berada dengan Sophea, tak boleh. Pakcik saudara nya minta tolong kemas khemah di luar. Sesekali masuk dapur mesti makcik nya tengah mengata pasal Sophea. Kalau ikutkan hati mahu saja dia sembur, tapi hari ni majlis akikah anak nya. Jadi penyebab kerosakan majlis je nanti.

"Sayang, abang minta maaf. Abang tak sengaja termarahkan sayang. Abang dengar semua apa yang mak andak dengan mak anjang cakap pasal sayang, kenapa tak bagitahu abang. Kenapa sayang diamkan je pasal benda ni" Fahim menarik Sophea ke dalam pelukan. Sophea masih dalam pantang, emosi nya perlu dijaga.

"Tak ada apa, I okay je. You pergi la keluar tadi pak andak minta tolong tengok kan kereta dia kan. Pergi la tolong dia" sikit pun Sophea tak toleh lihat muka Fahim, hatinya masih sakit.

"Baby"

"Pergi je nanti pandai la I keluar sendiri. Pantang je pun, bukan nya besar sangat" Sophea memerli Fahim sambil pakaikan Aisar baju. Mujur Aireen dah siap tukar baju awal-awal kalau tidak makin berasap hatinya.

"Sayang"

"Pergi tolong pak andak, Fahim." Suara Sophea sedikit kuat. Dia bukan mahu marahkan Fahim tapi lagi lama laki tu ada dalam bilik ni lagi terasa bahang antara mereka. Dia malas mahu gaduh dengan Fahim sebab perkara remeh macam ni.

His BambinaWhere stories live. Discover now