Chapter 43

19.8K 969 106
                                    

Genap 3 minggu Fahim berada di Sabah, dia masih belum mulakan tindakan untuk jatuhkan Tiger.

Hari ni, di mana hari yang dia akan berdepan dengan Tiger di gudang lama dan hanya mereka berdua sahaja.

Fahim perlu settle kan hal ni hari ni juga, tarikh pernikahan Sophea tinggal 5 hari sahaja lagi.

Dia perlu pulang ke Johor secepat mungkin.

"Kau betul ke tak nak kitaorang ikut?" Soal Azri memandang Fahim yang sedang bersiap.

"Yang lain dah standby dekat sana, pandai la aku handle si Tiger tu" jawab Fahim membetulkan topi di kepalanya.

"Aku tak rasa Tiger turun seorang"

"Tiger tu pengecut dari dulu dia mesti ada bawa konco-konco dia ikut sama" sambung Azri menyokong kata-kata Emeyr.

"Macam biasa, target dari jauh" Fahim menepuk bahu Azri lalu keluar dari rumah usang itu.

Fahim terus bergerak ke gudang yang diberitahu oleh Tiger di mana gudang itu juga merupakan tempat yang sama dia memerhatikan kerja kotor Tiger tempoh hari lalu.

"Finally, kau dah sampai" Tiger tersenyum sambil menepuk tangan menyambut kedatangan Fahim ke gudang itu.

"Sihat kawan baik yang lama?" Soal Tiger tertawa.

Fahim masih diam tidak membalas apa-apa.

"So kita nak mula dari mana dulu? Mula dari perempuan kau la syok sikit" Tiger berjalan ke arah Fahim dengan kedua-dua belah tangan masuk ke dalam kocek seluar.

"Aku dengar cerita perempuan tu dah bertunang. Oh ya, bukan tu je dia pun akan berkahwin tak lama lagi. Kesian kau dari dulu nak kan dia tapi sedih tak dapat" Tiger cuba provok Fahim di hadapannya.

Fahim sudah mengepal tangan nya sekuat hati.

"Dia tak ada kena mengena antara hal aku dengan kau" ujar Fahim dingin.

Mata helangnya tepat menikam anak mata Tiger.

"Woo takut nya aku" balas Tiger lalu tertawa.

"Perempuan kau tu cantik sangat mesti kau dah rasa kan? Hari tu aku nak rasa tapi tak sempat" suaranya diperlahankan seperti kecewa tak dapat sesuatu.

"Kau tak ada hak nak sentuh dia"

"Same goes to you sebab lepas ni dia dah jadi isteri orang. Untung laki dia dapat rasa bibir dia yang munggil tu" Tiger masih cuba untuk menaikkan kemarahan Fahim.

Dada Fahim sudah berombak laju bila dengar kata-kata jijik keluar dari mulut kawan lamanya itu.

"Apa yang kau tak puas hati pada aku sampai nak libatkan Sophea?" Fahim menarik collar baju Tiger.

"Woo woo relax la bro" Tiger menepis tangan Fahim kuat.

"Baru kau tahu macam mana rasa bila kau tak dapat sesuatu yang kau nak" ujar Tiger sinis.

"Aku kena buang daripada UTK disebabkan kau, orang semua nampak yang kau bagus. Tapi aku? Orang layan macam sampah" kini suaranya sudah bertukar menjadi dingin.

"Orang tak kan ambil pembelot untuk mempertahankan negara" balas Fahim ringkas.

"Aku jadi pembelot pun disebabkan kau" Tiger menolak bahu Fahim kebelakang.

"Aku tak kan jadi macam ni kalau pihak atasan tak lebih kan kau. Semua orang nampak yang kau bagus, semua orang tak tahu dekat mana kelemahan kau tapi bukan aku. Aryanna Sophea kelemahan utama Fahim Mikhaèl" Tiger tertawa sinis di depan muka Fahim.

His BambinaWhere stories live. Discover now