Prolog III

27.1K 1.4K 124
                                    

"Sedap sungguh masakan Sophea. Boleh la mula cari calon untuk jadikan suami." Kata Tuan Arman kepada Sophea. Bapa kepada Tya dan Fahim.

Sophea hanya senyum kepada Tuan Arman. Ya daddy, calon Sophea ada sebelah daddy tu je. Mahu saje Sophea mengatakan perkara itu tetapi dia tidak mahu merosakkan suasana itu. Kini mereka sudah pun berada di luar perkarangan rumah Puan Amanda.

"Betul ni Sophea tak mahu ikut mommy? Jom la nanti Tya ada kawan." Ajak Puan Amanda. Dia bukan tidak mahu tetapi keluarga nya sejenis yang strict family. Sophea tidak mahu kena bebel dengan abang-abang nya jika dia ikut Tya pergi ke Pulapol.

"Tak apa la mommy. Nanti ibu risau pula lagipun malam ni abang Adrian ada ajak keluar" Sophea mencipta alasan bagi mengelakkan diri daripada diajak oleh Puan Amanda.

"Baik la kalau macam tu. Kirim kan salam mommy pada ibu" pesan Puan Amanda.

"Insyallah mommy" Sophea menyalam tangan Puan Amanda.

Sophea mendapat isyarat mata yang diberikan oleh Tya untuk bercakap dengan Fahim. Dia kena berani kan diri untuk beritahu kepada lelaki itu sebelum dia bergerak ke Pulapol.

"Erm boleh tak kalau Sophea nak cakap dengan Fahim kejap. Berdua je" Sophea memberanikan diri nya untuk meminta izin kepada Tuan Arman dan Puan Amanda. Mereka menganggukan kepala atas pertanyaan itu tadi.

Sophea berjalan ke tepi rumah yang sedikit jauh daripada mereka semua. Fahim mengikutnya dari belakang dengan keadaan terpaksa.

"Kau nak apa?" Soal Fahim dengan tidak penuh minat. Buang masa aku saje la budak ini.

"Ermm sebenarnya Sophea nak cakap something dengan abang." Kata Sophea. Dia memang memanggil Fahim dengan gelaran abang memandangkan dia ada 2 orang abang dan panggilan itu hanya la kerana dia hormat orang yang lebih tua daripadanya. Tiada niat lain.

"Cakap je la apa kau nak cakap. Jangan buang masa aku" kata Fahim. Dia memang tidak minat untuk bercakap dengan budak di depan nya ini.

"Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea cintakan abang" dengan sekali nafas Aryanna Sophea meluahkan perasaannya terhadap lelaki yang dia cintai.

"Apa kau cakap? Cinta kan aku?" Nak tergelak dibuatnya bila dengar bait cinta daripada gadis itu. Gadis yang berumur seperti adik nya mencintai dia? Gila ke apa.

"Ya Sophea dah lama jatuh cinta dengan abang" lagi sekali Sophea memberanikan diri akui cinta nya.

"Tch! kau tu budak kecil, apa je yang kau tahu tentang cinta? Belajar pun belum habis lagi nak borak tentang cinta. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk berada disamping aku? Dengar sini, aku tak akan jatuh cinta pada kau, faham?" Cukup sinis sekali dengan kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu. Fahim terus meninggalkan Sophea seorang diri di situ.

Sophea terpaku malah terkaku. Berlinang air matanya hanya tunggu masa untuk jatuh. Tetapi dia tak nak air matanya dilihat oleh keluarga Tya.

Sophea menahan tangisnya. Dia meminta diri pada Tuan Arman dan Puan Amanda lalu pulang ke rumah bersama grab yang dari tadi menanti akan dirinya.

Ini kah perasaan apabila cinta ditolak? Malah dia rasa diri dia dihina atas kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Dia tak layak kah untuk mencintai? Atau dia tak layak untuk dicintai? Adil ke buat dirinya selepas perkara ini berlaku? Dia terluka tetapi lelaki itu gembira. Dia tidak kuat tetapi dia harus jadi kuat.

His BambinaWhere stories live. Discover now