Chapter 34

18.4K 1K 28
                                    

"Oi Fahim, bangun" Emeyr menggerakkan badan Fahim yang terbaring di atas katil.

"Tch! Tak payah la kacau aku" marah Fahim, matanya masih terpejam.

"Ish! Sakit pun masih degil. Bangun la" Emeyr makin menggoncangkan tubuh Fahim laju.

Sophea yang berdiri di depan pintu sudah memandang Fahim dan Emeyr silih ganti. Muka Fahim kelihatan lesu, sudah lama dia tak nampak wajah itu.

"Emeyr! Kau boleh tak biar hidup aku tenang" Fahim menarik selimut menutup seluruh tubuhnya.

"Fine! Sophea, awak tengok la degil dia ni. Mana la saya tak menyirap" Emeyr memandang ke arah Sophea.

Fahim yang dengar nama Sophea terus bangun dari pembaringannya. Matanya terus memandang ke arah Sophea yang berdiri di pintu.

"Tahu pula kau bangun. Aku rasa nak tanam kau hidup-hidup je tadi" ujar Emeyr geram. Dengar nama Sophea terus gedik!

"You buat apa dekat sini?" Soal Fahim mengabaikan Emeyr yang membebel tadi.

Sophea yang rasa dirinya ditenung menoleh ke arah Fahim. Terus laju jantung nya bergedup.

"Emeyr kata you tak sihat. You tak nak pergi klinik? Buat check up" jawab Sophea takut-takut. Tajam mata Fahim menikam anak matanya.

Fahim mengalihkan pandangannya pada Emeyr pula pinta penjelasan.

"Apa? Betul la kau tak sihat. Dah tahu diri tu sakit tak nak pergi klinik. Kau ingat tak bahaya ke kalau biarkan kaki terseliuh macam tu je? At least pergi klinik dapat la doctor check." Bebel Emeyr menegakkan keputusannya.

"Tapi rasanya tak perlu sampai panggil Sophea" jawab Fahim malas.

Sophea yang berada di pintu hatinya sudah sebu. Fahim tak perlukan dirinya, ingat tu.

"Dah kau liat sangat nak pergi klinik. Aku panggil la Sophea minta tolong" ujar Emeyr tak mahu kalah.

"Aku tahu la nak pergi klinik sendiri" kata Fahim dingin lalu bangun dari katil menuju ke toilet.

"Emeyr, kalau tak ada apa-apa saya nak pergi boutique semula" ujar Sophea, dah kalau orang tak suka buat apa dia nak kena tunjuk muka.

"Sophea, saya minta maaf. Saya tak tahu la apa masalah Fahim tu" Emeyr sudah serba salah.

Sophea hanya memberikan senyuman pada Emeyr.

"Tak ada apa la. Saya tak kisah pun, awak bawa la kawan awak tu pergi klinik. Saya minta diri dulu" Sophea pergi dari bilik Fahim.

"Kau tak kesian ke Fahim buat Sophea macam tu? Apa jenis manusia kau ni sanggup tengok orang yang kau sayang terluka" marah Emeyr pada Fahim yang baru keluar dari toilet.

Fahim hanya mendiamkan diri. Emeyr pun tak tahu nak buat apa lagi, sejak daripada kejadian haritu Fahim jadi orang yang tak banyak bercakap.

"Dah la kau pergi siap. Kalau kau sayangkan Sophea ikut aku pergi klinik" ujar Emeyr tegas meninggalkan Fahim lalu masuk ke biliknya di sebelah.

_______________________________

Sophea menepis air matanya yang mengalir. Dari dia balik daripada hotel tadi air matanya tak berhenti turun.

Tak guna nak menangis sebab benda yang tak patut.

Fahim nampak betul-betul tak sukakan dirinya.

Kalau tak suka kenapa beri harapan? Dia tak layak untuk ada kebahagiaan sendiri ke?

His BambinaWhere stories live. Discover now