Chapter 11

24.9K 1.2K 105
                                    

"Sorry pasal tadi, I terpaksa cakap macam tu. Kalau lepas ni makcik Timah tu serang you please tell me" Rasa seperti mahu saje menarik gadis di depannya ini ke dalam pelukannya.

"Thank you" Sophea janggal tinggal berdua dengan Fahim di belakang rumah.

Tya sudah entah ke mana tadi, terpaksa dia duduk berduaan dengan lelaki ini.

"Depan makcik Timah nanti kita kena la berlakon macam sweet couple kan sayang?" Fahim cakap dengan nada yang bersahaja.

Jantung Sophea usah dicakap, bagai mahu pecah!

"Faiq mana? I nak bawa dia masuk bilik Tya" lantas Sophea menukar topik. Fahim sudah tersenyum bila lihat reaksi buah hatinya tadi. Comel!

"Faiq dalam bilik I kalau you berani pergi la masuk bilik I" Fahim mengusik lagi gadis di depannya ini.

"Tak apa la kalau macam tu I pergi bilik Tya dulu" Sophea sudah berura mahu meninggalkan Fahim di situ.

"I gurau je la sayang. Jom ikut I" Fahim mengorak langkah terlebih dahulu. Sophea masih tercegat kerana panggilan yang keluar dari mulut Fahim sebentar tadi.

Perutnya dipenuhi dengan rama-rama.

"Sayang, cepat la" suara Fahim sedikit kuat membuatkan mata-mata yang ada di sekeliling memandang mereka berdua.

"You jangan la panggil I dengan panggilan tu. Bukannya ada makcik Timah pun sekarang ni" Sophea sudah membebel marah kepada lelaki itu.

"Panggilan apa?" Fahim sengaja ingin mengusik gadis itu. Wajah nya usah dicakap, kalau telinga tu berada di belakang kepala sampai situ la senyumannya. Dia rasa bahagia sungguh sekarang!

Sophea sudah menjeling ke arah nya. Pecah ketawa Fahim.

"Okay I tak sebut lagi tapi I tak janji" Fahim terus masuk ke dalam biliknya sambil ketawa.

"Amboi! Bahagia nampak?" Puan Zarah menegur Sophea yang tercegat di depan pintu bilik Fahim. Dari tadi dia melihat mereka berdua, tak jauh dari pasangan bercinta.

"Eh aunty, tak ada nya. Fahim tu je terlajak gila sikit" ujar Sophea dengan wajah cemberut membuatkan Puan Zarah tergelak.

"Mama" suara Faiq kedengaran selepas pintu bilik Fahim dibuka. Matanya masih terpisat-pisat memandang ke arah Sophea.

"Come dekat mama, kita pergi bilik aunty Tya" Faiq berjalan ke arah Sophea sambil menggosok matanya.

"Dah besar dah dia, comel ikut mama dia ya" Puan Zarah mencuit pipi Faiq. Faiq sudah tersenyum malu.

"Comel kan Fahim?" Puan Zarah menyoal Fahim yang dari tadi diam dengan mukanya kelihatan dingin.

Fahim hanya mengangguk lalu pintu bilik ditutup semula.

Puan Zarah dan Sophea sudah memandang hairan.

"Okay la aunty, Sophea nak pergi bilik Tya jap" Sophea meminta diri.

"Tya?" Sophea menolak pintu perlahan.

"Masuklah Sophea"

"Aunty Tya" Faiq berlari mendapatkan Tya yang berada di atas katil itu.

"Rindu nya aunty dengan Faiq" Tya memeluk anak kecil itu sekuat hati. Dia memandang Sophea yang terlihat memikirkan sesuatu.

"Kau kenapa?" Sophea yang masih diam menimbulkan kerutan di dahi Tya.

"Sophea!" Suara Tya sedikit kuat memanggil rakan nya itu. Sophea seperti baru sadar dari khayalan.

His BambinaWhere stories live. Discover now