Chapter 46

29.9K 1.4K 230
                                    

Dengan sekali lafaz, Sophea sah bergelar isteri kepada Fahim.

Sophea masih terpinga-pinga tidak faham dengan situasi yang berlaku.

Sophea bertentangan mata dengan Puan Maria minta penjelasan yang tepat.

Fikiran nya bercelaru ketika ini. Kenapa pengantin lelaki yang duduk di hadapan abang nya Aryan itu bukan lelaki yang dia sangka kan?

"Nanti Fahim explain pada kamu" ujar Puan Maria begitu ringkas sambil mengusap tangan Sophea. Dia tahu anak perempuan nya sedang terkejut ketika ini.

Kini kepala Sophea beralih kepada Tya, wajah rakannya itu juga menunjukkan rupa yang terkejut serta serba salah.

Apa maksud reaksi Tya itu?

Tya tahu pasal semua ni? Tapi kenapa dulu Tya yang beria marahkan dirinya tentang terima pinangan Fahmi?

Sophea berasa runsing, dia perlukan penjelasan sekarang juga.

"Apa semua ni, ibu?" Akhirnya terkeluar perkataan daripada mulut Sophea.

Dia tak peduli dengan keadaan sekeliling, yang penting hatinya ketika ini. Dia kelihatan seperti badut yang bodoh di hadapan semua orang.

"Sophea akan faham bila Fahim dah explain" jawab Puan Maria lalu bangun dari pelamin itu.

Kini tempat duduk Puan Maria sebentar tadi diduduki oleh Fahim.

Sophea tidak lepas dari memandang wajah Fahim.

Wajah yang dia tak pernah terfikir untuk berada di hadapan nya kini sebagai seorang suami.

Nak lari? Dah sah dah pun.

"Hi sayang" tegur Fahim, terus bergenang air mata Sophea. Daripada tadi dia tahan dirinya dari mengeluarkan tangisan, tetapi dia kalah bila Fahim berada di hadapan nya kini.

"Baby" Fahim berikan tisu pada gadis itu, dia sudah dapat agak yang isterinya akan menangis.

Sophea hanya diam dan mengambil tisu itu untuk mengelap air mata yang bergenang itu tadi. Dia tak mahu tetamu yang hadir lihat dia menangis seperti orang kena kahwin paksa.

Semua orang di dalam rumah ni tahu ke yang dia akan berkahwin dengan Fahim dan bukan nya Fahmi?

Then apa motif Fahmi rapat dengan dirinya? Serabut!

"Sophea, suami nak sarungkan cincin tu" kedengaran suara sedara di sebelah ibunya membuatkan Sophea tersentak ke alam realiti.

Sophea merenung anak mata Fahim seperti minta penjelasan daripada lelaki itu. Dia perlukan penjelasan sahaja ketika ini.

"I explain lepas ni" ujar Fahim yang mengerti dengan cara pandangan dari isterinya. Banyak perkara yang dia perlu terangkan pada Sophea selepas ini.

"Baby, nak tangan" bisik Fahim bila Sophea kekal seperti patung saja.

Sophea sudah mencebikkan bibir nya sedikit. Sikit je lagi, dia berani jamin yang lepas ni air matanya akan jatuh seperti air terjun.

"Sayang" panggil Fahim lembut bila lihat wajah Sophea begitu. Makin menggunung rasa serba salah nya.

Sophea tidak membuka mulut, dia hanya menghulurkan tangan nya pada Fahim.

Kini jari manisnya yang kosong sudah dihiasi dengan sebentuk cincin tanda perkahwinan nya dengan seorang lelaki yang bergelar suami.

"I minta maaf" ujar Sophea perlahan selepas menyalam tangan Fahim lalu terus bangun menaiki tangga menuju ke biliknya.

Dia rasa seperti orang bodoh kerana tak tahu apa yang berlaku.

His BambinaWhere stories live. Discover now