Chapter 18

23.5K 1.2K 153
                                    

"Ha Sophea, sini kejap" panggil Aryan. Hati Sophea bertambah panas, ni lagi sorang!

"Nak apa?" Soal Sophea kasar

"Amboi, kasar nya bahasa. Tak malu ke depan Fahim ni" Sophea menjeling Fahim yang sedang lihat ke arah nya. Ni la punca!

"Duduk sini" Aryan menarik lengan adiknya.

"Jangan la tarik-tarik orang, ya Allah!" Marah Sophea. Dah la tarik orang macam tarik kayu.

"Layan la Fahim tu elok-elok sikit, dia dah tolong kau banyak benda tau. Muka tu cuba senyum sikit" tegas Aryan. Macam-macam perangai adiknya sorang ni

"Ala kau ni, Sophea tu mesti la nak ber abang sayang cakap dengan Fahim ni" usik Adrian sebelum badannya terkena bantal balingan dari Sophea. Fahim sudah tersengih suka.

"You nak sengih-sengih kenapa? Semua sama je" jeling Sophea.

"Kamu berdua ni tak ada kerja lain ke usik Sophea je" tegur Puan Maria.

Eleh tadi dia pun usik.

"Kamu ni Fahim, belum ada calon nak buat bini ke? Nanti boleh la aunty makan nasi minyak kamu" Puan Maria memulakan perbualan topic baru.

"Insyallah aunty kalau tak ada apa dalam 5-6 bulan lagi" balas Fahim ramah.

Sophea buat-buat pekak, dah kalau ada calon kenapa nak bersayang baby dengan dia!

"Haaa elok la tu. Jangan jadi macam Adrian ni ha, umur masuk 30 masih tak ada calon" ujar Puan Maria. Punya la tak nak kenal perempuan sampaikan dulu ada pihak perempuan yang masuk minang anak lelakinya itu.

"Janji hot" balas Adrian selamba cetus jelingan dari Puan Maria.

"Erm okay la aunty, saya nak minta diri dulu. Terima kasih untuk makan malam tadi" Fahim meminta diri terlebih dahulu, jam berdetik dan dia tak mahu berlama-lama di rumah orang. Lain la dah jadi menantu.

"Ye la aunty pun berterima kasih banyak-banyak pada kamu. Nanti kalau senang-senang datang je sini, rumah aunty sentiasa terbuka untuk kamu" kata Puan Maria. Sophea memandang ibunya, nak try bujang ke apa ni?

"Insyallah. Saya nak borak dengan Sophea kejap boleh?" Pinta Fahim. Mana boleh kalau tak bercakap dengan buah hati, boleh jadi saru.

"Boleh sangat! Sampai esok pun boleh" balas Aryan menepuk bahu adiknya memberi isyarat pergi ke arah Fahim.

Sophea hanya mengekori belakang lelaki itu yang berjalan ke luar rumah.

"Finally, hi sayang" tegur Fahim tersenyum.

"Tak payah nak sayang sangat. Ingat sikit diri tu nak kahwin nanti" ujar Sophea tegas. Sengihan Fahim semakin lebar, cemburu ke cik kak?

"Lama lagi nak kahwin pun, sekarang masih boleh nak bersayang dengan you" jawapan Fahim menimbulkan jelingan Sophea. Dasar lelaki gatal!

"You nak apa?" Soal Sophea malas.

"I tahu you tak suka I datang sini tapi ibu yang ajak, I tak boleh nak tolak. Sorry kalau buat you tak selesa and thank you juga sebab masakkan daging tadi. Sedap macam dulu" ujar Fahim panjang.

Ya dia tak pernah lupa akan masakan gadis itu, walaupun dulu dia makan time acuh tak acuh tapi dirinya akui masakan itu sedap dan tak dinafikan.

"I tak kisah you nak datang cuma I awkward bila dengan you. I yang patut minta maaf sebab layan you macam nak tak nak. Sorry sebab halau you petang tadi, I tak patut buat macam tu sebab you dah banyak tolong I. Sorry Fahim" balas Sophea.

His BambinaWhere stories live. Discover now