Chapter 29

19.8K 1.1K 57
                                    

Fahim yang kini baru tiba di IPD Iskandar Puteri, melulu masuk ke dalam menuju ke bilik nya.

"Tuan!" Panggil seorang anggota wanita.

Fahim menghentikan langkah nya dan menoleh ke arah wanita itu.

"Ni telefon tuan, rasanya haritu tuan tertinggal. Saya dengar telefon berdering hari tu tengok-tengok telefon tuan ni ada atas meja. Saya minta maaf sebab saya angkat panggilan tu, fikir nak bagitahu dekat dia yang telefon tuan tertinggal dekat balai. Tak sempat, orang tu dah letak panggilan" jelas anggota wanita itu panjang pada Fahim.

"Thank you" ucap Fahim mengambil telefon nya lalu masuk ke bilik.

5 missed call Tya
3 missed call Puan Amanda
1 missed call Tuan Arman

3 messages Tya
10 messages Sophea

Tanpa membuang masa, Fahim terus membuka chat daripada Sophea.

I gerak KL pagi, lusa nanti - mybaby
Tak susah kan you ke kalau hantar I nanti? - mybaby
Apa-apa you inform I tau - mybaby

Fahim - mybaby
You okay tak? - mybaby
I ada buat salah pada you ke? - mybaby

Kalau you busy tak apa, abang Adrian ada hantar I dekat sana - mybaby

Fahim - mybaby
I gerak KL dulu, take care - mybaby
Bye - mybaby

Fahim sudah meraup muka nya bila selesai membaca kesemua chat daripada Sophea. Semakin menggunung rasa serba salahnya pada gadis itu.

Fahim memandang ke arah jam yang menunjukkan pukul 8 pagi. Dia perlu tanya pada Tya di mana boutique Sophea.

"Hello" sahut Tya dalam panggilan.

"Tya, boutique Sophea dekat mana?" Terus Fahim menujukan soalan.

"Kau ni, dah la hilangkan diri lama. Muncul-muncul terus nak terjah aku macam ni" ujar Tya

"Aku tak ada masa nak bertekak. Boutique Sophea ada dekat mana sekarang?" Desak Fahim.

"Lakefield, Sungai Besi" Tya juga malas mahu bertekak dengan abang nya itu.

Terus Fahim mematikan panggilan tersebut dan keluar dari balai menuju ke keretanya.

"Eh bro! Nak pergi mana?" Tegur Emeyr melihat rakannya itu bergegas keluar dari balai.

"KL, aku chaw dulu" balas Fahim terus masuk ke dalam keretanya.

Kereta Fahim kini meluncur laju membelah jalan raya. Dalam fikiran nya kini dipehuhi dengan Sophea sahaja.

Tak kisah la dia penat baru balik daripada Kelantan sekali pun, asalkan dia dapat lihat Sophea depan mata.

_______________________________

"Fahim"

"Sayang"

"You buat apa dekat sini?" Soal Sophea, tangannya masih sibuk mengemas baju.

"Sayang, I boleh explain" ujar Fahim tidak jawab pertanyaan gadis itu tadi.

"Ada apa-apa yang you kena explain ke?" Soal Sophea sengaja buat-buat tidak faham.

Geram dengan lelaki itu, sudah la hilangkan diri lepastu tiba-tiba muncul depan mata.

"I pergi outstation dekat Kelantan, telefon I tertinggal dekat balai. I tak dapat nak contact dengan you. Sorry sayang" Fahim malas mahu berdalih, dirinya terus beritahu perkara yang sebenar.

His BambinaWhere stories live. Discover now