Chapter 47

25.5K 1.2K 140
                                    

"Nok! You kata laki you senior time belajar, kenapa mamat ni pula yang jadi husband you?" Aqil sudah bercekak pinggang pandang Fahim atas bawah.

"I tipu je" balas Sophea ringkas, malas nak beritahu cerita yang sebenar nanti Aqil tak berhenti soal.

"Kau nak pandang aku macam tu kenapa?" Kini Fahim pula yang memandang Aqil atas bawah.

"Eleh, menyampah aku. Macam kau seorang yang ada bini nak berkepit dari tadi" jeling Aqil tak puas hati.

"Suka hati aku la wife aku"

Sophea yang berada di tengah sudah pening, kalau biarkan sampai esok tak berhenti.

"Kalau aku jantan, Sophea jatuh cinta dengan aku dulu tau daripada kau. So kau kena berterima kasih dengan aku sebab bagi kau peluang kahwin dengan Sophea" ujar Aqil berlagak.

"Perasan, kau bayar Sophea pun dia ta-" tak sempat Fahim nak habiskan ayat, Sophea menekup mulutnya terlebih dahulu.

"Sayang" rungut Fahim.

"Okay la Aqil, I nak pergi jumpa sedara mara dulu." Sophea menarik tangan Fahim ke belakang khemah supaya jauh daripada Aqil.

"Sayang, I tak habis cakap lagi. Nampak sangat you backup Aqil daripada I" kata Fahim tak puas hati.

"You nak gaduh dengan Aqil pun tak berguna. I'm your wife Fahim Mikhaèl" Sophea menepuk tangan Fahim yang menggenggam tangan kirinya.

"Cakap lagi ayat last tu" pinta Fahim tersengih.

"I isteri you Fahim Mikhaèl" terus lebar senyuman Fahim dengar ayat yang Sophea kata.

"Mengada la you ni, Fahim. I nak jumpa family belah abah, jom ikut I" Fahim hanya mengangguk.

Sophea baru nak melangkah, seseorang tegur dirinya.

"Sini rupanya kamu Sophea, Mak Eton cari la kamu dekat dalam" tegur Mak Eton, jiran Puan Maria.

Kalau Puan Amanda ada jiran macam Makcik Timah. Sini ada Mak Eton.

"Mak Eton dah makan?" Tanya Sophea sambil menyalam tangan orang tua itu.

"Dah kenyang dah pun, nak balik ni sebab anak Mak Eton yang duduk Australia ada sini." Sophea hanya membalas dengan senyuman.

"Ni ke laki kamu, Sophea?" Soal Mak Eton memandang ke arah Fahim yang berdiri di belakang Sophea.

"Ya, Mak Eton. Ni la Fahim, suami Sophea"

"Kerja apa?"

"Polis" jawab Sophea sepatah.

"Polis je? Anak Mak Eton yang suri rumah pun dapat laki kerja offshore. Kamu yang ada boutique sendiri kahwin dengan polis je?" Lancang sekali mulut Mak Eton berkata.

Fahim hanya memandang tanpa riak, kalau dia masuk campur terdiam terus.

"Entah gaji kamu lagi tinggi dari laki kamu ni Sophea" Mak Eton tertawa sambil memukul bahu Sophea.

Sophea mampu tersengih sahaja, pandangan Fahim sudah bertukar tajam.

"Aa tak apa la, erm Mak Eton minta diri dulu ya" tergagap Mak Eton bercakap lepas bertentangan mata dengan Fahim.

"Sorry" ujar Sophea pada Fahim setelah Mak Eton tiada.

"Kenapa?" Soal Fahim Hairan, isterinya bukan ada buat salah pun.

"Mulut Mak Eton tadi, dia memang macam tu jenis yang cakap lepas"

"Sayang, bukan salah you pun sampai nak minta maaf. I tak kisah pun baby dia nak cakap apa." jawab Fahim tak lepas dari pandang mata Sophea.

His BambinaWhere stories live. Discover now