𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠𝐮𝐞

1.2K 70 16
                                    

Arabella Hely Xandria. Nama yang indah namun tidak pada hidupnya. Dia dipandang hina oleh orang kampung kerana menjadi anak yatim piatu dan dijaga oleh neneknya.

Apatah lagi setelah lima tahun berkahwin dengan pilihan hatinya namun masih lagi tidak mempunyai zuriat.

"Ria pandang apa tu ?" Soal Nek Yah, nenek kepada Hely. Hanya Nek Yah yang memanggilnya dengan panggilan Ria.

"Takde la nek, Ria cuma pelik dengan abang Nazmi. Kebelakangan ni, dia jarang balik rumah." Cerita Hely.

"Mungkin suami kamu tu ada banyak kerja. Tak payah la fikir sangat, tak baik untuk kesihatan." Berkerut dahi Hely mendengar balasan Nek Yah. Dah kenapa tak baik untuk kesihatan ni ?

"Tapi nek...mana abang Nazmi tidur ? Kerja banyak ? Dia tu kerja buruh je nek, selalunya paling lewat pun pukul 8 malam. Ni subuh pun kadang - kadang takde. Mananya Ria tak risau ?" Ujar Hely gelisah.

"Tak payah risau sangat, abang Nazmi kamu tu pandai la jaga diri dia. Sekarang ni Ria tolong pergi belikan bawang merah dengan garam. Nenek nak buat singgang merah ikan kerisi." Pesan Nek Yah sebelum bangun dari duduknya dan melangkah ke dapur.

Hely menghela nafas kasar. Dia terus turun memakai seliparnya. Nampaknya dia perlu menadah telinga untuk mendengar hinaan orang kampung sekali lagi.

"Tabahlah Hely, macam lah kau tak tahu mulut puaka diorang ni." Ujarnya di dalam hati. Baru setapak melangkah, telinganya sudah berdesing apabila mendengar suara jirannya.

"Pusing kanan je nampak si neraka ni, cuba la pusing kanan nampak bidadari elok juga." Hely memejamkan matanya sebentar. Cuba menenangkan diri.

"Eh Hely aku nak tanyalah, mak bapak kau ni dah takde otak ke sampai bagi nama kat anak ni neraka ?" Soal jirannya sinis.

Hely tersenyum nipis. Dia memandang jirannya sebentar. Cuba menahan diri daripada menampar wajah berkedut di hadapannya.

"Nama saya Hely makcik. H.E.L.Y bukan H.E.L.L ye ? Arwah ummi dan arwah abi saya tak bodoh nak beri nama yang membawa maksud buruk untuk saya. Dah selesai kan ? Saya pergi dulu, assalamualaikum." Sejurus itu, terus dia menyambung perjalanannya. Muka berkedut itu tidak dihiraukan lagi.

"Berapa ye semua ni Pak Mat ?" Soal Hely dengan senyuman manisnya.

"Halah halah, dah bosan dengan suami sendiri dia datang menyundal dengan orang tua pulak. Murah betul kau ni ye ? Padanlah dengan nama kau, neraka." Bidas salah seorang pelanggan disitu.

Hely mengetap bibir. Adakah salah jika dia menghadiahkan senyuman kepada seseorang ? Bukankah senyum itu satu sedekah ? Dia tak mempunyai duit yang banyak untuk disedekahkan, hanya senyuman yang dapat disedekahkan.

"Lima belas ringgit." Balas Pak Mat. Hely terdiam...lima belas ringgit ? Rasanya dia hanya membeli sehingga lima ringgit.

"L-lima belas ? Tapi...bukan ke garam ni hanya dua ringgit ? Dan bawang ni..Hely beli tiga ringgit je kan ? Macam mana boleh jadi lima belas ringgit ni Pak Mat ?" Soal Hely, dia sememangnya miskin harta tetapi tidak miskin ilmu.

Dia masih tahu harganya kerana dia sendiri mendengar berapa harga barangan yang dibelinya.

"Dah miskin tu miskin la. Kalau takde duit, berambus dari kedai aku." Halau Pak Mat. Barangan yang dibeli Hely tadi diambil semula.

Sengaja dia menaikkan harga barangan yang dijual kepada Hely. Dia tahu Hely tidak mampu, disebabkan itu dia menaikkan harga.

Hely akur, dia tahu Pak Mat sengaja menaikkan harga barangan. Bukan sekali, sudah berkali - kali Pak Mat melakukannya begitu.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now