𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|22

259 25 8
                                    

"Sejak bila kau makan laksa penang ni Hely ? Bukan kau tak suka laksa ke ?" Soal Rely pelik apabila melihat adiknya yang ralit menyuap laksa itu.

Hely memandang Rely sebelum mengangkat bahunya.

"Dah tiba - tiba suka, nak buat macam mana ?" Jawab Hely selamba. Rely menganggukkan kepalanya. Betul jugak tu.

"Abang Zain mana ?" Rely menjeling Hely sekilas sebelum meneruskan membuat nasi air untuk Rina.

"Dia kerja la Senah, harini kan Isnin ?" Hely menganggukkan kepalanya. Betul jugak tu.

"Weh aku lapar siot, takde makanan ke ? Penat tau jaga anak kau ni. Nakal gila, tak padan dengan 10 bulan budak ni." Mereka memandang Adrian yang tiba - tiba bersuara itu.

Terkelip - kelip Hely dan Rely melihat rambut dan baju Adrian yang serabai itu sebelum mereka meletuskan tawa.

"AHAHAHA PAHAL KAU MACAM BARU LEPAS DARI SANGKAR KUCING NI ? AHAHAHAHA." Adrian memandang tajam ke arah Rely dan Hely yang terbahak - bahak itu.

Kurang asam jawa punya kawan !

"Kau Rina nanti bila besar jangan ikut perangai mak dengan makcik kau tu, hancur dunia karang, aduh sakit RINA RAMBUT RINA SAKIT !" Makin kuat tawa mereka apabila melihat Rina yang menarik rambut Adrian itu.

Apatah lagi Rina ketawa selepas merosakkan rambut Adrian.

"Kau ni kan budak kalau aku hempuk kau melayang nyawa ADUHH SAKIT !" Jerit Adrian sekali lagi apabila Rina kembali menarik rambutnya.

"Come sayang mummy. Dah, jangan dekat ngan pakcik tua ni lagi. Bagus kesayangan mummy ni." Adrian menayangkan wajah jengkel.

Baik pulak budak ni dengan mak dia.

"Kau tak kerja ke harini Han ?" Adrian memandang Hely sebelum mengambil tempat di sebelah Hely.

"Kata bodoh kang marah, kan aku kerja dengan korang ? Dah korang tak bagi aku kerja, aku nak kerja apa ?" Soal Adrian pula.

Dia bangun mengambil mangkuk, susu dan sekotak honey stars. Susu dimasukkan ke dalam mangkuk sebelum dia memasukkan honey stars.

Pantas dia kembali duduk di sebelah Hely yang memegang Rina sebelum dia menyedari sesuatu.

"REL AMBILKAN SUDU !" Dan sekali lagi rambut Adrian ditarik oleh Rina apabila Hely meletakkan Rina di atas kepala Adrian.

"Nah, bagus anak aku ni. Lain kali tarik hidung dia pula. Biar tercabut pastu tak boleh bernafas lagi." Adrian menjeling Rely.

"Kurang ajar, hormat sikit aku ni. Aku lagi tua daripada kau tau ?" Rely menjelirkan lidahnya. Macam lah aku kisah.

          "SIAPA perempuan ni ? Kenapa Arfan post gambar perempuan tah siapa siapa ni dekat ig dia ?" Soal Hely pelik.

Pandangannya jatuh memandang caption pula. Terbuntang mata Hely apabila melihat caption Arfan yang bertulis "cantiknya isteri baru saya".

"I-isteri baru ? Dia kahwin lain ? Tanpa pengetahuan aku ?" Soalnya perlahan. Air matanya bergenang menunggu masa untuk mengalir.

Butang komen ditekan. Banyak komen yang mungkin daripada kawan - kawan Arfan. Dia tersenyum nipis apabila ada kawan - kawan Arfan yang menyokong dirinya antaranya Ayden Rafael, Aryan Mikael, Faezy Zariel dan Aydan Isqandar. Wah kenapa dia tak pernah kenal kawan - kawan Arfan yang ini ?

'Dia ada perempuan lain pun kau tak tahu, apatah lagi kawan - kawan dia. Kau berkahwin haritu pun kecil - kecilan je.' Kutuk hatinya.

Dia menghela nafas. Mungkin Arfan sengaja bergurau tak lawak dengannya. Tapi kalau sampai masuk instagram betul ke Arfan bergurau ?

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now