𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|8

468 34 4
                                    

"Kita nak pergi mana ni bang ?" Soal Hely, dia membetulkan shawl miliknya. Arfan menjeling Hely sekilas. Hairan dia dengan gadis itu, bukankah dia berasal dari kampung dan tidak mempunyai harta ?

Tapi mengapa gaya gadis itu seperti gadis bandar ? Pakaian gadis itu semuanya datang daripada butik pakaian mahal.

"Pergi rumah bakal madu Hely, kenapa ?" Terus buku lima Hely menyapa bahu Arfan. Dia main - main dengan aku ?

"Aduh sakitlah, Hely ni waktu mula - mula datang abang ingat Hely baik. Nampak lembut je, ayu, sopan, lepas kahwin ni ish ish perangai macam syaitan." Selamba sahaja Arfan menuturkan ayatnya.

"Samalah macam abang, mula - mula tengok ingatkan baik, pendiam, rupanya perangai lebih daripada iblis." Balas Hely pula.

Arfan mencebik apabila mendengar kata - kata Hely.

"Dah la kau, memang aku pastikan kau jumpa bakal madu kau kejap lagi. Dah la kau jawab tak sudi waktu aku buat trend. Huh !" Hely tersengih, tangannya naik menggosok belakang leher.

Manalah dia tahu Arfan buat trend, ingatkan kena sampuk ngan setan.

"Dah sampai, turun lah." Hely terdiam, lama dia memerhati rumah itu. Senyuman sinis terlakar di bibirnya, terus dia melangkah keluar dari kereta.

Dia berlari kearah Arfan sebelum memeluk lengan Arfan. Arfan memandang pelik ke arah isterinya. Dah kenapa minah ni ?

"Hely kenapa ni ? Kena sampuk ke ?" Hely mencebik, tak sweet langsung lah dia ni.

"Hely nak mengadu ni." Kata Hely.

"Nanti kat rumah ye ? Dah jom masuk." Hely hanya menganggukkan kepalanya.

Masuk sahaja ke dalam rumah itu, Hely memandang setiap ceruk rumah. Dia menganggukkan kepalanya.

"Not bad tapi tetap takleh kalahkan aku. Tsk tsk." Ujarnya perlahan dengan kepala yang digelengkan beberapa kali. Arfan mengerutkan dahi, hah ? Apa benda ni ?

"Eh abang Mike ke ? Datang nak jumpa abang Mi eh ? Kejap ye Zara panggil," Hely menghadiahkan senyuman kepada Izara.

"Hi bekas madu !" Sapa Hely dengan ceria. Terus Arfan memandang Hely dengan mata yang terkelip - kelip. Izara terkedu, tak sangka Hely akan menyapanya dengan panggilan begitu.

"B-bekas madu ?" Soal Arfan, dia memandang Hely yang tersenyum itu.

"Haah, abang tak tahu ke dia ni bekas madu Hely ?" Arfan menggelengkan kepalanya, Hely mengerutkan dahi. Eh ? Serius la dia tak tahu ?

"Ouh abang tak tahu eh ? Hely ingat Mely dah beritahu abang." Kata Hely selamba, dia tersengih.

"Mike ! Lama tak nampak kau...err siapa perempuan ni ?" Soal Nazmi, dia memandang gadis yang memeluk lengan Arfan pelik.

"Dah tak kenal bekas isteri sendiri ke bro ?" Soal Arfan dengan kening yang dijongketkan ke atas. Nazmi membulatkan mata, terus dia memandang Izara.

"Ara ?" Soal Nazmi, Hely memandang Nazmi dengan pandangan sinis.

"Siapa Ara ? Tak kenal lah, abang kenal Ara ke ?" Soal Hely kepada Arfan yang mengerutkan dahi itu.

"Pst Ara tu siapa ?" Soal Arfan pula. Bukan nama dia Hely ke ? Siapa Ara ? Hely menepuk dahi.

Bebal betul la, suami siapa ni ?

"Ara tu Hely lah ! Arabella." Setelah beberapa minit memproses Arfan meng'o'kan.

"Ouh mesti la kenal, dah Hely kan Ara tu ?" Soal Arfan pula. Hely ternganga, astagfirullahalazim dia ni.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now