𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|11

428 34 7
                                    

"Wah...cantiknya." puji Hely apabila cahaya mula menyimbah ke tempat rahsia itu. Rely turut kagum melihat reka bentuk bilik rahsia itu.

Perlahan - lahan kaki mereka melangkah meneroka segenap ruang yang agak luas itu. Tidak pernah mereka menyangka rumah Nek Yah mempunyai ruang sebegini.

"Gambar apa ni ?" Perlahan Rely menyoal, serentak tangannya naik menarik kain putih yang menutup gambar itu.

"Wah.." hanya itu yang keluar dari mulutnya setelah melihat potret wajah keluarganya bersama.

"Helicopter sini tengok potret ni. Cantik kan ?" Hely mula membuka langkah ke arah kakaknya apabila dipanggil.

Sama dengan reaksi Rely sebentar tadi, Hely turut kagum melihat potret keluarga mereka yang dilukis itu.

Entah bila potret itu dilukis pun dia tidak tahu.

"Agak - agak siapa yang lukis ye ?" Soal Hely kepada kakak kembarnya namun dibalas dengan..."Manalah aku tahu, kau ingat aku tahu semua benda ke apa ?" Pasrah.

Pasrah betul Hely setelah mendengar jawapan yang diberi oleh Rely itu. Hampeh betul akak aku ni.

"Aku nak try teroka benda lain pulak, luas juga ye bilik ni ?" Gumam Hely perlahan. Kaki mula melangkah ke tempat lain begitu juga dengan Rely.

Setelah hampir setengah jam mereka melihat semua barangan dan meneroka akhirnya mereka bersandar di dinding. Lelah meneroka bilik yang dirasakan misteri itu.

"Aku ada jumpa diary, aku rasa ni diary arwah ummi." Ujar Rely sambil mengangkat diary yang dipenuhi habuk itu.

Hely bingkas duduk secara tegak. Dia memandang lama ke arah diary yang berada dipegangan Rely itu.

"Macam mana kau boleh confident yang tu diary arwah ummi ? Entah - entah yang adik beradik arwah ummi." Kata Hely.

"Bebal. Arwah ummi takde adik beradik lah sengal. Lagipun tulisan arwah ummi cantik macam tulisan aku, maknanya ni yang arwah ummi." Hely menjeling Rely yang sempat mengangkat bakul itu.

"Iyelah kak, confident itu penting." Lembut tapi Rely tahu Hely cuba memerlinya tapi siapa kisah ?

"Dah jom lah baca." Baru sahaja tangan Rely ingin menyentuh buku itu, Hely pantas menghalang. Rely memandang pelik ke arah Hely.

"Kau dah kenapa ? Tadi kau jugak yang excited nak buka." Hairan Rely dengan perangai Hely ni, tadi kemain beria ni tepis pulak tangan orang. Aku siku kang sia - sia je hidup budak ni.

"Takpe ke kalau kita baca ? Bukan ke diary ni privacy arwah ummi ? Kalau berdosa macam mana ?" Ha sudah. Tepuk dahi Rely mendengar soalan polos daripada Hely ini.

Aduhai budak ni, pening aku dibuatnya.

"Arabella Hely Xandria sayang, arwah ummi dah tiada dan kita sebagai anak arwah ummi yang tak tahu kisah masa lalu umi berhak baca sebab nak tahu cerita. Nak suruh arwah ummi ceritakan dia dah takde hm." Dapat Hely menangkap suara sayu Rely yang turut membuatnya hiba.

"Tak berdosa kan ?" Soal Hely was - was. Takut pula dia rasa, seperti dia baru sahaja melakukan kesalahan yang besar.

"Insya-Allah tak. Doa je yang baik - baik." Penuh selamba jawapan Rely ketika itu. Dia menjeling adiknya sekilas.

"So nak buka ke taknak ?" Lambat - lambat Hely mengangguk. Maaf ummi, kami dipenuhi rasa curiga !

Dan mereka mula membelek setiap helai diary itu. Dibaca dengan bersungguh - sungguh, kadangkala mereka ketawa, sedih dan berbagai reaksi seolah - olah membaca buku cerita.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Donde viven las historias. Descúbrelo ahora