𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|7

563 40 4
                                    

"Tadaaa dah siap. Cuba kau tengok rupa aau sekarang ! Macam bidadari lah...bidadari tupai." Usik Hely dengan senyuman manisnya. Mencuka wajah Marlin apabila mendengar usikan gadis itu.

"Kau memang ba- wow." Terkedu Marlin melihat rupanya dengan shawl bewarna nude brown dengan abaya bewarna putih.

"Ni aku ke ?" Soal Marlin lagi. Terkelip - kelip dia melihat dirinya. Perlahan - lahan tangannya naik mengusap pantulan wajahnya di cermin.

"Woi angau ngan diri sendiri ke ?" Celah Hely. Dia memandang Marlin dengan wajah berkerut. Angau ke ?

"Cantiknya aku !! Abang ! Cantik tak ?" Soal Marlin, dia memandang abangnya dengan mata yang terkelip kelip. Arfan memandang adiknya sebelum menghadiahkan senyuman manis.

"Adik abang sentiasa cantik." Kata Arfan, dia mengusap kepala Marlin yang dilitupi tudung itu. Hely tersenyum melihat adegan itu.

"Sekarang kita belajar solat. Okay ?" Marlin dan Arfan memandang Hely sebelum menganggukkan kepala mereka.

"Bacaan kena betul, nanti kalau tersalah sebut makna dia tak sama." Tegur Hely. Arfan meng'o'kan sahaja.

"Doa iftitah ni wajib baca ke Hely ?" Soal Mely pula. Sedaya upaya dia cuba menghafal doa itu.

"Doa iftitah tu sunat je, kalau nak ikut solat macam nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam, baca lah." Terang Hely. Marlin menganggukkan kepalanya.

"Kau hafal yang wajib dulu, macam Al Fatihah tu. Doa iftitah tu nanti kau cuba hafal slow slow okey ?"

"Okey bos !" Terus mata Marlin kembali fokus ke buku panduan solat itu.

Setelah sejam mereka berdua mencuba menghafal dan melakukannya akhirnya Hely memanggil mereka.

"Dah nak masuk waktu Isya'. Jom solat." Ajak Hely, dia memandang kearah dua beradik itu.

"Tapi aku tak hafal lagi doa untuk baca lepas al fatihah." Kata Marlin, bibir dicebikkan.

"Doa lepastu tak wajib pun. Kau dah hafal al fatihah kan ? Jom solat, tak baik melambat lambatkan solat." Mereka akur.

          "BARU balik ? Zy pergi mana tadi ? And sejak bila Zy bertudung ni ?" Soal Puan Melissa. Hatinya terjentik apabila melihat wajah anak perempuannya yang cantik bertudung itu.

"Zy pergi rumah abang Ar dengan Hely tadi. Hely ajar abang dengan Zy cara solat, mengaji and dia suruh Zy try pakai tudung. Cantik tak ma ?" Soal Marlin teruja.

Puan Melissa tersenyum. Tak sangka kehadiran gadis kampung itu ke dalam keluarganya mampu merubah dua orang anaknya.

Dia mendekati anak bongsu kesayangannya itu sebelum mengusap kepala gadis itu.

"Anak mama memang cantik. Lagi cantik bila bertudung, manis je mama tengok. Nanti...esok Zy tolong suruh Hely datang rumah boleh ? Mama nak belajar juga," Marlin tersenyum, dia menganggukkan kepalanya dengan senyuman manis. Dia bersyukur, mamanya juga ingin berubah.

'Terima kasih Hely.." ucapnya perlahan di dalam hati.

Tuan Zarif yang melihat adegan ibu dan anak itu tersenyum. Tidak sia - sia 'mereka' merancang segalanya.

"Sikit lagi dan kamu akan ikut mereka." Ujarnya di dalam hati dengan senyuman sinis.

          "WARNA ni cantik lah, kita beli yang ni nak ?" Tanya Puan Melissa, dia menunjukkan abaya bewarna light grey.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now