𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|18

296 24 2
                                    

"Apa sebenarnya yang jadi ? Abang tak faham satu pun, Hely ?" Hely menjeling Arfan sekilas sebelum menggelengkan kepalanya. Dia lebih memilih untuk merahsiakan apa yang terjadi.

"Hely tak tahu, dia memang macam tu dari tadi." Jawab Hely tanpa nada. Dia menjeling Marlin sekilas.

Terdengar keluhan daripada seseorang. Terus dia memandang Adrian yang menayangkan wajah kecewa itu.

"Rian kenapa ?" Soal Marlin apabila melihat wajah teman lelakinya itu. Adrian menjeling Marlin sekilas sebelum menggelengkan kepalanya.

"Takde lah, pening sikit." Jawab Rian dengan senyuman hambarnya. Marlin menggelengkan kepalanya, dia tahu ada sesuatu yang terjadi kepada lelaki itu.

"Aku nak masuk bilik dulu, abang jom tidur ? Hely ngantuk." Adu Hely dengan bibir yang dicebikkan. Arfan hanya menganggukkan kepalanya.

"Saya balik dulu love, awak duduk kat rumah ni ye ? Love you mi amore." Ucapnya, dia menghadiahkan senyuman manis kepada Mely.

"Hm okay, take care Rian. Love you too." Adrian tersenyum mendengar balasan Marlin. Sekurang - kurangnya dia tahu Marlin cintakan dia juga.

"I love you mo-"

"Dah habis ke belum sesi love you korang ni ? Kalau tak habis lagi sila sambung, kalau dah habis ha Han, kau dah boleh berambus lah. Aku nak kunci pintu dah ni." Halau Rely dengan riak tak bersalah. Selamba sahaja dia menghalau Adrian.

Adrian menjeling. Dasar singa jadian, aku pijak nanti patah leher dia.

"Tak payah mengumpat aku dalam hati, berambus sana." Adrian mencebik, sempat dia melambai kepada Marlin sebelum Rely menghempas pintu. Terhinjut bahu Marlin apabila bunyi pintu itu kuat menyapa gegendang telinganya.

"Aww my baby ucuk acam, gegendang telinga aku dah nak pecah." Katanya dengan bibir yang tercebik. Kuat gila minah tu hempas pintu, kalau pintu tu tercabut macam mana ?

"Pintu ni takkan tercabut, aku baru je tukar semalam lepas mamalia tu lempar kapak dekat pintu kaca aku. Bodoh tahap gaban." Pintas Rely seolah - olah mengetahui apa yang dikatakan oleh Marlin.

Marlin memandang Rely dengan dahi berkerut. Macam mana dia tahu ?

"Dah kau nak aku tunjuk bilik tidur kau ke tak ? Kalau nak ikut aku, kalau taknak kau tidur jela kat ruang tamu ni." Ujar Rely, dia membuka langkah ingin meninggalkan ruang tamu itu.

"Eh ana mahu ikut ! Tunggu saya wahai manusia tak beriman !" Selamba sahaja Marlin menuturkan kata - katanya itu seraya memeluk lengan Rely.

Rely menggulingkan bebola matanya. 'Nasib kawan adik aku, kalau tak memang aku halau dia macam Adrian tadi. Biar je berlove you sampai kiamat.' Omel Rely di dalam hati.

"Ni bilik kau, lepaskan lengan aku sebelum kau yang aku halau." Marlin tersengih, terus dia melepaskan lingkaran tangannya dari lengan Rely.

"Garunk la you ni hakak. Tacod titew, rawr rawr." Kata Marlin gedik dengan mata yang dikeyitkan beberapa kali dan tangan seperti ingin mencakar. Rely menayangkan riak wajah jijik melihat aksi Marlin.

"Gila !" Katanya sepatah sebelum berjalan menjauhi Marlin. Makin lama makin teruk perangai budak Marlin tu.

"Tiduck releck bethol budhak ni." Kata Marlin, dia menghantar pemergian Rely dengan gelengan sebelum melangkah masuk ke kamarnya.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now