𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|38

225 17 1
                                    

Pang !

Terkedu semua orang yang berada di ruang tamu itu apabila tangan Zain naik menampar pipi Rely. Pantas Hely mendekati Rely sebelum membelek wajah Rely.

"Tepi Hely, jangan sampai tangan aku ni naik tampar muka kau pulak." Hely pantas menoleh ke arah Zain sebelum tangannya naik menumbuk pipi Zain.

Buk !

Adrian pantas menarik Hely ke belakangnya. Risau jika Hely pula yang menjadi mangsa pukulan Zain. Hely memandang Adrian tajam seraya menepis tangan Adrian.

"Berani kau pukul aku ? Kau nak mati ke ?" Soal Zain kasar. Dia memandang tajam ke arah Hely yang memandangnya tanpa riak itu.

"Buat lah aku mati kalau boleh." Cabar Hely. Membulat mata mereka mendengar cabaran Hely itu. Zain memandang Hely tajam apabila mendengar cabaran yang diberi.

"Jangan cabar aku Hely, aku boleh je bunuh kau." Hely mengukirkan senyuman sinis mendengar kata - kata Zain. Dia memandang Zain sebelum bersuara,

"Kau polis, takkan kau tak tahu hukuman bagi orang yang membunuh dengan niat ? Nak aku ingatkan ?" Soal Hely, melihat kebisuan daripada Zain terus dia bersuara,

"Seksyen 302 kanun keseksaan, jika bunuh dengan niat hukumnya gantung sampai mayi dan bunuh tanpa niat hukumnya 30 tahun penjara atas seksyen 304 kanun keseksaan."

"Niat membunuh itu boleh dibuktikan melalui perancangan dan persediaan hendak melakukan pembunuhan." Sambung Hely tenang. Dia memandang wajah Zain yang berubah riak itu.

"Dan aku rasa kalau kau nak bunuh aku, dia di bawah seksyen 302 kanun keseksaan lah kan ? Sebab kau berniat nak bunuh aku ?" Kata Hely lagi.

"Kau....kau.." Mati kata - kata Zain mendengar ayat yang dilontarkan oleh Hely itu. Tiada yang boleh dia nafikan kerana semuanya betul.

"Kau apa ? Mati kata - kata hm ? Jangan ingat aku tak tahu pasal undang - undang Zain, aku bawah polis juga. Bukan kau aje, isteri kau, Fathan dan Marlin pun tetap under polis." Kata Hely lagi cuba untuk mengingatkan Zain.

"Kau dari RSA, macam mana boleh jadi under polis ni ?" Terletus tawa dari bibir mungil Hely mendengar soalan Zain itu.

Bodoh jugak abang ipar aku ni...

"Royal Secret Agency atau singkatannya RSA ialah Agency rahsia yang hanya diketahui oleh para menteri, tentera dan polis. Disebabkan tugas kami pun menjaga keselamatan negara, kami seperti polis. Cuma bezanya....kami polis yang tak diketahui masyarakat." Kata Hely. Zain terdiam.

"Tergamam ? Terdiam ? Terkedu ? Terkelu ? Bukan masalah aku, tahu hilang anak tapi tak payah la pukul bini. Kakak aku tak tahu pun yang akan ada orang datang culik Arina." Kata Hely lagi tetapi lebih tegas.

"Eh kalau dia tak lalai anak aku takkan kena culik lah bodoh." Kata Zain geram.

"Tak payah mencarut, dosa kau tu dah banyak. Baru tadi buat dosa pukul bini, sekarang nak tambah dosa mencarut pulak ? Sekarang ni aku mengaku memang aku dengan kakak aku lalai tapi kami ada masalah kami sendiri." Kata Hely mengakui kesalahannya.

"Sedar pun yang korang tu lalai ?"

"Taknak salahkan diri kau jugak ke ? Kau pergi mana ? Kerja ? Tak payah mengarut, Arfan je yang aku nampak dua puluh empat jam dengan laptop dia nak cari Irfan. Kau ? Setiap malam aku dengar kau on call dengan entah siapa - siapa tu, setiap hari aku dengar kakak aku menangis sebab kau. Arina ? Bila masa kau kisah pasal dia ? Sejak enam bulan ni dia naik atas riba kau pun kau tolak dia lepastu bla, kenapa waktu dia hilang baru sibuk nak cari dia ? Nak tunjuk yang kau kisah pasal dia ? Kalau kau kisah pasal dia, kau akan cari dia lepas tahu berita tu. Kakak aku bagitahu dari petang tadi lagi yang anak kau tu hilang, ingatkan bapak dia yang sampai dulu eh rupanya Marlin, Arfan dengan Fathan yang sampai dulu, yang bertungkus - lumus nak cari Arina. Kau pulak ? Datang macam orang bodoh tiba - tiba tampar kakak aku, mana kau tadi ? Masuk dalam perut bumi kejap ? Waktu kakak aku tanya dekat Arfan kau ada kat mana, Arfan kata seharian dia tak nampak kau dekat balai." Kata Hely panjang lebar.

Terkelu Zain mendengar kata - kata Hely. Dia memandang Arfan yang hanya diam melihatnya. Pantas dia meluru ke arah Arfan dan menarik kolar baju Arfan.

"Kau cuba fitnah aku kan ? Aku dekat balai la tadi." Kata Zain namun hanya dibalas dengan renungan Arfan.

"Takde siapa tuduh kau Zain, aku dah tengok pun CCTV kat balai tu, kereta kau pun kami tak nampak." Sampuk Adrian pula.

"Mesti bini kau yang bodoh tu hapuskan rakaman CCTV tu, aku....aku ada la !" Nafi Zain lagi.

"Tolong ambil cermin dan tengok diri kau dulu sebelum nak kata isteri aku ni bodoh." Kata Adrian mendatar, jelas tidak suka apabila isterinya dipanggil bodoh oleh manusia bodoh.

"SUDAHLAH ! MALAS AKU NAK BERURUSAN DENGAN MANUSIA BODOH. IRBELLA RELY XANDRIA BINTI HERY ZARITH, AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK TIGA !" Terkedu Rely apabila mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulut bekas suaminya itu.

"Woi talak satu sudah la, ni sampai ke tiga. Tak pasal - pasal tak boleh rujuk. Benak punya orang tua." Kata Hely laju.

"Diam. Korang cari lah Arina tu, aku dah taknak kisah pasal dia atau kakak kau lagi. Anggap aje kita tak pernah kenal dan tak pernah berjumpa." Zain terus keluar dari rumah itu dengan pintu yang dihempas kuat.

"Ha eloklah tu hempas pintu rumah orang ! Waalaikumussalam !" Jerit Hely kuat. Cenggitu je dia blah ? Salam tak bagi terus keluar, dah la hempas pintu rumah orang. Aku hempuk pintu tu dekat muka buruk dia tu baru tahu.

"Kau okay ke Rel ?" Soal Adrian kepada kakak iparnya prihatin. Hely turut melangkah ke arah Rely diikuti Arfan dan Marlin.

"Kau ingat aku okay ke lepas kena cerai ? Tak pasal - pasal jadi janda, tak pasal - pasal jadi ibu tunggal, tak pasal - pasal tak boleh tinggal rumah sampai aku beranak."

"Apa ke banyak benor tak pasal - pasal tu ? Sekali udah ler, jangan diulang banyak - banyak kali." Sampuk Hely.

"Kenapa tak boleh tinggal rumah sampai aku bera- eh kau beranak ? Rumah nak lari ke ? Eh kau jangan risau, ni rumah aku dengan Hely. Kitorang akan pastikan rumah ni tak boleh lari." Kata Adrian seperti orang bodoh.

"Bodoh si isteri bodoh lagi si suami, bukannya rumah ni nak lari bangang. Dia idah, tak boleh keluar rumah melainkan ada urusan seperti kerja. Sian bakal anak kau nanti kalau menurun kebodohan bapak dia. Mak dia tu cerdik la sikit, bapaknya terlebih bodoh." Selamba Marlin melontarkan kata.

"Setan, anak aku ni akan bangga dapat bapak hensem macam aku, dah la hensem cerdik pulak tu. Kan baby kan ?" Soal Adrian sambil memandang ke arah perut Hely.

"Bila masa ni anak kau ?" Sejurus itu terus Hely bangun meninggalkan mereka. Terkebil - kebil Adrian. Aku ada buat salah ke ?

Terus dia teringat hal petang tadi, tangan naik menampar dahi. Aduhai, masak lah aku kalini.

 Aduhai, masak lah aku kalini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now