𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|21

248 24 0
                                    

"Kau siapa ?" Soal Hely. Dia menarik Marlin menjauhi lelaki itu.

"Aku ? Aku orang yang akan beritahu korang kebenaran yang sebenar." Berkerut dahi Hely dan Marlin apabila mendengar kata - kata lelaki itu.

Kebenaran yang sebenar ?

"Apa yang kau merepek ni ? Kebenaran ?" Soal Marlin memberanikan diri untuk menyoal. Lelaki itu sekadar menganggukkan kepalanya.

"Aku tahu asal usul korang yang sebenar. Biar aku beritahu semuanya bermula dari kau." Hely terdiam apabila lelaki itu menunjuk dirinya.

"Aku ?" Lelaki itu menganggukkan kepalanya.

"Kau tahu yang arwah ibu bapa kau mati sebab kemalangan bukan ?" Hely perlahan - lahan menganggukkan kepalanya.

"Tapi kau tahu tak yang kemalangan tu dirancang dengan harapan kau dan kakak kembar kau turut mati ?" Hely terkedu, dia tak pernah tahu akan hal itu.

"Dan kau tahu yang kau pernah ada seorang abang dan seorang adik perempuan ?" Hely mengangkat kepala memandang lelaki itu tak percaya.

"A-apa yang kau kata ni ? Aku..aku takde abang atau adik perempuan lah !" Bantah Hely. Dia akan tahu jika dia mempunyai abang dan adik perempuan kerana dia turut berada disana.

"Kau lupa yang kau hilang separuh ingatan kau sebab hentakan ? Kau pasti kau takde abang dan adik perempuan ?" Sekali lagi Hely terdiam.

"Abang dan adik perempuan kau dah meninggal sama dengan ibu bapa kau. Mereka tak dapat diselamatkan, hanya kau dan kembar kau yang sempat diselamatkan." Hely menunduk mendengar kenyataan itu.

"Dan kau tahu ada seorang lagi kanak kanak perempuan sebaya kamu yang berada di dalam kereta tu ?" Hely mengerutkan dahi. Dia memegang kepalanya yang mula berasa seperti dicucuk itu.

"Dan kau tahu siapa kanak kanak perempuan tu ?" Hely menggelengkan kepalanya walaupun kepalanya sudah menyengat.

"Dia...MarlinArferlya Zyria." Marlin memandang lelaki itu tak percaya manakala Hely sudah terduduk akibat kepalanya yang menyengat.

"Cu-cukup." Minta Hely perlahan. Dia tahu jika lelaki itu meneruskan bicaranya, kepalanya akan lebih sakit untuk mengingati semuanya.

Dan dia tak akan mampu menahan sakit di kepalanya lagi.

Marlin pantas memegang Hely, dia memandang lelaki itu.

"Nak tahu kenapa nama dia dan kau hampir serupa ?" Tidak berhenti malah dia menyambung bicaranya tanpa menghiraukan Hely yang sudah terduduk kesakitan itu.

"Aku...aku taknak tahu..cukup." Rayu Hely perlahan. Marlin turut berasa sakit yang dilanda Hely itu.

Dia menarik Hely ingin menjauhi lelaki itu sehinggalah satu kenyataan membuatkan dia berhenti melangkah.

"Marlin Arferlya Zyria, nama yang diberi oleh arwah ibu bapa Hely apabila menemui Mely di tong sampah. Dibuang oleh ibu bapanya yang bernama Melissa dan Zarif. Dibesarkan oleh ibu bapa Hely selama empat tahun sebelum diambil semula oleh Melissa dan Zarif." Marlin memandang tak percaya.

Jadi dia pernah dibuang dan diambil semula sebagai anak angkat....atau anak kandung ?

Lelaki itu memandang sinis ke arah dua gadis itu. Rancangannya untuk memberitahu kebenaran akhirnya berjaya. Puas hatinya melihat wajah kedua gadis itu.

"Mereka tak pernah mengetahui bahawa Marlin ialah anak kandung mereka sehingga lah Marlin berusia dua belas tahun. Mereka tak pernah menyangka arwah ibu bapa Hely melihat mereka membuang seorang bayi perempuan yang baru sahaja berusia lima hari."

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now