𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|6

586 38 7
                                    

Hely mengerutkan dahi apabila merasakan bantal tidurnya sedikit keras ? Perlahan - lahan dia membuka matanya sebelum matanya terbuntang luas. Terus Arfan ditendang sehingga jatuh ke bawah katil.

"Aduh Hely, dah kenapa tendang abang pagi pagi buta ni ?" Soal Arfan, dia memandang Hely yang menutupi kepala menggunakan selimut itu.

"A-apa abang buat dalam bilik Hely ? Tak baik la ! Kita takda hubungan yang sah pun." Kata Hely, matanya memandang wajah berkerut Arfan sebelum jatuh ke perut Arfan yang berketul.

"Ya Allah mata aku dah tak suci." Katanya apabila terlihat sixpack milik Arfan itu.

"Kita dah nikah Hely, tolong jangan tunjuk kebodohan tu. Insecure kebodohan aku tengok." Kata Arfan dengan kepala yang digelengkan.

"Dah nikah ? Abang mengarut apa ni ? Bila kita nikah ha ? Abang tipu kan ?" Berkerut dahi Arfan mendengar kata - kata Hely.

"Haha teruskan mengarut. Abang nak pergi bersiap, nak pergi kerja." Kata Arfan. Comforter dialihkan sebelum terus membuka langkah ke bilik air. Hely memandang belakang Arfan pelik.

"Aku dah nikah ? Aku ? Wah selamat pengantin baru diri sendiri." Ucapnya. Pandangannya dialihkan ke arah balkoni bilik.

Perlahan - lahan dia mengatur langkah ke balkoni itu. Pintu balkoni ditolak ketepi dan terus berjalan ke luar balkoni. Dia memejamkan matanya apabila angin pagi menampar lembut wajahnya sehinggalah dia perasan sesuatu.

"Eh ? Aku tak solat subuh lagi kan ?" Soalnya perlahan. Matanya dibuka kembali, matahari sudah mula berdiri.

"Weh subuh !" Jeritnya. Terus dia berlari masuk ke dalam bilik semula dan mengetuk pintu bilik air.

"WOI WOI YANG KAT LUAR TU, DAH KENAPA MAIN KETUK KETUK PINTU ? NAK MENGINTAI KE HA ?!" Soal Arfan dari dalam.

"KEPALA ITIK AWAK LAH SAYA NAK INTAI. SAYA NAK AMBIL WUDUK LA BENGAP !" Balas Hely pula.

"WUDUK ? KENAPA NAK AMBIL WUDUK ?!" Soal Arfan lagi. Hely tercengang, mak aih takkan tak tahu wuduk tu apa ? Membesar dalam lubang mana ni ?

"WUDUK LA, NAK SOLAT KAN KENA AMBIL WUDUK DULU." Kata Hely. Arfan mendiamkan diri. Lama keadaan senyap sebelum Arfan keluar semula dari bilik air. Hely tidak disapa, terus dia ke closet.

Hely mengerutkan dahi. Aku ada buat salah ke ? Takde kan ? Dia mengangkat bahu, terus dia mencari sejadah di dalam bilik itu.

"Ha sudah, sejadah takde ke ? Telekung pun takde ni. Aduh, takkan dia tak solat kot ?" Soalnya dengan tangan yang sibuk menggaru kepala.

Baru sahaja dia memusingkan tubuhnya, matanya terbuntang apabila melihat Arfan yang sangat dekat dengannya.

"Err abang...sejadah takde ke ?" Soal Hely, kakinya melangkah ke belakang cuba menjauhi Arfan. Arfan merenung Hely sebelum terus duduk di katil. Dia menggamit Hely mendekatinya.

Hely akur, kakinya melangkah mendekati Arfan. Tempat disebelah Arfan diambil. Dia memandang wajah Arfan.

"Kalau abang beritahu Hely, Hely boleh terima abang lagi tak ? Hely boleh terima family abang ? Hely masih nak berkawan dengan Zy ?" Hely mengerutkan dahi apabila mendengar soalan daripada Arfan.

Dah kenapa orang tua ni ?

"Abang tak bagitahu, macam mana Hely nak putuskan yang Hely masih nak berkawan dengan Zy atau tak." Arfan mendiamkan diri. Dia menghela nafas panjang.

"Kitorang...kitorang tak pernah solat, kitorang tak pernah diajar tentang agama." Diam...Hely memandang Arfan tak percaya.

Sebab itu ke mereka pelik mendengar perkataan kiblat ?

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now