𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|33

197 14 2
                                    

"Jap aku serius tak faham apa - apa sekarang ni, dia macam otak aku jatuh aku nak kutip balik hilang ! Hilang otak tu ? Kau ada nampak tak otak aku tu ?" Soal Hely kepada kakak kembarnya.

"Shut up Hely, tak membantu langsung lah kata - kata kau ni." Kata Rely sambil menjeling adiknya yang sudah mencebik itu.

"So apa yang korang nak tahu ?" Soal Arfan tanpa nada. Ketika ini mereka berada di bilik mesyuarat. Hanya Rely, Hely, Zyria, Adrian dan Arfan.

"Macam mana kau boleh jadi polis ? Jadi inspektor lagi sedangkan kau pengedar dadah ?" Soal Adrian serius. Tiba - tiba tawa Hely terhambur, terus mereka mengalihkan pandangan ke arah Hely.

"Kau dah kenapa gila ? Ada masalah hidup ke ? Tahulah otak kau hilang tapi sejak bila kau jadi bebal sampai macam ni ?" Soal Rely geram dengan adik kembarnya itu.

"Naur lah, cuma rasa lawak tengok muka serius Fathan. Sepanjang aku hidup aku rasa ni first time aku tengok dia jadi serius sampai macam ni." Jawab Hely selamba.

"Kau ni memang nak gaduh ke ?" Soal Adrian, dia menjeling Hely tak puas hati. Hely menayangkan wajah tak bersalah. Arfan yang melihat itu sekadar senyum.

"Korang nak gaduh atau nak dengar penjelasan dia ? Sebelum dua - dua aku campak dalam gaung baik diam." Terus diam pasangan suami isteri itu apabila melihat jelingan tajam Rely.

'Garunk ler aweks ni, tacod titew rawrr.' Mahu sahaja Hely mengungkapkan kata - kata itu namun apabila melihat Rely yang masih memandangnya tajam itu membuatkan dia membatalkan niat. Naya je kalau dia campak aku dalam gaung betul - betul.

Bukan boleh dijangka pun mak orang ni. Dah jadi mak orang pun nak campak - campak orang lagi.

"Arfan explain and Marlin kejap lagi turn kau." Sempat dia menjeling Zyria atau lebih dikenali sebagai Marlin yang menayangkan wajah tenang itu.

"Okay." Tenang gadis itu menjawab seolah - olah tidak takut.

"First pengedar dadah tu abang aku dan bukannya aku. Kedua aku memang bercita - cita nak jadi polis daripada dulu. Jelas ? Atau perlukan lebih penjelasan ?" Tenang Arfan menyoal.

"Kenapa ? Kau nak tangkap ibu bapa kau yang dah bunuh keluarga aku ke ?" Soal Hely tanpa nada. Riak wajahnya berubah serius. Arfan memandang Rely dan Hely sebelum tersenyum sinis dan menggelengkan kepalanya.

"Aku tak pasti korang ingat atau tidak yang ada seorang budak lelaki selamatkan korang. Dia ada di tempat kejadian, dia cuba untuk menyelamatkan semua namun malangnya tak berjaya. Disebabkan kejadian tu dia dipinggirkan keluarganya dan hanya adik perempuan dia yang melayan dia dengan baik. Dia rasa bersalah sebab tak mampu menolong semua ahli keluarga mangsa jadi dia buat keputusan untuk menjadi polis dan menangkap orang tuanya." Dia berhenti seketika. Nafas dihela, matanya yang ditutup tadi dibuka semula.

Dia memandang ke arah dua kembar yang masih memandangnya itu meminta dia menyambung percakapannya.

"Dia mengumpul bukti dengan pertolongan adiknya dan apabila berjaya mengumpulkan semua bukti dia berjaya memberikan hukuman kepada orang tuanya. Dia berusaha keras untuk menjaga kedua gadis kembar yang pernah diselamatkannya dulu dan apabila mereka telah berkahwin dia tak lagi menjaga mereka. Dia meneruskan hidupnya sebagai anggota polis manakala adiknya meneruskan kerjanya sebagai perisik."

"Dan dia adalah aku...Mike Arfan Zyker." Rely dan Hely tersentak. Jadi orang yang menyelamatkan mereka dahulu ialah lelaki yang dianggap penjahat ?

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now