𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|3

679 48 2
                                    

"Zy, apa yang kawan Zy pakai tadi ?" Soal Arfan, dia memandang ke arah Marlin yang berbaring di atas katil biliknya itu.

"Tu telekung, dia pakai kalau nak solat." Jawab Marlin. Dia tahu akan perkara itu pun kerana sentiasa melihat Hely mendirikan solat. Arfan menganggukkan kepalanya sebelum turut berbaring di sebelah Marlin.

"Kiblat...abang ada tengok dalam google tadi. Dia kata tu tempat arah hadap. Lepastu dia kata kiblat yang dimaksudkan itu ialah Kaabah." Terang Arfan.

"Ouh kenapa kena hadap kiblat waktu solat ?" Soal Marlin pula. Arfan mengangkat bahu. Manalah dia tahu.

"Tapikan...tadi Zy dengar mama ajak Hely pergi bilik solat. Sejak bila rumah kita ada bilik solat ?" Soal Marlin pelik.

"Aik, bilik solat ? Tapi...abang tak pernah tengok pun mama dengan papa solat. Apatah lagi buat bilik solat." Kata Arfan hairan.

"Hm dah la fikir, jom pergi makan. Lapar." Ajak Marlin. Arfan menganggukkan kepalanya. Terus mereka berjalan berdua berjalan keluar dari bilik itu dan menuju ke meja makan.

"Ha jom makan, alang - alang semua dah berkumpul." ajak Tuan Zarif. Mereka semua mengangguk.

"Bismillahirrahmanirrahim." Terhenti tangan mereka apabila mendengar ayat yang keluar dari bibir merah jambu itu.

Hely yang perasan akan pandangan semu orang dari meja itu terus mengangkat kepalanya. Baru dia perasan mereka semua menggunakan sudu dan garfu manakala dia menggunakan tangan.

"Er kenapa pandang Hely macam tu ?" soal Hely janggal. Mereka menggelengkan kepala dan menghadiahkan senyuman nipis.

Arfan memandang Hely lama. Gadis ini sangat berbeza dengan mereka semua. Dia memakai hijab tak seperti ibu dan adiknya yang tidak memakai apa - apa untuk menutupi rambut mereka.

"Sedap tak sayang ?" Soal Puan Melissa lembut. Dia tahu masakan Arfan sentiasa sedap kerana itu dia menyuruh Arfan memasak.

"Sedap, mama ke yang masak ?" Soal Hely teruja. Sungguh makanan yang dimakannya ini sangat sedap. Puan Melissa menjeling Arfan sekilas sebelum menganggukkan kepalanya.

"Haah, mama yang masak." Jawab Puan Melissa dengan senyuman manisnya. Arfan tersenyum hambar mendengar jawapan mamanya itu.

Marlin yang perasan akan senyuman hambar abangnya itu tersenyum nipis. Dia tahu abangnya yang memasak kerana abangnya berada di rumah lebih awal daripadanya.

"Bukan tadi mama kata abang tolong masak juga ke ?" Soal Marlin lembut. Arfan mengangkat kepalanya memandang Marlin. Tak sangka Marlin mengetahui hal itu.

"Haah abang pun tolong." Jawab Puan Melissa acuh tak acuh. Hely yang merasai suasana pelik disitu mendiamkan diri.

"Er ha ni Hely, nama apa ?" Soal Tuan Zarif. Dia hanya mengetahui nama gadis itu Hely.

"Arabella Hely Xandria pa." Jawab Hely dengan senyuman manisnya. Terdiam Puan Melissa dan Tuan Zarif apabila mendengar nama itu.

"Xandria...umi kamu Bella Xandria ? Ayah kamu pulak Hery Zarith ?" Soal Tuan Zarif. Lambat - lambat Hely menganggukkan kepalanya.

Dari mana papa tahu nama arwah ummi dan abi ?

"Patutlah. Ha sambung lah makan." Suruh Tuan Zarif dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

"Ir, macam mana dengan Izara ? Dia okay ?" Soal Puan Melissa, sudah lama dia tidak mendengar khabar dari menantunya yang satu itu.

"Takde dah ma, dah cerai." Jawab Irfan tanpa nada. Arfan dan Marlin memandang sesama sendiri.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now