𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|36

194 14 2
                                    

"Weh kalau ayam dengan telur kan yang mana keluar dulu ? Ayam ke telur ?" Soal Marlin tiba - tiba. Pantas Adrian dan Hely mengangkat kepala memandang Marlin.

"Kamu nanyak ?" Selamba nada Adrian saat melontarkan ayat itu. Marlin menjeling tajam ke arah Adrian. Syaitan punya iblis.

"Soalan zaman abad berapa ni ? Aku rasa dah berapa tahun aku tak dengar soalan ni, kau hidup zaman bila ?" Soal Hely sambil menjeling Marlim yang menyedut minumannya itu.

"Abad ke 30, baik korang jawab." Arah Mely.

"Kau tanya lah ayam tu siapa yang keluar dulu, aku bukan ayam." Jawab Hely malas. Marlin mencebik mendengar jawapan Hely.

Tak spotrim sia minah ni.

"Aku rasa itik yang keluar dulu." Jawab Adrian dengan wajah seriusnya.

"Kepala acik kau, orang tanya pasal ayam dengan telur pahal tetiba itik pula jawapan dia ?" Soal Marlin jelas tak puas hati dengan jawapan yang diberi oleh Adrian.

"Eh jawapan aku ke jawapan kau ? Aku kan ? Suka hati aku lah nak jawab apa." Protes Adrian dengan tangan yang memeluk tubuh.

"Eh engkau, mana boleh centu !" Balas Marlin pula. Tak puas hati dengan jawapan yang diberi Adrian. Dia ingat tu soalan yang mak bapak dia cipta ke nak jawab cenggitu ? Aku pelengkung karang baru tahu langit ni tinggi ke rendah.

"Boleh la ! Jawapan tu keluar dari otak aku bukan otak kau pun. Takde menyusahkan kau pun kan ?" Balas Adrian masih tidak berpuas hati.

"Tu soalan aku jadi kau menyusahkan aku lah." Balas Marlin pula. Dia yang bagi soalan jadi jawapan tu dia je yang boleh bagi sesuka hati kan ?

"Tapi tu jawapan aku !"

"Soalan aku !"

"Tetap jawapan aku !"

"Dan tetap soalan aku !" Mereka memandang tajam sesama sendiri. Jelas tidak puas hati hanya kerana soalan dan jawapan itu.

"Tapi tu ja-"

"Jawapan dia ayam. Fullstop. Sekali lagi korang bergaduh, memang aku sumbat tahi ayam dalam mulut korang berdua." Sempat Hely mengugut di akhir ayatnya itu.

"Aik kenapa ayam dulu ? Bukan ke kena ada telur baru ada ayam ?" Soal Marlin dengan dahi berkerut.

"Lagi satu, mana awak tahu yang ayam dulu keluar ? Awak main bantai eh ? Padahal jawapan dia itik kan kan ?" Mereka menjeling Adrian yang menjongketkan kening kanannya berkali - kali.

"Apa function Google kalau tak guna bengap ? Dan kau, baik berhenti sebut pasal itik atau aku buat kau jadi itik panggang." Dan sekali lagi Hely mengugut. Terus terkunci mulut Adrian.

Memang tak lah aku nak bercakap lagi, nanti dia buat aku jadi itik panggang naya weh ! Aku dah la handsome, hilang kekacakan aku ni nanti kau nak ganti ?

"Haah la Google ada jawapan ! Bengap sia kau ni Han." Adrian ternganga apabila dia yang tiba - tiba disalahkan. Weh apa salah aku sia ?

"Eh engkau jangan sampai aku buat jadi tupai bakar. Dah tupai tu buat cara tupai, jangan sibuk nak jadi itik." Ternganga Marlin mendengar ujaran Adrian itu.

Ini apa miskah ?

"Eh engkau nak gaduh cakap, jangan berkias. Aku ready je nak smackdown kau dekat sini." Marlin menyinsingkan lengan bajunya hingga ke siku sebelum tangan Hely menurunkan semula lengan baju itu.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now