𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|2

750 49 10
                                    

Marlin memandang Hely yang berada di sebelahnya itu. Haih senyap je budak ni ?

"Hely ? Kenapa kau senyap je ni ?" Soal Marlin memecahkan kesunyian di dalam kereta itu. Hely menjeling Marlin sekilas, dia menggelengkan kepalanya.

"Nothing, aku cuma risaukan nenek." Kata Hely, pandangannya dialihkan ke luar tingkap.

"Jangan risau la, nenek tahu jaga diri. Linda tu pandai la jaga nenek. Kalau kau tak percaya cuba call Linda." Cadang Marlin.

"Ish kau ni, takkan aku nak ganggu Linda semata - mata untuk tu ? Nanti dia ingat aku tak percayakan dia." Kata Hely pula.

"Bukan memang tak percaya ke ?" Soal Marlin hairan. Hely menjeling, lurus betul budak ni.

"Ish kau ni, ha aku nak stay mana nanti ?" Marlin terdiam. Kenapa aku tak terfikir ni ?

"Err kau stay rumah family aku dulu. Parents aku yang suruh, katanya nak tengok bakal menantu." Jawab Marlin selamba apabila teringat pesanan ibunya.

"Suruh kawan kamu duduk sini je, bukan ada orang pun."

"Menantu tengkorak engkau, nak menipu agak - agaklah." Kata Hely dengan kepala yang digelengkan beberapa kali.

"Hehe gurau gurau. Dah, kau tidur la dulu. Nanti dah sampai aku kejut kau okay ?" Hely menganggukkan kepalanya. Dia menyandarkan belakangnya ke kusyen dan menutup mata.

          "KAU masak sedap sedap Ar, nanti adik kau nak balik sini dengan kawan dia. Faham ?" kata Puan Melissa tegas.

Lambat - lambat Arfan menganggukkan kepalanya.

"Good." Kata Puan Melissa sepatah sebelum terus beredar dari situ. Arfan mengeluh, dia ingat bila ibunya menyuruhnya pulang, ibunya sudah menerimanya sebagai anak dan rindukannya.

Ternyata itu hanyalah angan - angannya. Dia batalkan segala meeting dan kerjanya hanya kerana ingin memasak untuk tetamu.

"Apalah nasib kau ni Ar, dahla takde orang suka." Katanya perlahan. Terus dia bergerak mengambil bahan - bahan masakan.

"Eh jap, aku nak masak apa ni ?" Soalnya perlahan. Tiba - tiba terlintas makanan kegemaran keluarganya di fikiran.

"Aku masak ayam paprik jela." Katanya perlahan. Terus dia memulakan kerjanya untuk menyiapkan hidangan.

Setelah setengah jam menyediakan hidangan makan malam, terus dia keluar dari dapur dan mencari kelibat ibunya.

"Ma, Ar buat ayam paprik okay kan ?" Puan Melissa hanya menganggukkan kepalanya.

Ting tong !

"Dia dah sampai, Ar buka kan pintu." Arah Puan Melissa. Terus Arfan berjalan ke pintu dan membukanya diikuti Puan Melissa di belakang.

Terkedu Puan Melissa dan Arfan apabila melihat Hely dan Marlin yang tersenyum mesra di hadapan mereka.

"Zy ni ke kawan Zy ?" Soal Puan Melissa lembut. Tersenyum dia melihat gadis yang memakai tudung itu.

"Ye mama, ni la Hely yang Zy cerita tu. Cantik kan dia ?" Soal Marlin dengan senyuman bangga. Bangga memiliki kawan cantik seperti Hely.

"Cantik sangat, mari masuk Hely. Ar, angkat beg diorang ye. Beg Hely letak dekat bilik tetamu." Arah Puan Melissa.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now