𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|31

220 18 0
                                    

"Kau dah ready ?" Soal Rely kepada adiknya. Ini kali pertama Hely menjejaki RSA setelah dua tahun.

"Tak ready, aku lapar." Rely memejamkan matanya menahan sabar. Sabar Rely sabar, macam lah kau tak tahu perangai sial Hely ni.

"Sebelum aku sepak kau baik kau jawab elok - elok." Hely menjeling Rely sebelum menjongketkan sebelah keningnya.

"Aku dah jawab elok - elok, kau tanya aku jawab. Dan tak ready adalah jawapan aku." Rely mendengus mendengar tutur bicara Hely. Ye memang betul apa yang dia kata, masalah dia sekarang ni tadi dia dah habiskan 3 pinggan nasi ayam dekat cafe RSA. Takkan lapar lagi kot ?

Bela saka ke apa minah ni ?

"Apa - apa jelah Hely." Kata Rely malas. Terus mereka melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Mereka menunduk hormat kepada kapten disana.

"Sila perkenalkan diri kamu semua." Arah Kapten Rafiq tanpa nada. Mereka berdua menganggukkan kepala.

"Saya Irbella Rely Xandria, ketua bahagian perisik." Mereka menunduk ke arah Rely sebelum memandang Hely pula.

"Saya Arabella Hely Xandria, ketua bahagian penggodaman sistem." Giliran Hely pula memperkenalkan dirinya. Mereka menunduk ke arah Hely.

"Madam or Miss ?" Soal salah seorang ejen disitu.

"Madam," jawab Hely. Mereka menganggukkan kepala.

Setelah hampir dua jam membincangkan tentang rancangan dan berbincang dengan beberapa ketua bahagian yang lain akhirnya mesyuarat itu selesai.

"Malam ni, lapan malam berkumpul di padang sasar."

"Baik kapten !" Kuat suara mereka menyahut. Kapten Aiman menganggukkan kepala sebelum menyuruh mereka semua bersurai.

          "GOODLUCK kakakku, semoga tak mampus." Rely menjeling adiknya. Dia menyarungkan mask.

"Nanti kalau aku mati kau yang meraung." Hely buat tak endah. Bla bla tak dengar aku pekak !

"Sekarang ni kenapa aku kena berlawan juga ? Bukan sepatutnya kitorang godam sistem dia dari sini ke ? Dah kenapa aku kena pergi berlawan ? Ini tidak adil." Adrian menggulingkan bebola matanya mendengar omelan isterinya itu. Bising pulak budak ni, tadi dia takde pulak nak mengomel. Mentang - mentang sekarang takde kapten, sedap mulut je mengomel macam - macam.

"Kau diam la Jamaliah, waktu kapten ada tadi taknak mengomel pula. Aku pergi dulu, cau." Mereka menghantar pemergian Rely dengan ekor mata sebelum memandang sesama sendiri.

"Kenapa dia dah pergi ? Baru pukul 7, ada sejam lagi kot." Adrian mengeluh, tak sangka lepas keluar dari hospital ni bengap dia makin menjadi - jadi.

"Sayangku....dia tu perisik. Kena la spy tempat tu awal - awal, baru boleh tahu mana selamat mana tak. Kang kalau kita terus pergi nanti tersilap langkah ke apa sia - sia je mampus." Hely mengerutkan dahi pelik.

Aku yang bodoh atau memang mamat ni tak reti terangkan sesuatu ?

Tiba - tiba mata Hely tertancap ke seorang lelaki yang sedari tadi memerhatinya. Dia mengerutkan dahi pelik melihat lelaki yang mula gelabah itu. Dah kenapa jantan ni ?

"Eh Hely, jom pergi makan. Abang lapar." Hely menjeling Adrian sekilas sebelum menganggukkan kepalanya.

"Oh ye, abang." Adrian memandang Hely yang memanggilnya. Dah kenapa panggil - panggil aku ni ? Tahu lah aku hensem.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now