𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|26

239 22 0
                                    

Hely menghiraukan pandangan orang kampung terhadapnya begitu juga dengan Arfan. Mungkin sudah terbiasa dengan pandangan sebegitu dan Arfan juga sudah memahami gaya hidup orang kampung itu.

Jenis bongkak, riak, mulut longkang.

"Nak telur lima ringgit Pak Mat." Selamba sahaja suara Hely ketika itu. Pak Mat menjeling Arfan yang berada di sebelah Hely itu. Lelaki ini lah yang melemparkan duit kepadanya beberapa bulan yang lepas. Tak sangka masih hidup, ingat dah mati lepas berapa bulan tak nampak.

"Pekak ke ? Isteri saya nak telur kan ? Kenapa tenung saya ? Pasal bayaran tu jangan risau la, nanti saya bayar. Nak berapa ? Lima puluh ringgit ? Seratus lima puluh ringgit ? Seribu lima ratus ringgit ?" Soal Arfan dalam nada menyindir apabila perasaan akan Pak Mat yang memandangnya tak puas hati itu.

"Mentang - mentang kaya, kau bongkak ye ?" Sindir seorang makcik yang berada di belakang mereka.

"Okaylah daripada asyik naikkan harga sebab tahu orang tak mampu kan ?" Bidas Arfan, dia menjeling Pak Mat.

"Ambil ni lima ringgit." Hely pantas mengeluarkan duit sebanyak lima puluh ringgit. Dia meletakkan duit itu ke atas kaunter.

"Ambil lah, kira hutang saya yang dulu - dulu tu ye ? Maklumlah, dulu saya tak tahu yang saya ni pewaris Xan's Holding, syarikat terkemuka di Malaysia ups no, pembetulan syarikat terkemuka di seluruh negara. Maaf lah, dulu tak tahu pula saya ni orang kaya, baru tahu lepas baca surat ibu bapa saya je." Kata Hely sebelum melangkah pergi sambil menarik tangan Arfan.

Arfan memandang Hely dengan mulut yang sedikit ternganga. Apakah ?

"Kenapa nganga tu ? Nak suruh setan masuk ke ?" Soal Hely selamba.

"Is it true ?" Hely menjeling Arfan sekilas.

"Lah abang tak tahu ke ?" Soal Hely dengan dahi yang berkerut. Dia ingat Arfan tahu yang dia tu pewaris Xan's Holding.

"Hely pun baru tahu, apatah lagi abang." Hely tersengih mendengar kata - kata Arfan. Lupa pulak yang dia tahu waktu cuci stor dengan Rely.

"Okay kalau macam tu biar Hely kenalkan diri, I'm Arabella Hely Xandria, pewaris Xan's Holding. Bulan depan Hely akan masuk kerja dekat situ." Arfan ternganga tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Hely.

Serius lah dia ni ?

"Hely tak main - main ?" Hely menggelengkan kepala tanda dia tak bermain - main dan serius dengan kata - katanya sebentar tadi.

"Mak aih bini aku lagi kaya aku dari aku nok, boleh la abang kikis duit Hely kan ?" Usik Arfan, Hely menggulingkan bebola matanya. Banyak lah kikis duit, dia pun dah kaya.

"Kikis lah, biar Hely kikis duit abang dulu. Hely beli emas banyak - banyak, lepastu buat simpan. Nanti nak - nak miskin gadai emas emas tu." Tutur Hely selamba.

Arfan ketawa kecil mendengar balasan Hely. Kalau Hely orangnya, silakan kikis. Dia tak kisah.

"Ha sila - sila, kita sama - sama mengikis duit okay ?" Hely menganggukkan kepalanya setuju dengan kata - kata Arfan. Haih ada - ada je suami dia ni.

Tiba - tiba dia teringat akan hal tadi. Dia mengeluh, haih apa la yang dia mimpi tu. Kuban je.

"Assalamualaikum." Arfan memberi salam sebelum mereka berdua memijak anak tangga dan terus ke pintu utama rumah Nek Yah itu.

"Nenekku, saya sudah membeli telur ayam yang diingini. Jom goreng nasi goreng !" Ajak Hely riang. Arfan yang mendengar itu mengerutkan dahinya, goreng nasi goreng ? Apa ke pelik benor ayat isteri dia ni ?

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now