𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|29

223 21 3
                                    

Hely membuka matanya perlahan - lahan apabila sinar mentari mengena wajahnya. Dia memerhati sekeliling, bagaikan deja vu.

Namun kali ini tiada lagi taman bunga, hanya ada dinding dan siling berwarna putih. Dimana dia sekarang ? Dia memandang tangan kanannya yang terasa sakit itu, IV drip ?

Pandangannya teralih ke arah jejaka yang meletakkan tangan diatas perutnya. Membulat matanya apabila menyedari siapa jejaka itu sebenarnya.

"Fathan !" Adrian perlahan - lahan membuka matanya apabila mendengar namanya diseru. Membulat matanya melihat Hely yang sudah tersedar itu.

"Ya Allah sayang dah sedar ? Alhamdulillah." Tanpa aba - aba terus Adrian menarik Hely ke dalam pelukannya namun Hely menepis. Tersentak Adrian apabila Hely menepis.

"What are you doing ? Kau dah gila ke Fat ? Kita takde apa - apa hubungan pun, nanti jatuh fitnah macam mana ?" Adrian terkedu mendengar bicara Hely.

"Takde apa - apa hubungan ? We're married Arabella Hely Xandria binti Hery Zarith. Tengok cincin dijari awak." Pandangan Hely jatuh ke cincin yang tersarung dijarinya dan cincin yang tersarung di jari Adrian.

"Tapi bukan ke ka-"

"Jaga bahasa sayang, awak bercakap dengan suami awak, bukan kawan awak." Tegur Adrian tegas.

"Sorry, I mean bukan ke awak sukakan Marlin dan akan berkahwin dengan dia ? Meanwhile Hely dengan Arfan, kitorang kan kahwin so macam mana Hely boleh jadi isteri awak ?" Terbelit kata - kata Hely akibat kejutan yang amat tak dijangka ini.

Lagipun...macam mana dia boleh berada di dalam hospital sedangkan tadi dia berada di taman bunga ?

"Ha ? Apa yang Hely mengarut, merapu, meraban ni ? Arfan ? Marlin ? Siapa dorang berdua tu ?" Hely mengerutkan dahi, aik takkan tak kenal makwe sendiri pula dia ni ?

"Arfan abang kepada Marlin, Marlin adik kepada Arfan. Anak Melissa dan Zarif, takkan tak kenal ?" Adrian kelihatan tersentak mendengar kata - kata Hely. Dia memandang Hely tak percaya. Pelik Hely melihat pandangan Adrian.

Dah kenapa pandang aku pelik camtu ? Tahulah aku ni cantik.

"Jap Hely tengah bercakap pasal Mike Arfan Zyker and Marlin Arferlya Zyria ke sekarang ni ?" Hely menganggukkan kepalanya mendengar nama yang disebut Adrian. Tadi kata tak kenal, ni elok je sebut nama penuh diorang. Tak kenal celah mananya kalau camni ?

"Hely, Hely dah lupa ke yang diorang berdua tu musuh kita ?Hely dah lupa ke sebab diorang kita berkahwin ? Hely dah lupa ke sebab diorang Hely masuk hospital and koma selama 2 tahun ? Dan sebab diorang...kita hilang anak kita ?" Hely tersentak mendengar kata - kata Adrian. Tiba - tiba sahaja dia teringat akan perbualannya dan Mely di taman bunga tadi.

"Aku tak wujud sayang, aku hanyalah imaginasi kau. Di dunia kau aku mungkin ada tapi bukan sebagai kawan baik kau."

Jadi kata - katanya yang dipintas oleh Arfan tadi ialah sebagai musuh ?

"Umur Hely sekarang berapa ?" Soal Hely kepada Adrian. Adrian memandang Hely pelik, aik takkan lupa umur sendiri kot ?

Eh dia koma lah, mesti lah lupa.

"27 sayang, dah tua dah isteri abang ni." Usik Adrian nakal. Dia menarik pipi Hely. Hely menjeling tajam ke arah Adrian.

"Ish jahat lah abang ni, tapi macam mana Hely nak percaya yang kita ni memang dah berkahwin ? Mana tahu ni helah ?" Adrian menggulingkan bebola matanya.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now