𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|9

499 36 7
                                    

"Dah sampai, turun." Arah Arfan tanpa nada. Hely perlahan - lahan membuka pintu dan terus keluar tanpa sepatah kata.

Selepas mengambil beg, terus dia naik ke atas rumah tanpa memberi salam.

"Aduh nek sakit nek ! Apa ni ?!" Soal Hely apabila Nek Yah menarik telinganya.

"Apa perangai kau ni ? Suami kat luar sana kau tinggal sorang - sorang, masuk rumah tak bagi salam. Eiii budak ni." Puas Nek Yah mendera telinga Hely, dia menarik pula telinga itu sebagai penutup penderaan.

Arfan, Linda dan seorang lagi wanita tak dikenali ketawa melihat adegan itu.

"Woi kurang asam betul, sampai hati gelak." Katanya dengan bibir yang memuncung. Matanya tiba - tiba sahaja teralih kearah wanita yang tak dikenali itu.

"Kau siapa ?" Soal Hely mendatar. Dia memandang wanita itu tajam. Wanita itu tersenyum sinis.

"Irbella Rely Xandria, kakak kembar kau." Kata Rely, dia melangkah mendekati Hely. Selangkah dia berjalan mendekati Hely, selangkah Hely mnngundur.

"Sejak bila Ria ada kakak ni nek ?" Soal Hely, dia memandang Nek Yah meminta penjelasan. Nek Yah tersenyum.

"Kamu memang ada kakak kembar Ria, cuma dia berada di rumah anak yatim sebab waktu tu nenek tak mampu jaga dia." Terang Nek Yah.

"Jadi macam mana nenek mampu jaga Ria ?" Soal Hely pula. Dia masih was was dengan jawapan Nek Yah.

"Kau dah tak percaya nenek yang jaga kau dari umur 4 tahun ke ?" Soal Rely pula. Hely menjeling Rely.

"Tutup mulut kau tu, bau longkang bila bercakap. Aku tengah bercakap dengan nenek bukan kau." Bidas Hely pula. Rely menggulingkan bebola matanya.

"Kenapa kamu nampak benci sangat dengan kakak kamu ni ?" Soal Nek Yah pula, mereka seperti sudah lama berkenalan.

"Sebab dia ni yang buli dan hina Hely kat sekolah dulu !" Kata Hely, dia menjeling Rely yang membuat wajah tak bersalah itu.

"Maafkan jela, past is past." Sampuk Rely, dia mencapai karipap yang berada di dalam pinggan itu sebelum menyuapkan karipap ke dalam mulutnya.

"Past is past tengkorak kau lah. Sial betul."

Pak !

Terpejam mata Hely apabila tangan Nek Yah naik ke bahunya.

"MasyaAllah, sakit yang amat. Nenek kenapa ?" Soal Hely, dia menggosok bahunya yang sakit akibat pukulan Nek Yah itu.

"Siapa ajar kau mencarut ni ha ? Kau jangan sampai aku ambil rotan." Terus Hely menggelengkan kepalanya. Taknak dia kena rotan, perit weh.

"Dah tunjuk bilik kat laki kau, nanti turun balik." Arah Nek Yah.

"Sekarang ke nek ?" Sekarang Hely rasa dia nak tampar diri sendiri. Argh mesti la sekarang, habis la kena sembur.

"Dah kau nak tunggu Malaikat Izrail datang ambil nyawa kau dulu ke ? Amalan pun tak cukup lagi." Sembur Nek Yah.

"Sudah nek sudah, kata - katamu sangat menusuk. Abang jom." Ajak Hely, terus dia berjalan meninggalkan ruang tamu itu. Makin lama makin mengganas Nek Yah tu karang, baik cau awal awal.

"Dah kamu tu taknak pergi ke ?" Soal Nek Yah, dia memandang Arfan pula. Arfan tersenyum, perlahan - lahan dia berjalan meninggalkan ruang tamu.

"Pergi dulu nek." Katanya. Nek Yah menganggukkan kepalanya, dia menghantar pemergian Arfan dengan senyuman.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now