𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|30

257 22 2
                                    

"Ni rumah siapa ?" Soal Hely apabila mereka sampai di sebuah rumah banglo dua tingkat itu.

"Rumah manusia lah takkan rumah jin pulak." Hely menjeling kearah Adrian yang menayangkan wajah selamba itu. Langsung tidak merasa bersalah.

"Siot betul, nasib laki aku." Omelnya perlahan.

"Mana bilik ? Aku nak tidur." Soal Hely sebelum keningnya bertaut. Aik mana laki aku ni ?

Dia mula membuka langkah ke ruang tamu. Matanya menangkap susuk tubuh suaminya yang sedang tidur di atas sofa.

"Lah ? Penat sangat ke ?" Soalnya perlahan. Dia duduk di atas karpet sambil memandang suaminya lama.

Tiba - tiba sahaja dia teringat akan mimpinya. Adakah itu suara Adrian ? Lama dia merenung wajah itu.

Dia ingin tahu apa yang menyebabkan mereka berkahwin dan apa yang membuatkan mereka bermusuh dengan Arfan dan Marlin.

Dia ingin tahu bagaimana dia boleh koma selama dua tahun. Ianya misteri.

Dan tanpa sedar dia turut tertidur dengan kepalanya yang berbantalkan sofa yang Adrian tertidur.

"Woi Jamilah bangun lah, kau ni kan ? Dah tidur dua tahun pun sibuk nak tidur lagi." Terpisat - pisat Hely apabila suara garau itu menerjah gegendang telinganya.

Jantan mana pulak yang kacau tidur aku ni ?

"Arab-"

"Arab apa ? Arab Saudi ke ?" Sampuk Hely mamai. Dia mematahkan tulang lehernya. Auu sakitnya leher aku.

"Bowngoks bethol hengko ni. Dah bangun." Arah Adrian. Dia menarik lengan Hely menyebabkan Hely secara automatik berdiri.

"Wei apani ? Kalau jatuh macam mana ?" Marah Hely, lembik lutut aku ni tau tak ? Kalau jatuh terduduk macam mana ? Tak boleh berjalan aku karang.

"Aku gelak." Selamba sahaja Adrian menjawab.

"Sampai hati." Adrian ketawa melihat Hely yang mencebik itu. Suka betul dapat melihat cebikan Hely.

"Aku gurau jelah sayang. Dah jom solat, kau tu dah la lama tinggal solat. Masuk neraka karang." Terdiam Hely mendengar ujaran Adrian. Auchh sakitnya.

"Tak baik tho buat bini sentap. Dislaikk." Adrian menggulingkan bebola matanya.

Suka hati kau lah sayang. Asalkan bahagia.

"Kita solat lepastu kau-"

"Apa tadi ?" Berkerut dahi Hely. Apa apa ? Apa yang aku buat ?

"Apa ?"

"Kau cakap apa tadi ?" Hely mengerutkan dahi pelik. Aik dah pekak ke ? Takkan dia tak dengar aku kata 'kita solat lepastu kau-', Helt perlahan mengangguk.

"Tak, maksud saya kita solat lepastu ABANG cerita apa yang jadi boleh ?" Adrian tersenyum puas. Pandai pun !

"Okay.." tercarik senyuman Hely apabila mendengar balasan positif daripada Adrian itu. Adrian yang melihat itu tersenyum sinis sebelum menyambung,

"Tu pun kalau aku rajin lah." Mati senyuman Hely mendengar sambungan ayat Adrian itu. Tajam matanya mencerlung kearah Adrian yang sudah naik ke tingkat atas tanpa mengendahkannya itu.

"Itu anak sangatlah oink oink ye perangainya, elok aku celup dalam loji tahi." Omelnya perlahan sebelum turut mengikut langkah Adrian untuk ke ruangan solat.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now