𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|37

186 13 0
                                    

Enam bulan berlalu dan semuanya baik - baik saha-

"Kau kesini setan ! Memang aku sumbat kau dalam mulut buaya !" Jerit Marlin sambil mengejar Adrian yang sudah melarikan diri itu.

Mungkin tak baik jugak...

Ye, memang tak baik. Marlin dan Adrian yang sentiasa bergaduh tak kira dimana sahaja mereka berada, kehilangan Irfan yang menjadi tanda tanya kepada mereka, Rely yang sentiasa marah - marah tanpa sebab, Arfan yang makin kusut mencari jejak Irfan dan Arina yang sentiasa menonton Omar dan Hana sambil mendengar pergaduhan antara Rely dan Zain.

Hely mengeluh nafas berat. Mengapa dia merasa ada sesuatu yang berbeza ? Mengapa dia merasakan bahawa mereka semakin....berubah ?

Marlin dan Adrian yang semakin rapat seolah - olah pasangan bercinta, Zain yang seolah - olah menjauh daripada Rely turut menjadi masalahnya. Sudah berkali - kali Rely menangis akibat Zain. Memang Rely tidak pernah menceritakan apa - apa kepadanya namun dia tahu hal itu.

Rely yang dahulunya keras kepala, jarang menunjukkan emosi sekarang sentiasa menangis hanya kerana lelaki yang bergelar 'suami'.

"Baby darling honey lope lope kesayangan saya...today kita nak makan maggi yang sayang buat boleh ?" Minta Adrian sambil menarik - narik lengan baju Hely.

Hely menghadiahkan senyum kepada suaminya sebelum menganggukkan kepalanya. Dia mengusap lembut rambut lelaki itu.

"Kejap lagi boleh tak ? Saya nak rehat kejap, sakit pinggang." Pinta Hely. Pantas riak wajah Adrian berubah mendengar kata - kata Hely.

"Tapi kita nak sekarang !" Minta Adrian dengan bibir yang tersebik seolah - olah ingin menangis. Pantas tangan Hely naik memicit pelipis. Dia tak faham, sekarang ni kenapa Adrian yang jadi manja ? Padahal yang mengandung tu dia ! Dah la morning sickness pun dia yang kena, tapi kenapa penyakit mengidam dengan manja ni dapat dekat si Adrian ?

Sungguh tidak adil.

Hakikatnya dia tahu Adrian sengaja berbuat begitu kerana inginkan perhatian...

Dia tahu semuanya....

Dia hanya berpura - pura seperti tidak mengetahui apa - apa untuk melihat sejauh mana mereka ingin membodohkannya, sejauh mana mereka ingin menyambung drama yang dicipta mereka sejak enam bulan yang lepas.

"Abang ni kenapa ? Saya penat, saya mengandung kan ? Mengandung anak awak jugak." Kata Hely cukup lembut. Entah bagaimana ingin menerangkan bahawa dia sedang penat sekarang ini.

"Jadi awak nak cakap yang awak penat layan saya ? Awak sebenarnya dah bosan dengan saya kan ? Sebab tu kata macam - macam kan ? Awak tak buat apa pun tadi, dari tadi termenung penat apanya ? Entah awak termenung apa pun saya tak tahu, entah entah awak ingat lelaki lain kan ? Siapa ? Lelaki mana ?" Tuduh Adrian melulu.

Hely meraup wajahnya kesal. Apa yang sudah terjadi oleh suaminya ini ?

"Ya Allah bila masa saya ingat lelaki lain ni ? Saya duduk dekat rumah je, takde masa nak ingat lelaki lain. Ke awak yang dah bosan dengan saya ha ? Awak dah taknak saya lagi kan ?" Soal Hely pula.

"Senang kerja kau ye ? Dah bosan dengan aku tetiba kata aku pulak yang bosan dengan kau ? Kau ni kenapa sebenarnya ? Jantan mana yang kau ingat ha ?" Hely terdiam mendengar kata - kata Adrian.

Kenapa dia berubah sangat ? Apa yang aku dah buat dekat dia sampai dia jadi macam ni ?

"Apa salah saya ?" Soal Hely perlahan.

"Salah kau ? Kau nak aku buat list ke ? Kalau aku beritahu semua salah kau sampai esok takkan habis tau ?! Dah la, aku malas nak kisah. Kau nak hidup ke nak mampus ke lantak engkau, tak payah nak acah kisah pasal hidup aku lagi. Nanti anak tu kau nak buang ke nak campak dalam rumah anak yatim ke buat je, aku taknak kisah. Jangan binti atau binkan anak tu dengan nama aku ! Aku HARAMKAN."

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now