𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|5

616 43 3
                                    

"Kenapa abang buat Hely macam ni ?" Tanya Hely geram. Dia memandang tajam wajah tidak bersalah Arfan itu. Ada yang aku cekik ni karang, hilang nyawa dia.

"Buat apa ? Abang takde buat apa - apa pun." Jawab Arfan dengan selamba sambil menyuap kek yang dibuat oleh Puan Melissa itu.

"Abang sengaja kan perangkap Hely ? Kenapa ? Kita baru kenal je, kenapa abang buat benda macam ni ?" Tanya Hely kesal.

Sungguh dia tak percaya jejaka di hadapannya ini sanggup melakukan dia sebegitu.

Arfan tersenyum hambar mendengar kata - kata Hely. "Hely tak kenal abang rupanya. Tak sangka pulak abang." Kata Arfan hambar. Tak sangka wanita itu tidak mengenali dirinya.

"Kita baru kenal semalam. Tak sampai sehari pun lagi, macam mana Hely nak kenal abang ?" Soal Hely dengan tangan yang memicit pelipis.

"Teruskan berfikir macam tu. Abang nak naik atas, nak tidur. Penat sangat." Kata Arfan, baru sahaja dia ingin melangkah, terdengar omelan Hely.

"Penat fikir idea nak buat benda terkutuk ke ?" Soalnya sinis. Arfan mengabaikan sahaja kata - kata Hely walaupun hatinya sedikit terguris.

"Hely.." panggil Marlin. Terus Hely mengalihkan pandangannya memandang sahabatnya yang juga adik iparnya.

"Eh bukan Hely. Kakak Hely....." panggil Marlin sengaja mengusik kakak iparnya itu. Hely menjeling Mely.

"Kau nak apa ? Penyepak ?" Soal Hely kasar. Marlin mencebik, garangnya perempuan ni. Period ke apa ?

"You sho garang la hakak. Tacod la I." Kata Marlin gedik. Terus buku lima Hely hingga di bahu kanan Marlin.

"Aduh, aduh, aduh. Aduh, aduh abang." Nyanyi Marlin tiba - tiba. Hely memejamkan matanya, 'Sabar Hely sabar. Hormon orang nak masuk tanah memang macam ni. Sabar...' Ujarnya di dalam hati. Tangannya naik mengusap dada.

"Why dengan you ni hakak ? Sakit dada ke ? Ke sakit jantung ? Ke sakit hati ? Ke nak mampus ?" Soal Marlin dengan mata yang terkelip - kelip.

"Sakit otak, sakit hati, sakit jantung, sakit paru - paru, sakit usus. Kenapa ?" Soal Hely lagi. Geram betul dengan budak Marlin ni.

"Sakit usus ? Usus besar ke usus kecik hakak ?" Soal Marlin lagi.

"Tutup jela mulut kau iblis. Makin lama makin bebal. Kang ada yang darah rendah jadi tinggi bila bercakap ngan kau." Kata Hely sebelum bangun meninggalkan Marlin yang terkebil - kebil itu.

"Tinggi ? Mana darah tu ? Takde pun, kiranya tak tinggi la kan ? Eh ? WOI HELICOPTER BROOM BROOM ! KAU TAK JAWAB LAGI SOALAN AKU ! USUS BESAR KE USUS KECIK ?!" Jeritnya kuat.

"USUS SEDERHANA !" Balas Hely pula. Tak pasal - pasal dia dah buat bising dalam rumah orang ni. Haih, ni semua salah si tupai tu.

"Hely ? Abang nak minta maaf sebab marah Hely semalam." Terus Hely memandang wajah Irfan yang dibelakangnya.

"Ouh...takpe salah Hely jugak." Kata Hely dengan senyuman janggal. Haih dahla dia berdua dengan Irfan je kat tingkat dua ni. Mahunya orang nampak, masak weh kena soal.

"Hm Hely nak ikut abang ?" Berkerut dahi Hely mendengar soalan Irfan. Ikut ? Nak ke mana pulak jantan ni ?

"Err Hely nak tidur la bang. Penat, mengantuk lagi." Elak Hely lembut. Berubah wajah Irfan apabila mendengar tolakan Hely itu. Terus tangannya menggenggam pergelangan tangan Hely.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz