𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|40

220 15 2
                                    

"Dekat mana Fan ?" Arfan memandang Hely dengan senyuman manisnya sebelum menjawab,

"Dekat hati kau." Terbuntang mata Marlin mendengar jawapan selamba Arfan itu. Wa manyak berani wo ! Manakala Hely sudah memerah wajahnya.

"Ehem ehem ehem, sakit pulak tekak aku ni. Ehem." Dehem Adrian sambil memegang lehernya dan menjeling Arfan yang menayangkan wajah tak bersalah itu.

Kurang asam ! Dah tackle bini aku depan - depan, buat muka tak bersalah ye kau ?

"Jealous ke bang ?" Soal Arfan dengan kening yang dijongketkan beberapa kali. Adrian menjeling, lain kali bodohkan lagi soalan tu.

"Eh tak lah mana ada jealous, okay je ni ha. Aku elok je ni, ha takpe ngorat jelah dia. Aku okay je ni." Kata Adrian jengkel.

"Ouh okay, Hely sayang nanti kita nak buat majlis sanding dekat mana ye ?" Terbuntang mata Adrian mendengar soalan Arfan. Wah ini sudah lebih ! Hely dan Marlin yang melihat itu sekadar tertawa.

"Wah melebih kau ni bang, meh masuk kita lawan." Lengan baju disinsing. Matanya tajam memandang ke arah Arfan yang menayangkan wajah mengejek itu.

"Mana anak aku ? Jangan main main boleh tak ?" Terkaku mereka mendengar suara Rely yang jelas dingin itu.

"Err dekat gudang lama tempat diorang edarkan dadah." Jawab Arfan.

"Rel, kau tak payah pergi lah. Hely pun, bahaya. Korang tu pregnant, nanti jadi apa - apa macam mana ?" Arfan mengangguk setuju dengan kata - kata Adrian.

"No ! Aku nak cari anak aku by MYSELF." Ditekan perkataan 'myself' itu menandakan dia tak main - main apabila mengatakan bahawa dia akan mencari anaknya sendiri.

"You're pregnant Irbella Rely Xandria, kitorang akan cari anak kau. Don't worry, kitorang akan bawa dia dalam keadaan yang selamat. Please, percayakan kitorang." Rely memandang Adrian yang seperti merayu itu.

Dengan nafas berat dia menganggukkan kepala, mengalah. Dia pasti mereka akan bawa anaknya kembali dalam keadaan yang selamat. Dia percayakan mereka apatah lagi mereka yang sentiasa berada disisinya tak kira waktu.

"Fine ! Aku percayakan korang..." mereka menghembus nafas lega mendengar kata - kata Rely.

"TAPI !" Pantas mereka menoleh ke arah Rely apabila mendengar sambungan itu, eh dia tak habis cakap lagi ke tadi ?

"Tapi apa ?" Soal Arfan diikuti anggukan daripada Adrian dan Marlin.

"Tapi kalau korang tak berjaya bawa dia balik, memang aku cincang badan korang buat sup. Faham ?"

"FAHAM MADAM !" Serentak mereka mengangkat tabik sebelum menghamburkan tawa. Rely sekadar tersenyum melihat karenah mereka.

"Dah pergi selamatkan anak buah aku sana, pastikan bawa dia balik hidup - hidup tau." Mereka hanya menganggukkan kepala sebelum Adrian membuntangkan matanya. Terus dia mendekati Hely dan merampas mangkuk yang dipegang Hely.

"Eh apa ni ? Kita nak tu la !" Marah Hely apabila mangkuknya diambil oleh Adrian. Adrian menjeling Hely tajam, entah bila dia buat benda ni pun aku tak tahu.

"Awak pregnant sayang, mana boleh makan maggi. Tak baik untuk kesihatan tahu tak ?" Hely mencebik mendengar teguran daripada Adrian. Matanya mula berkaca menunggu waktu untuk air matanya turun.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now