𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|20

259 21 2
                                    

Lama Rely merenung tasik itu. Kata - kata Puan Melissa dan Tuan Zarif bermain di fikirannya apatah lagi dia mengetahui bahawa semua perkara yang terjadi semalam hanyalah salah faham yang terjadi.

Dia meraup wajahnya kesal. Nafas dihela sebelum pandangannya teralih ke arah seorang kanak - kanak perempuan.

Tiba - tiba wajah seorang bayi perempuan bermain dikepalanya. Dia tersedar sesuatu, apa bezanya dia dan Puan Melissa jika dia turut melakukan perkara yang sama terhadap anak gadisnya ?

Dia terus membuka langkah ingin meninggalkan tempat itu. Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta, lengannya ditarik oleh seseorang.

Dia memandang tajam ke arah jejaka yang memegang lengannya itu namun hanya sebentar apabila melihat wajah lembut lelaki itu.

"Abang ?" Panggil Rely perlahan. Air matanya mula bergenang menunggu masa untuk mengalir.

Dia memandang lama wajah lelaki itu sebelum terus memeluk lelaki itu.

"Abang ? Ni bukan mimpi kan ?" Soal Rely perlahan namun dibalas gelengan oleh lelaki itu. Perlahan - lahan tangan lelaki itu naik memeluk Rely.

"I miss you Bella." Ucap lelaki itu perlahan sebelum melepaskan pelukan. Dia memandang Rely lama sebelum menyoal.

"Mana Zayira ?" Soal lelaki itu. Rely menunduk mendengar nama gadis yang terpacul di bibir lelaki itu.

"Mana Rina Zayira Xandria ?" Soal lelaki itu lagi.

"Rely minta maaf." Mendengar kata maaf dari wanita itu, lelaki itu telah memahami maksud Rely.

"Ambil dia semula." Arah lelaki itu. Dia menarik tangan Rely ke arah penumpang. Pintu kereta dibuka sebelum menolak Rely masuk ke tempat penumpang. Terus pintu itu ditutup, dia beralih ke tempat pemandu.

"Dekat mana ?" Soal lelaki itu malas berbasa basi.

"Rumah anak yatim yang pernah Bella duduk dulu." Lelaki itu menganggukkan kepalanya sebelum kereta itu dipandu ke tempat yang didiami oleh anak mereka.

          "EH abang Zain ?" Lelaki yang digelar Zain itu memandang Hely sebelum menghadiahkan senyuman.

"Hai Hely, ingat abang lagi ye ?" Hely tersengih. Arfan sudah memandang pelik ke arah isterinya itu.

"Mesti lah ingat dekat abang ipar Hely ni." Kata Hely dengan sengihannya. Zain hanya menggelengkan kepalanya.

Pandangan dialihkan ke arah Arfan pula. Senyuman dihadiahkan kepada Arfan.

"Arfan suami Hely kan ?" Arfan menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Zain mengangguk.

"Waa sho shomel ! Kau culik anak siapa ni Rely ?" Soal Marlin yang baru tiba. Dia menarik pipi bayi yang berusia 10 bulan itu.

"Ni anak aku lah gila !" Tersentak Marlin dan Arfan mendengar kata - kata yang terpacul keluar dari bibir Rely itu.

"Bila kau kahwin ?" Rely menjeling Marlin sekilas, dia menghela nafas berat.

"Aku pernah jadi kakak ipar kau untuk lima bulan sebelum abang sulung bodoh kau ceraikan aku. Dua tahun lepastu aku jumpa abang Zain dan lepas lima bulan berkenalan, abang Zain lamar aku dan sampai sekarang kitorang masih pasangan suami isteri." Tenang sahaja Rely menjawab.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now