𝐄𝐩𝐢𝐥𝐨𝐠𝐮𝐞

382 11 0
                                    

"Jangan !"

Buk !

Terkedu Hely apabila Adrian yang ditembak. Arfan memandang Adrian tak percaya, kenapa...kenapa lelaki itu sanggup mengorbankan diri deminya ?

"Ja...jaga...Hely." Hanya itu yang diucap oleh Adrian sebelum matanya tertutup. Mati.

"Wah ? Lain yang nak dibunuh...lain yang mati ye ? Tapi takpe, sekurang - kurangnya dah dua sampah yang dibunuh." Kata Zain disertai anggukan daripada Irfan.

"Sampah tu kau lah ! Kau tunggu, polis akan sampai kejap lagi ! Aku akan pastikan korang berdua mati di tali gantung !" Irfan melepas tembakan ke kaki Hely.

"Argh !" Hely memejamkan matanya erat. Sakit...

"Hely !" Baru Arfan ingin menapak ke arah Hely, matanya terbeliak apabila pisau menusuk ke dadanya.

"Alahai kesiannya, baru nak-"

"Letakkan senjata, kami polis." Tersentak Irfan dan Zain apabila muncung pistol berada tepat dibelakang kepala mereka.

"Ma..macam mana ?" Soal Zain tak percaya. Bagaimana polis polis ini dapat menjejak tempat persembunyian mereka dan bagaimana mereka langsung tidak sedar anak buah mereka sudah tewas ?

"Disaat kamu terleka, Fathan sudah menghantar lokasi kepada kami." Bisik seorang pegawai itu.

Tangan mereka berdua digari dan dibawa ke dalam kereta polis manakala pihak hospital mendekati Hely dan Rely.

Pantas mereka dibawa ke hospital.

"Ibu.." Hely tersentak mendengar panggilan itu. Dia pantas menoleh ke arah anak lelakinya yang tersenyum ke arahnya.

"Iye sayang ibu ? Kenapa hm ?" Hely mengangkat tubuh kecil itu ke atas ribanya. Pantas tangan kecil itu naik menyeka air mata ibunya.

Hely tersenyum, dia mengusap lembut kepala anak lelakinya yang berusia lima tahun itu.

Lima tahun terasa sebentar sahaja. Tak sedar bahawa sudah lima tahun kakaknya, suaminya dan kawan yang dianggap keluarga olehnya kembali ke tempat asal mereka.

"Kenapa ibu angis ? Ibu rindu ayah ke ?" Soal si kecil itu polos. Hely menunduk, dia cuba untuk melupakan hal itu namun malangnya dia tak berjaya. Dia lemah.

"Ta- tak...ada habuk masuk dalam mata ibu la, jangan risau okay sayang ?" Si kecil itu sekadar mengangguk sebagai jawapan. Dia menyandarkan badannya ke badan Hely.

Jari jemari Hely dimainkan. Dia mahu meminta sesuatu namun dia takut permintaannya membuatkan ibunya sedih.

"Sayang ? Nak cakap apa - apa ke ?" Si kecil itu pantas memandang ibunya. Dia menunduk.

"Kalau Firhan minta...ibu marah tak ?" Soal Firhan perlahan. Hairy Firhan, nama diberi untuk si kecil yang setia menemaninya.

"Firhan nak minta apa sayang ?" Lembut suara Hely menyoal. Firhan meneguk liur.

"Firhan...nak jumpa ayah." Terkaku Hely mendengar permintaan Firhan. Bukannya Firhan tak tahu, ayahnya telah meninggal sebelum dia lahir.

"Firhan nak lawat ayah...Firhan rindu ayah...Firhan tahu ibu pun rindu ayah kan ? Firhan tahu ibu takut ibu tak boleh lupakan ayah tapi Firhan rindu ayah...Firhan rindu sangat." Luah Firhan.

Hely memandang Firhan lama. Kasihan anaknya yang satu ini, mahukan kasih sayang daripada bapanya.

"I-ibu minta maaf. Esok kita jumpa ayah ye sayang ?" Firhan pantas mengangkat kepalanya memandang ibunya teruja.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now