𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|35

196 10 0
                                    

"Ha ? Macam mana dia boleh terlepas dari penjara ni ?" Pandangan mereka teralih ke arah Arfan yang telah bangun daripada duduk itu.

"Hm kejap lagi saya sampai." Arfan menjeling kawan - kawannya yang memandangnya hairan itu. Dia mengeluh sebelum bersuara,

"Abang kembar aku terlepas dari penjara, dia lari atau ada orang tolong dia keluar kami tak tahu lagi. Dan kalau ada orang yang tolong dia keluar, orang tu mesti orang dalam." Terang Arfan. Mereka menganggukkan kepala.

Baru sahaja Arfan ingin membuka langkah untuk beredar, dia tersedar sesuatu. Dia memusingkan badannya ke belakang sebelum memandang Zain yang meriba Arina itu.

"Zain Ridhwan, kau lupa ke yang kau tu polis ? Jom ikut aku." Zain menjeling Arfan sekilas sebelum mencebik.

"Perlu ke ?" Arfan memandang tajam ke arah Zain. Zain mendengus, dia memberi Arina kepada Rely sebelum mengucup ubun - ubun kedua perempuan kesayangannya itu.

"Take care darling, take care baby. Daddy love you guys." Ucap Zain dengan senyumannya. Rely sekadar tersenyum. Nak lebih - lebih ada orang, senyum jela mampu, kang aku buat ayat gula menggelupur dorang.

"Take care darling, take care baby, I love myself too, muah muah." Ajuk Marlin sambil melihat cermin. Pantas mereka menjeling Marlin.

"Nak maki tapi aku baik orangnya," Gumam Rely perlahan. Dia mengusap lembut rambut anak perempuannya itu.

"Gue mah gitu orangnya gak suka marah marah," Nyanyi Hely tiba - tiba apabila teringatkan lagu yang pernah viral dulu.

"Ditinggalin gak papa, diputusin oke lah," Sambung Adrian pula. Dia memandang Marlin yang turut memandang mereka berdua.

"Start dah," Kata Rely sambil memicit pelipisnya.

"Gue mah gitu orangnya gak suka marah marah," Sambung Marlin.

"Pastu apa ?" Soal Hely terkebil - kebil. Marlin dan Adrian memandang Hely sebelum mengangkat bahu mereka tanda tidak tahu.

"Lah bangang semua, dah Fan jom." Ajak Zain. Arfan terus mengekor Zain.

"Aku cau dulu, jagakan anak aku kejap tau ? Aku ada kerja sikit, bye !" Terkebil - kebil mereka bertiga apabila Arina ditinggalkan kepada mereka.

Terus senyuman jahat terlajar di bibir mereka bertiga. Marlin mendekati Arina sebelum menarik Arina ke atas ribanya.

"Baby Rina nak main tak ?" Soal Marlin kepada Arina. Arina memandang Marlin sekilas sebelum menggelengkan kepalanya.

"HAHAHAHA siannya kena reject dengan budak, kesian." Marlin menjeling Hely dan Adrian yang sakan mengetawakannya itu dengan wajah jengkel.

Kurang asam jawa punya manusia, memang aku cekik dua - dua biar lepak underground sama - sama.

"Sebelum aku tendang korang ke Neptun baik korang tutup mulut korang tu." Ugut Marlin dengan pandangan tajamnya itu.

"Uuuu tacodnya sayaaaa, aaa sayang tengok tu ! Dia nak tendang kita ke Neptun ! Aaa tacod la sayaa," Kata Adrian meleret dengan wajah mengejek.

"Kan ? Tacod la nak tendang tendang orang ni ! Tak padan dengan..." Sengaja Hely menggantungkan ayatnya, ingin melihat reaksi Marlin.

"Tak padan dengan apa hah ?" Soal Marlin tak puas hati apabila Hely menggantungkan ayatnya. Hely dan Adrian tersenyum mengejek sebelum serentak menjawab...

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now