𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|16

325 24 2
                                    

"Kau ni kan ? Sakit pun melantak macam setan. Bela saka ke apa ?" Soal Hely apabila melihat kakaknya yang sibuk menyuap nasi itu.

"Yang sakit tu tangan aku, bukan mulut aku. Selagi boleh maknn kita makan." Jawab Rely selamba.

"Sekarang ni aku nak tanya, macam mana si Irfan tu boleh terlepas ? Tak pernah lagi ada orang terlepas dari penjara RSA tu, ni first time tau." Kata Adrian pula.

"Itu lah tu, aku rasa ada something wrong la. Hely kau cu-"

"Tak dapat dikesan." Pintas Hely sebelum Rely menghabiskan ayatnya. Rely menayangkan wajah jengkel apabila mendengar pintasan Hely.

"Ha kau sampai bila nak berlakon ? Kau pulak bila nak kahwin ?" Soal Rely kepada dua orang manusia di hadapannya itu.

"Sampai dia tahu sendiri."

"Kau bila nak kahwin jugak ?"

Serentak tetapi berbeza. Terpinga - pinga Rely mendengar soalan daripada Adrian itu.

"Aku bila - bila masa pun boleh nak kahwin. Kau tu bila ? Awek dah ada, kang orang lain rembat baru tahu." Ujar Rely.

"Sabarlah, aku kena lamar dia dulu. Kau nak tolong aku lamar dia tak ?" Soal Adrian.

"Kau ke aku yang nak kahwin ? Kau kan ? Lamar sendiri." Kata Rely selamba. Hely menganggukkan kepala setuju dengan kata - kata kakaknya itu.

"Bab-"

"Hely jom makan ?" Hely memusingkan kepala memandang suaminya itu sebelum menganggukkan kepala.

"Pergi dulu, suami I dah panggil." Kata Hely sebelum meninggalkan mereka berdua. Rely dan Adrian menayangkan wajah jengkel, mentang - mentang dah kahwin.

"Adik kau ke tu ? Kenapa tak hormat orang single ?" Soal Adrian, dia memandang Rely yang menyuapkan donat strawberry itu.

"Entah, ikut perangai arwah ummi abi kitorang kot. Tak hormat orang single, depan kitorang pun berdukung. Tak cukup ngan tu mati pun sama - sama." Selamba sahaja nada Rely sewaktu menjawab soalan Adrian itu.

Terkebil - kebil Adrian mendengar jawapan penuh selamba daripada Rely itu. Dia memandang sekeliling bilik.

"Kenapa bilik ni gelap eh ? Eh aku baru perasan kita dua je dalam bilik ni, aku cau dululah. Tak baik berdua - duaan dengan perempuan ni ha. Hehe babaii." Rely mengerutkan dahi melihat tingkah laku Adrian.

Dia turut memandang sekeliling sebelum pandangannya terhenti di balkoni bilik.

"Ouh ada cik gula gula rupanya. Kau duduk jelah situ ye ? Aku nak makan." Kata Rely selamba sebelum kembali menyuap donat ke dalam mulutnya dengan mata yang masih fokus ke TV.

          "CINTA tadi kan kita nampak cik poc dekat balkoni. Besarrrr." Cerita Adrian kepada Mely yang sedang menyuapkan nasi itu.

Hely, Arfan, Puan Melissa dan Tuan Zarif menggelengkan kepala melihat gelagat mereka berdua itu.

"Hely nak tambah lagi ?" Soal Arfan apabila melihat nasi di pinggan Hely sudah pun tiada. Hely sekadar menggelengkan kepalanya.

"Hely dah kenyang, abang taknak tambah lagi ke ?" Soal Hely pula. Kesian Arfan, sentiasa mengambil berat tentangnya sehingga diri sendiri terabai.

"Taknak," Jawab Arfan pula. Hely sekadar menganggukkan kepalanya.

"Ouh bilik tu memang berhantu. Dulu kan tu bilik mayat. Kawasan perumahan ni dulu hospital tahu tak ?" Hely dan Arfan mengerutkan dahi mendengar kata - kata Marlin.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now