𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫|1

260 8 2
                                    

"Hairy Firhan !" Firhan mengangkat kepalanya mendengar nama si pemanggil. Dia menggulingkan bebola matanya apabila melihat wajah gadis yang memanggilnya.

Apa lagi yang perempuan ni nak ?

"Kau nak apa lagi Narwina Zarlin ?" Soal Firhan malas. Narwina Zarlin, anak kepada Zainaya Ridhwana dan Nael Ziyad.

"Alice...ergh kenapa panggil dia Alice tho ? Nama dia Alisa, dari mana Alice tu datang ?" Soal Narwina Zarlin.

"Jangan tanya aku. Kau tu, nama Narwina Zarlin kenapa panggil Zar aje ?" Soal Firhan pula.

"Jangan sebut nama aku kuat - kuat la manusia, nanti kantoi kau nak kena marah dengan bapak aku ?" Soal Zarlin.

"Bapak kau ke bapak aku ?" Selamba Firhan membalas soalan Zarlin.

"Siot, aku bagitahu bapak aku nanti." Firhan menayangkan wajah mengejek menyebabkan penumbuk Zarlin hinggap di bahu Firhan.

"HEY ! DON'T TOUCH MY BOYFRIEND !" Pantas keempat empat mata itu menoleh. Membulat mata Zarlin.

"Mampus aku." Firhan pantas memegang lengan Zarlin yang berlapik baju sekolah itu.

"Weh lepas lah, kau nak sur-"

"Biar aku protect kau kalini." Ujar Firhan dengan lagak gentlemannya. Zarlin memandang Firhan pelik.

"Betul ni ?"

"Semestinya tak. ALICE ! AMBIK PEREMPUAN NI, DIA PUKUL AKU !" Panggil Firhan apabila Alice and the geng mendekat.

"Bangsat punya jantan." Maki Zarlin, sedaya upaya dia cuba melepaskan genggaman Firhan di lengannya namun hanya sia - sia apabila genggaman Firhan terlampau kuat.

"Hey you ! How dare you touch my boyfriend ! Tak padan dengan perempuan ye kau ni nak sentuh boyfriend aku ?" Marah Alice. Tudung Zarlin ditarik.

Firhan yang melihat tudung Zarlin hampir tercabut itu pantas menarik Zarlin mendekatinya. Alice dijauhkan dari Zarlin.

"You...kenapa tarik dia ? I tak sempat buat apa - apa lagi." Rengek Alice manja namun hanya dibalas dengan pandangan menyampah dari Firhan.

"Kau siapa nak pukul dia ? Dia pukul aku, bukan pukul kau. Kenapa ? Kalau dia pukul aku, tangan kau patah ke sampai nak pukul dia balik ?" Bidas Firhan.

"Tapi dia sakitkan you !" Ujar Alice lagi.

"Kau ingat setakat dia pukul aku macam tu sakit ke ? Sakit lagi hati aku tengok muka dia lebam sebab kena pukul dengan kau. And one more, I'm not your boyfriend. Aku tunang Zar. Jelas ?" terangkat kepala Zarlin mendengar ujaran Firhan.

What the...

Sah mamat ni gila.

"You..what ? You tipu kan ?" Soal Alice dengan mata yang bergenang. Drama.

"I'm not. Jemput datang majlis nikah kitorang lima tahun lagi. Kitorang pergi dulu." Tanpa aba - aba, lengan Zarlin ditarik menjauhi tempat itu.

Sampai di tempat yang sedikit tersorok, Zarlin memandang Firhan tak percaya.

"Kenapa ?" Soal Zarlin.

"Kenapa apa ?" Soal Firhan selamba seraya membetulkan semula tudung sekolah Zarlin.

"Kenapa kau beritahu benda tu ?" Soal Zarlin lagi. Firhan melepaskan keluhan beratnya.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now