𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|25

251 17 0
                                    

"Arfan tak wujud ! Wake up Hely, lelaki yang kau anggap sebagai hero kau tu tak wujud ! Dia hanyalah imaginasi kau ! Bangun !" Hely memandang sekeliling.

"Siapa kau ?" Soal Hely kuat. Bergema suaranya di tempat yang gelap itu.

"Aku adalah kau ! Bangun Hely, jangan terus hanyut dalam mimpi kau. Dia bukan hero kau." Hely menggelengkan kepalanya. Dia tak percaya !

"ARFAN SUAMI AKU ! DIA HERO AKU, DIA SUAMI AKU, DIA NYAWA AKU ! DIA BUKAN IMAGINASI AKU !" Tengking Hely kuat. Tanpa sedar air matanya jatuh.

"Dia bukan suami kau Hely, dia tak pernah jadi suami kau, bangun sayang." Tiba - tiba suara lain pula yang kedengaran. Hely menggelengkan kepalanya.

"Kau siapa ? Suami aku ? Nazmi ?" Kedengaran tawa hambar. Hely tersentak, suara ni...tak mungkin.

"Kenapa kau ingat bekas suami kau tapi tak ingat suami kau ? Kau lupakan aku Hely, kau lupakan aku sebab suami kau yang tak pernah wujud tu. Tak apa, teruskan macam ni. Teruskan berada di dalam mimpi kau, aku....akan tunggu sampai kau ingat aku semula." Katanya seperti berjauh hati.

"Fat ? Kau ke ? JAWAB FAT ! JANGAN BUAT AKU TERTANYA ! FAT ! FATHAN !" Jerit Hely namun malangnya dia tak melihat kelibat sesiapa. Hanya gelap.

Hely membuka matanya. Dia bangun daripada mimpinya. Mimpi ni...sejak dia mengandung dia sentiasa mendapat mimpi ini.

Apa maksud dia ? Apa maksud dia dengan Arfan bukan suami sebenar dia ? Apa maksud dia dengan Arfan hanyalah imaginasi dia ?

Lantas dia memandang Arfan yang masih berada di dalam lena itu. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum melihat wajah polos lelaki itu.

"Do I have my own hero or just my imagination ?" Soalnya perlahan. Dan jika ini hanyalah mimpinya, dia berharap untuk sedar semula. Dia tak mahu terus hanyut di dalam mimpi yang akan memisahkannya dengan suami sebenarnya.

Dia buntu. Adakah ini hanya mainan tidurnya ? Adakah segala memorinya bersama Arfan hanyalah mainan tidur ? Jikalau itu berlaku, jadi bagaimana kehidupan sebenarnya ? Siapa suami sebenarnya ?

Dan....bagaimana dia boleh terperangkap di dalam mimpi ini ?

          "GOOD morning sayang, kenapa monyok je pagi pagi ni ? Senyum sikit, abang nak tengok wajah ceria isteri abang, takmau la monyok - monyok dipagi hari ni." Hely memandang Arfan lama sebelum menghadiahkan senyuman. Tak mahu mengecewakan suaminya.

Arfan tersenyum melihat senyuman Hely itu walaupun kelihatan hambar. Pantas dia menggenggam tangan Hely sebelum menanyakan soalan kepada Hely,

"Kenapa ni sayang ? Semalam elok je, kenaa pagi ni monyok ? Are you okay sayang ? Abang ada buat salah ke ? Atau Hely ada masalah ? Kalau Hely ada masalah, beritahu abang, luah dekat abang, jangan pendam sendiri. Tak baik untuk Hely, tak baik untuk baby kita." Hely mengeluh.

Dia memandang Arfan lama sebelum menyuarakan apa yang bermain di fikirannya, baru sahaja dia ingin bersuara mindanya terlebih dahulu bersuara,

"Kau yakin ke nak beritahu dia tentang mimpi tu ? Manusia tak boleh dipercayai Hely, macam mana kalau dia berubah lepas dengar apa yang kau ceritakan ?"

Hely terdiam, ada betul juga tu. Macam mana kalau Arfan berubah selepas mengetahui hal itu ? Dia menghela nafas sebelum bersuara,

"Takde la, Hely cuma mimpi benda pelik sikit kebelakangan ni. Mungkin sebab Hely banyak fikir benda benda mengarut." Tipu Hely. Takpe Hely, tipu sunat.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now