PENERANGAN

254 12 11
                                    

HAHAHA IDK la kenapa aku buat chap ni tapi takpe. So untuk yang tak faham dengan storyline dia sebab ye terabur tahu.

Okay pada awalnya story ni fokus kepada Hely iaitu gadis kampung yang dikahwini oleh lelaki bernama Nazmi. Hely ni sentiasa dihina oleh orang kampung atas sebab dia anak yatim.

Bangang kan orang kampung dia ?

And then Nazmi ni kantoi dengan Hely yang dia dah kahwin lain and dia sendiri ceraikan Hely.

Lepas habis tarikh eddah Hely, datanglah Mely si tupai tu untuk jenguk si Hely tulah. Disebabkan kesian atas nasib Hely dan Nek Yah, dia pun tawarkan Hely untuk jadi PA dia.

"Kata jadi PA, kenapa tiba - tiba jadi penyambut tetamu ?"

Sebenarnya takde pun orang tanya cenggitu, biarlah aku beria sorang sorang huhu.

Okay, Hely kata dia taknak terus jadi PA sebab dia tak tahu apa - apa pasal hotel tu jadi Mely bagilah si Hely ni jadi ketua penyambut tetamu.

"Macam mana dia diperangkap ?"

Sekali lagi soalan ni takde tapi takpe HAHAHA.

Okay kalau korang ingat, Arfan ada kata "nampaknya awak tak kenal saya sepenuhnya Hely" or something like that entahlah Maimunah aku pun lupa.

Sebab dia kata macam tu ialah bukan dia yang perangkap Hely but Irfan, abang kembar dia yang bebal tu.

Arfan gantikan tempat Irfan sebab dia tahu Irfan hanya akan sakiti Hely jadi dia ambil alih tempat Irfan.

Okay setakat tu faham ?

And then tentang Rely and Adrian, macam yang korang baca lah, diorang ni secret agent di RSA. RSA ni apa ? Korang baca la kat story sebelum ni, maleh aku nak terangkan.

Rely is janda yang tak berapa nak janda, Zain tinggalkan dia atas sebab ugutan. Eh ke aku ada bagitahu eh ? Entah aku lupa weh HAHAHAA.

Lepastu kenapa Arina dia letak kat rumah anak yatim ? Sebab Rely tak pasti yang dia dapat jaga anak dia atau tak so dia letak kat sana.

Bangang jugak Senah ni.

Adrian pula bukanlah bekas banduan, dia menyamar aje sebab nak jalankan misi.

"Kenapa Rely dan Hely buat buat tak tahu yang diorang ni kembar ?"

Ye takde orang tanya jugak sekian.

Okay diorang buat buat tak tahu sebab nak Nek Yah sendiri yang terangkan kenapa diorang tak dijaga bersama.

Aku rasa dah habis pasal tu.

Ha ! Yang pasal Nazmi, Izara and Adrian tu. Ingat tak waktu Adrian tendang Nazmi keluar ? Pergh puas gila aku tulis, rasa macam aku yang tendang dia HAHAHAHA

Okay waktu tu Adrian menyamar juga sebab Rely yanf suruh bila Hely asyik mengadu dia rasa diperhati.

Sayang adik rupanya.

Yang Hely dan Arfan kena langgar semua atas sebab si Irfan ni ha. Dia nak rampas Hely but yeah akhirnya kantoi.

And aku senanya nak buat pembedahan eh pendedahan. Sebenarnya Arfan hero tau HAHAHAHA tapi aku cam "eh tapi tajuk dia Her Mysterious Hero, ni tak misteri pun ? Tukar lah !"

Dan akhirnya si Adrian tu yang jadi hero. Sangat last minute ye, tapi biasalah aku memang buat benda last minute. Nama Mely, Adrian, Zain, Rely, Arina, mak bapak diorang, orang kampung semua last minute HAHAHA.

Tambah pulak storyline sebenar dia bukan macamni, storyline dulu si Hely kena culik dengan Irfan bla bla tapi malas nak tulis cenggitu so tukarlah.

Semuanya last minute ye anak anak sebabtu karut sangat cite ni HAHAHA.

Okay dekat chap 28 tak silap aku, yang Hely mimpi tu an ? Ha tu petanda yang nak beritahu dia terperangkap di dalam mimpi dia dan bukan reality.

Di chap dia berada di hospital tu ialah reality. Maknanya chap chap sebelum ni yang dia bersweet dengan Arfan hanyalah mimpi semata - mata. Sekian.

Dan percayalah tu pun last minute HABAHAHA.

Rasanya tu aje kot, tak paham mana mana chap roger roger ajelah jangan risau saya baik orangnya.

Okay tata ! Maaf sebab terkasar tapi takleh cover dah HAHAHHAAH bye anak anak !

P/S: Benda ni ditulis sebelum proses editing, saya harap lepas edit korg dh faham but if still tak faham cakap aje saya akan terangkan kat sini.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now