𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|32

188 12 0
                                    

"Aku risau betul lah, kau boleh ke tak ni sayang ? Aduh, tadi elok je melantak nasi ayam, takkan ni tetiba sakit kepala macam nak mampus pulak ?" Hely menjeling Adrian. Yang dia ni gelabah macam aku dah nazak kenapa ? Aku sakit kepala je pun, bukannya nazak.

"Ish, saya sakit kepala sikit je pun. Tak payah la buat macam saya ni dah nazak. Makan ubat nanti okay lah. Ha tolong ambilkan ubat kejap kat dalam laci pejabat saya ?" Adrian mengerutkan dahi. Pejabat ?

Hely yang melihat wajah keliru Adrian itu mengeluh. Lembabnya lahai, laki siapa lah ni ?

"Pejabat saya dekat RSA la, awa-"

"Tuan saya ada bawa ubat, nah ambil lah. Ni ada minyak angin sekali. Saya pergi dulu." Dia menunduk sebelum memusingkan badannya kebelakang dan membuka langkah untuk beredar meninggalkan pasangan suami isteri itu.

Hely dan Adrian memandang sesama sendiri dengan mata yang terkelip - kelip. Aik macam mana dia tahu ?

"Ha bak sini ubat ni." Adrian terus menyuakan air masak kepada Hely apabila ubat itu selamat masuk ke dalam mulut Hely. Selamat jalan ubat, hati - hati di jalan !

"Dah nak pukul lapan ni, jom ?" Hely mengangguk. Dia bangun dan berjalan bersama Adrian ke padang seperti yang disuruh oleh kapten mereka tengah hari tadi.

          "JANGAN serang selagi arahan tak dikeluarkan faham ?" Mereka mengangguk mendengar arahan daripada Adrian itu.

Mata Hely tajam merenung ke arah gudang usang itu. Dah takde tempat lain ke apa ? Tempat buruk ni juga jadi sarang diorang nak buat kerja haram ye ? Cuba la buat dekat tempat tempat yang cun sikit, baru lah tak nampak lama sangat.

"Hely, berapa orang yang ada kat dalam bangunan tu ?" Kedengaran suara Adrian menyoal.

"Ouh tak ramai,"

"Tak ramai tu berapa orang Senah ?" Adrian menghela nafas berat, dia ni tak boleh ke beritahu je terus ada berapa orang ? Ni tak, dia jawab tak ramai je, tak ramai tu berapa orang ? Ada yang aku sepak ni nanti melayang otak tu ha.

"Dalam 30 orang kat bawah tapi jangan risau, diorang tengah ralit tengok bola. Bapak ah, ada TV siot kat bangunan buruk ni. Tak rilek." Adrian berdecit, sejak bila minah ni jadi macam ni ?

"Elok - elok bangang, aku ni kang ai dia main - main pulak dah."

"Betul la Jamal, kau tak percaya pergi lah tengok sana tu ha. Tu orang yang kau cari ada dekat dalam bilik hujung sekali, buat mende aku taktau. Nak intip takut dia tengah buat proses kang rosak mata suci aku. Jadi kau pergi lah tengok sendiri." Selamba Hely menjawab.

"Rely ? Macam mana kat dalam tu ?" Soal Adrian kepada Rely pula.

"Hm ? Kat luar dah settle, kat dalam dah ada orang pergi serang. Nanti aku beritahu kalau dah settle." Jawab Rely tanpa nada.

Bang !

Tersentak mereka semua mendengar bunyi tembakan itu. Terus pandangan dialihkan ke arah seorang lelaki yang tadi berjaga di luar gudang itu.

"Bunyi apa tu ? Pergi tengok." Arah seorang lelaki yang berada di dalam gudang. Dengan malas lelaki yang diarah tadi membuka langkah keluar. Membulat matanya apabila melihat kawan - kawannya yang lain telah pengsan.

"GUDANG KENA SERANG !" Jeritan itu menyentakkan mereka yang lain. Selepas melihat isyarat dari Adrian terus mereka menyerang kawasnn gudang itu.

"Hely tolong !" Lambat - lambat Hely menyimpan semula laptopnya. Dia mencapai sniper miliknya dan memanjat ke atas pokok.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now