𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|4

678 44 2
                                    

"Aduh perlu ke ambil gambar ni Lin ? Malu la aku." Kata Hely apabila Marlin bertegas ingin mengambil gambarnya.

"Aduh kau ni, shy shy iblis pulak dah. Cepat lah ! Nanti lambat nak sampai, kau acah berjalan je." Marah Marlin. Hely mengeluh, haih kenapa la aku ada kawan macam ni ?

"Ish yelah yelah. Banyak songeh betul la orang tua ni. Aku sepak karang melayang kepala tu." Omelnya perlahan.

Terus dia berjalan seperti biasa dan mengendahkan Marlin. Tersenyum Marlin apabila dapat menangkap gambar Hely.

"You so pretty la mummy ! Untung siapa yang dapat kau. Bodoh si Nazmi tu, dah dapat bini cantik macam ni pun boleh suka perempuan lain. Haih bodoh betul." Bebel Marlin dengan kepala yang digelengkan beberapa kali.

"Haih kau ni bising lah, jom pergi kerja. Nanti lewat macam mana ?" Soal Hely geram. Marlin menjeling sekilas, seketika senyuman jahatnya terukir di bibir merah jambu miliknya.

"Abang Ar ! Tolong hantar Hely pergi hotel adik boleh tak ? Zy ada kerja sikit. Hely kau naik dengan abang aku tau ? Bye bye bakal pengantin !" Jeritnya sebelum terus masuk ke dalam perut keretanya dan meninggalkan perkarangan rumah.

Tinggallah Hely dan Arfan yang terkebil - kebil itu. Mereka memandang sesama sendiri seketika.

"Err Hely jalan kaki jela pergi." Kata Hely dengan senyuman janggalnya. Baru sahaja kakinya ingin melangkah, lengannya ditarik oleh Arfan menyebabkan dirinya hampir jatuh ke dalam pelukan Arfan.

Hely mengangkat kepalanya memandang Arfan yang menunduk memandangnya itu.

"Abang lepas, haram lah." Kata Hely apabila menyedari kedudukan mereka yang agak rapat itu. Arfan yang tersedar akan hal itu terus melepaskan genggamannya.

"Sorry, Hely naik dengan abang. Ni bukan kampung, ni bandar KL yang sibuk. Bahaya tau. Naik cepat." Arah Arfan dan terus berjalan masuk kedalam keretanya.

"Cepat Hely, abang ada meeting kejap lagi." Kata Arfan apabila Hely masih lagi berdiri di luar. Lambat - lambat Hely melangkah masuk ke dalam kereta milik Arfan itu.

"Pakai seatbelt Hely." Pesan Arfan apabila melihat Hely yang hanya duduk tanpa memakai seatbelt.

Hely tersenyum janggal. Lambat - lambat tangannya menarik seatbelt dan memakainya. 'Haih kenapa la kau cuai sangat ni Hely ?' soalnya di dalam hati.

"Mata Hely cantik and unik." Tegur Arfan cuba untuk memulakan perbualan. Terus kepala Hely memandang Arfan.

"Cantik ? Ahaha terima kasih, mata abang pun cantik. Tapi kenapa Marlin takde mata cantik macam abang eh ?" Soalnya tanpa sedar.

"Dalam family kitorang, abang dengan papa je yang ada mata warna hazel. Yang lain semua ikut warna mata mama, warna grey." Kata Arfan.

"Grey ?" Soal Hely lagi. Arfan menganggukkan kepalanya.

"Cuma warna mata diorang tak nampak sangat macam grey. Tapi warna mata Hely cantik, warna biru laut. Hely ada mix ke ?" Soal Arfan.

"Setahu Hely tak ada pula. Entah la, nenek kata arwah ummi dengan abi orang Malaysia je." Arfan mendiamkan diri. Hm mungkin kebetulan.

          "CIK Hely, ada aduan tentang bilik 606. Boleh cik tolong tengokkan ?" Soal Akira, Hely menganggukkan kepalanya sahaja.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now