𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|42

384 16 1
                                    

"Kenapa ? Kenapa ye ? Erm mungkin sebab ada hutang yang perlu dilangsaikan ?" Berkerut dahi Arfan mendengar jawapan yang diberi oleh Irfan.

Hutang ? Hutang apa ?

"Apa benda kau mengarut ni ? Sejak bila aku berhutang ? Aku ni bebas hutang tau, nak fitnah pun agak - agaklah." Ayat terakhir diperlahankan agar dia sahaja yang mendengar.

"Kau masukkan aku dalam penjara ! Kau punca mak bapak aku mati ! Kau punca semuanya Arfan...kau puncanya.." Penuh dendam suara Irfan ketika melontarkan kata - katanya.

Arfan menggelengkan kepalanya. Dia memandang Arina yang terbaring kaku dengan badan yang dipenuhi lebam kemudian matanya terarah kearah Rely dan Marlin yang sudah memejamkan mata dengan wajah yang membiru.

"B- bukan abang pun- punca mum- mummy daddy ma- mati." Ujar Marlin cuba mempertahankan abangnya dengan suara yang perlahan dan tersekat - sekat, terpejam matanya akibat sakit yang dirasakan apabila suaranya keluar.

"Kau diam lah bodoh ! Dah nak mampus pun sibuk nak menyampuk hal orang tua !" Satu sepakan dilayangkan ke kepala Marlin sehingga kepalanya terteleng ke kiri dengan darah yang turut tersembur.

"Jangan sentuh adik aku." Bergetar suara Arfan saat memberi amaran itu. Matanya naik mencerlung ke arah Irfan yang menayangkan wajah jengkel itu.

"Ouh ? Ni adik kau ke ? Ni ? Budak bodoh ni adik kau ?" Soal Irfan sambil memijak kepala Marlin yang sudah lemah itu. Penumbuk dibentuk, mencuba untuk menahan diri daripada melepaskan tumbukan kepada lelaki di hadapannya.

"Aku kata jangan sentuh dia Irfan." Ayat yang sama namun kalini lebih tegas tetapi Irfan masih dapat mendengar getaran daripada suara Arfan itu.

Senyuman sinisnya terukir di bibir. Jadi....budak bodoh ni kelemahan dia ? Kepala digelengkan beberapa kali dengan senyuman yang tak pudar di bibirnya sebelum kakinya lebih kuat memijak kepala Marlindengan senyuman yang telah hilang di bibirnya, hanya wajah dingin terpapar.

"Argh." Desis Marlin apabila Irfan memijak kepalanya dengan lebih kuat. Akibat geram melihat perlakuan abangnya, terus tumbukan dilayang ke wajah abangnya namun dihalang oleh beberapa anak buah Irfan.

"Kau duduk sini diam - diam, abang tolong Arfan." Pesan Adrian kepada Hely, tak mungkin dia akan membiarkan Arfan berlawan seorang diri.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah, suara Zain menghentikan langkahnya. "Setapak lagi kaki kau melangkah, aku akan pastikan betina ni mampus." Matanya tertancap ke arah Zain yang menghalakan pistol kearah kepala Rely yang tak sedarkan diri itu.

Dia terkaku disitu, perlahan - lahan kepalanya menoleh ke arah isterinya. Jelas Hely kaku melihat kakaknya yang lemah itu.

"Ke- kenapa ? Kenapa kau...kenapa kau nak bu- bunuh...kakak aku ?" Perlahan nada Hely saat dia melontarkan kata - katanya namun hanya dibalas dengan tawa Zain.

Irfan yang sedari tadi memerhati mereka sekadar menggelengkan kepala dengan senyuman sinis. Kakinya masih berada di atas kepala Marlin. Dia tahu Marlin tak mampu berbuat apa - apa kerana Marlin sangat lemah setelah dibelasah oleh beberapa anak buahnya tadi.

Manakala Arfan masih lagi berlawan dengan beberapa anak buah abangnya. Berapa banyak anak buah jantan ni ? Tak habis - habis dari tadi.

"Aku nak bunuh dia ? Aww kenapa aku nak bunuh isteri aku ? Daripada aku bunuh isteri aku...baik aku bunuh anak aku je...kan ?" Dahi Adrian dan Hely berkerut, jelas tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Zain.

Zain yang melihat wajah berkerut dua orang manusia itu terus menghamburkan tawanya. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum tawanya mati.

"Apa gunanya aku bunuh isteri aku jikalau anak aku masih hidup ? Kesian la dia sebab tak dapat kasih seorang ibu bukan ? Jadi baik aku bunuh anak aku daripada bunuh isteri aku." Hely menggelengkan kepala tak percaya dengan ujaran Zain.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now