𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|14

345 32 3
                                    

Matanya perlahan - lahan terbuka apabila sinar mentari menembus tingkap. Dia memandang bilik asing itu sebelum memandang jejaka yang berada di sebelahnya itu.

"Abang ?" Panggil suara itu lembut. Arfan perlahan - lahan membuka matanya apabila mendengar suara lembut itu.

"Hely ? Bila bangun ni hm ?" Soal Arfan dengan suara serak basahnya itu. Baru sahaja dia ingin memegang tangan Hely, Hely menepis.

Tersentak Arfan apabila Hely menepis tangannya.

"A-abang nak pukul Hely lagi ke ?" Soal Hely takut takut. Arfan menggelengkan kepalanya, dia memandang sayu kearah Hely yang takut itu.

"Abang takkan pukul isteri abang, jangan macam ni sayang." Pujuk Arfan lembut. Dia terus menggenggam tangan Hely sebelum menarik Hely masuk ke dalam pelukannya.

Esakan Hely menyapa gegendang telinganya. Terasa sakit hatinya apabila mendengar tangisan sang isteri.

Dia menggosok lembut belakang isterinya sambil berselawat berharap sang isteri akan berhenti daripada menangis.

"Shh stop crying my beautiful wife, it hurts me." Pujuk Arfan lembut. Hely dibaringkan, dia menghadiahkan satu kucupan di ubun - ubun Hely.

"Baring kejap tau ? Abang nak ambilkan breakfast untuk Hely." Pesan Arfan, melihat anggukan daripada Hely, terus dia membuka langkah meninggalkan bilik itu.

Hely memandang pemergian Arfan itu dengan ekor mata. Dia perlahan - lahan menukar posisinya.

Dia mengerutkan dahi hairan dengan perubahan daripada suaminya. Kenapa pagi ni dia sangat lembut ?

Apa yang telah mengubah suaminya itu sehingga menjadi lembut begitu ? Tiba - tiba sahaja bayangan semalam muncul di fikirannya.

Dua orang gadis dan dua orang jejaka tak dikenalinya datang ke rumahnya dan menyerbu mereka. Tidak lupa juga dengan beberapa orang polis yang membawa suaminya ke dalam kereta polis.

Tiba - tiba dia terfikir sesuatu. Jikalau suaminya itu dimasukkan ke penjara, jadi siapa yang memeluknya tadi ?

          "LEPASKAN aku lah Rely ! Sanggup kau penjarakan suami kau ha ?!" Rely yang baru sahaja ingin meminum kopinya itu mengalihkan pandangan memandang Irfan.

Dia bercangkung di hadapan pagar besi itu dengan senyuman nipis.

"Pembetulan BEKAS suami. Kita dah takde apa - apa hubungan lepas kau ceraikan aku dua bulan yang lepas." Sengaja Rely menekan perkataan bekas itu. Biar lelaki di hadapannya ini sedar akan status mereka.

"Kau...aku takkan lepaskan kau ! Aku akan pastikan kau menderita dekat dunia ni !" Balas Irfan keras. Dia memandang tajam kearah wanita di hadapannya ini.

"OH MY GOD ! I'm so scared ! I don't care, wanna kill me ? So do it." Jawab Rely sengaja ingin menaikkan darah Irfan.

"Kau memang nak mampus kan perempuan ?!" Rely memandang Irfan dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

"Pernah dengar tak ayat 'setiap yang hidup pasti akan mati' ?" Soal Rely, dia memandang Irfan.

"Kau nak bunuh aku atau tak, aku akan tetap mati. Tapi tulah, aku tak yakin kau boleh bunuh aku ke tak. Iyelah, aku dekat luar bebas kesana kesini, kau pulak ? Sebaliknya, terkurung dalam sangkar besi ni. Ish ish kesian." Perli Rely dengan wajah yang dibuat - buat kesian.

Irfan menumbuk dinding disebelahnya. Rely menjeling Irfan.

"Tak cukup kau pukul adik aku, dinding pun kau nak tumbuk ? Taknak try tumbuk muka sendiri ke ? Biar keluar segala setan dalam badan kau tu." Kata Rely sebelum meninggalkan Irfan sendiri.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now