1

845 13 0
                                    

Pagi yang indah ditemani kicauan burung-burung. Hari ini hari pertama Sofia memasuki alam persekolahan baharu. Sofia bersama rakan-rakannya dengan yakin memasuki pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Jaya. Mereka bertiga mencari di mana terletaknya dewan perdana sekolah itu.

"Nyah, mana dewannya?" Keluh Sofia.

"Apa kata kita tanya je orang sekeliling ni?" Cadang Afikah.

Tanpa segan-silu, Airen, salah satu rakan Sofia bertanya kepada seorang perempuan yang kebetulan lalu di situ. Setelah dapat tahu di mana lokasinya, mereka segera ke sana.

Satu hari yang bermakna itu dihabiskan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan daripada pihak sekolah.

--

2 minggu berlalu. Pada hari Rabu telah adanya perjumpaan di antara kelab dan persatuan. Sofia, Airen dan Afikah masing-masing berpisah mengikut pilihan kelab mereka sendiri. Sofia memilih kelab bahasa Inggeris, Afikah memilih kelab bahasa Melayu dan Airen memilih kelab koperasi.

Keadaan pada kelab bahasa Inggeris itu sedikit riuh kerana tiada guru di situ.

Setelah guru pembimbing kelab tersebut masuk, masing-masing kembali diam dan mendengar tentang perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu.

"Now,siapa nak suggest untuk naib pengerusi?" Teacher Firzana, merangkap guru pembimbing kelab tersebut bertanya.

"Teacher saya suggest Helmi." Salah seorang ahli bersuara.

"Ok, sesiapa ada nak bangkang ke? Kalau tiada dipersilakan Helmi ke depan."

Seorang figura bangkit dari duduknya dan pergi ke hadapan khalayak ahli-ahli kelab tersebut. Dalam keadaan malu-malu, Helmi, menyembunyikan dirinya di sebalik papan putih.

"What you waiting for, Helmi? introduce yourself." Tegur Teacher Fauziah.

Hati Sofia seakan-akan tertarik ingin melihat Helmi. Kalau dlihat-lihat kembali penampilan Helmi itu sangat sopan. Simple tapi sangat kena dengan dia. Kasut sarung, seluar adidas, baju Kadet Remaja, jam berwarna hitam. Mata Sofia tak terhenti di situ. Dilihat seluruh penampilan Helmi yang simple itu, dilengkapi dengan kopiah berwarna hitam yang elok dipakai. Senyuman manis yang terpapar di muka Helmi menambah seri pada dirinya.

"Asal aku blushing pulak ni tengok dia?" Soal Sofia kepada dirinya sendiri.

"Hi, Assalamualaikum. My name is Helmi. Just call me Helmi."

Helmi mula memperkenalkan dirinya secara singkat.

--

Tanpa sedar, sebulan sudah sesi persekolahan baharu Sofia dan rakan-rakannya. Tapi baru hari ini Sofia menceritakan tentang 'crush' nya yang dia jumpa sewaktu perjumpaan kelab & persatuan kepada kawannya.

"Weyh Airen, Fikah, aku ada cerita ni." Sofia membuka cerita.

"Ada sorang senior dlm kelab inggeris ni, hensem gilee. Aku rasa aku crush kat dia lah."

Airen hampir tersedak mendengar perkataan itu.

"Hensem sangat ke? Lagi hensem dari Taehyung?" Soal Afikah.

"Ish, kau ni tak sehensem tulah. Tapi dia lelaki pertama yang menarik perhatian aku kat sekolah ni." Terang Sofia.

"Siapa senior tu?" Soal Airen pendek lalu meneruskan suapan nasi gorengnya.

Sofia menoleh ke kiri dan ke kanan lalu menunjuk ke arah pondok yang berhadapan dengan meja yang mereka sedang duduk.

"Mana?" Soal Afikah pula.

"Eh kau ni, tu yang pakai kopiah hitam, baju merah dengan ada taik lalat kat dagu tu."

Sofia menerangkan ciri-ciri 'crush' nya itu.

"Ooooo,not bad but not good." Kata Airen dan Afikah serentak.

"Tapi kan, kalau ditengok-tengok balik, kenapa mata si budak Helmi tu macam Lucas?" Afikah memberi pendapatnya terhadap wajah Helmi.

"Yeke? Tak sama pun aku tengok." Airen membantah.

"Siapa nama dia?" Soal Afikah.

"Yang aku tahu, nama dia Helmi." Jawab Sofia.

--

Dalam mereka berborak, mata Sofia memerhati kelibat Helmi bersama rakan-rakannya. Tiba-tiba Mata Sofia dan Helmi bertembung antara satu sama lain lalu Sofia mengalihkan pandangannya.

"Cute."

--

Masa berlalu dengan sangat pantas, perjumpaan antara kelab dan persatuan berlaku kembali. Kelab bahasa inggeris diletakkan di dalam dewan. Tanpa berlengah, Sofia terus melangkah masuk ke dalam dewan.

Hari ini guru pembimbing mereka, teacher Firzana mengagihkan mereka ke dalam beberapa kumpulan. Setelah diagihkan, mereka mendapat tugasan untuk mencipta lagu sendiri. Selepas menerangkan tugas yang perlu dilakukan, cikgu Firzana duduk dan memerhati ahli-ahli kelab tersebut.

"Aduh, buntulah, dia fikir aku ni producer HYBE ke suruh cipta-cipta lagu. Dalam bilik air bolehlah."

Ucap suara hati Sofia.

"Weyy ris." Seseorang memanggil salah satu ahli kumpulan Sofia.

"Kau suruh adik Syafiq buat. Dia pandai BI."

Mendengarkan perkataan adik Syafiq itu membuatkan Sofia menoleh ke arah datangnya suara itu. Lalu Sofia menggelengkan kepalanya. Ya, Sofia merupakan adik kepada antara pelajar yang terkenal di SMK Pulau Jaya ini. Sesetengah pelajar di sekolah ini dah mengenali Syafiq. Sofia sampai hairan sendiri kenapa abangnya itu sangat terkenal.

"Syafiq? Syafiq mana ni?" Tiba-tiba satu suara bertanya.

Sofia menoleh pula ke suara yang bertanya itu. Suara yang bertanya itu ialah Helmi. Sofia sedikit gugup.

"Alah Syafiq form 3 tu." Terang kawan Helmi.

"Ooo, patutlah cantik." Ucap Helmi perlahan tetapi suaranya masih boleh didengari Sofia.

Tepat pada waktu itu, waktu perjumpaan habis. Sebelum mereka keluar daripada dewan, mereka harus mempersembahkan lagu yang mereka cipta. Teacher Firzana melilau mencari kumpulan mana yang bernasib buruk kerana mereka harus menyanyikan lagu mereka di khalayak ramai. Teacher Firzana lalu menunjuk ke arah kumpulan Helmi. Setelah kumpulan Helmi ke hadapan, mereka terus bernyanyi. Sedang mereka bernyanyi, teacher Firzana menegur Helmi.

"Eh Helmi, kenapa awak duduk belakang je? Awak fikir awak dancer ke? Awak fikir ni K-pop survival show?" Semua di dalam dewan itu tergelak.

Sejurus selepas kumpulan Helmi habis bernyanyi, teacher Firzana lalu menyuruh semua keluar daripada dewan itu. Setelah keluar, Sofia mencari kelibat rakan-rakannya. Setelah menjumpai mereka, Sofia terus membuka cerita.

"WEYHHHH!!KAU NK TAU TAK..CRUSH AKU PUJI AKU CANTIK!!"jerit Sofia kegembiraan.

"Woi!!kau nak bagi aku pekak agak-agaklah!!" Jerit Airen kembali.

"Entah,dah lah jerit-jerit pastu cakap laju pulak." Sambung Afikah.

"Ish,yelah..crush aku puji aku cannn.." baru saja Sofia ingin menghabiskan ayatnya, Helmi lalu berdekatan tempat mereka duduk. Terpaku Sofia sehingga lupa apa yang ingin dikatan kepada rakan-rakannya.

PAPP!! belakang Sofia ditepuk oleh Airen.

"Crush kau cakap apa..sambung jelah ayat tu tak yah gantung-gantung." Tegur Airen keras.

"Ahh..yang mana eh. Aku cakap apa tadi. Dah ah jom naik kelas." Jawab Sofia teragak-agak.

"Haish aku dah agak dah.Ei peah, itu baru crush kau tau. Pandang sampai lupa apa nak cakap. Aku tak taulah kalau dia tu jadi suami kau. Entah-entah kau baru pandang taik lalat dia tu dah amnesia." Kata-kata Afikah hanya dibalas dengan senyuman kambing Sofia.

Mereka terus naik ke kelas mereka dan memulakan sesi pelajaran.

MY SENIOROpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz