45

101 3 4
                                    

"Dreams come true!" Kata Sofia sambil dia sedang menggayakan tudung yang dipakainya.

Hari ini Sofia cuma bersendirian. Kata Airen dan Afikah mereka berdua tak dapat pergi. Ada urusan. Dia juga tidak kisah kerana dia ada kawan yang lain selain mereka.

Baju yang dipakai Sofia hari ini ialah baju kurung berwarna maroon dan tudung yang serona dengan bajunya. Hanya warna itu yang dia fikirkan apabila dia memikirkan warna apa yang sesuai dengan jubah graduasinya itu.

--

Kuwait International Law School, hari ini tempat tersebut dipenuhi dengan ramai orang. Hari ini tamat sudah pengajian Sofia di sini. 6 tahun tempoh pengajiannya tidak terasa sudah berakhir.

"Congratulations Sofia!" Ucap Anne, salah seorang rakannya yang berasal dari Amerika tetapi mempunyai keturunan yang berasal dari Turki.

"Thank you, Anne. You too, thank you for being my friends!" Mereka berdua berpelukan.

"I need to go. My family already waiting for me, Bye!" Anne melambai Sofia lalu pergi meninggalkannya.

"Sofia." Satu suara yang tidak asing lagi menyapa halwa telinga Sofia. Sofia lalu menoleh untuk melihat pemilik suara itu. Benar seperti yang dia fikirkan..

"Helmi?" Sofia menyebut nama pemilik suara itu.

"Aku tahu kau sorang, that's why aku datang temankan kau." Sofia masih lagi terpaku.

"Sejak bi-" Baru sahaja Sofia ingin bertanya, namun Helmi memotong percakapannya.

"Sejak bila, kenapa aku datang, macam mana aku tahu, semua tu atas sebab kau. Aku usaha nak berjumpa dengan kau."

Flashback~~

Dua hari selepas Hawa dan Khalid pulang ke Malaysia, mereka masih lagi mengambil cuti. Pada tengah hari, mereka berdua mengambil keputusan untuk makan tengah hari di luar.

Satu restoran menjadi pilihan mereka berdua. Tanpa sengaja, restoran tersebut juga turut dikunjungi oleh Helmi untuk makan tengah hari. Helmi terlebih dahulu melihat Khalid dan Hawa. Dia juga tiba-tiba teringat tentang isi fikirannya sejak dua menjak ini iaitu keberadaan Sofia.

“Khalid, Hawa.” panggil Helmi. Mereka berdua menoleh dan melihat Helmi sedang menuju ke arah mereka.

Baru saja Khalid ingin membuka mulut memulakan bicara, Helmi terlebih dahulu bersuara.

“Aku tak nak borak benda lain. Apa yang aku nak tahu, mana Sofia?”

“Wooo, don't be gelojoh men. Sofia, dekat Kuwait la. Bukan kau dah tahu ke?” Kata Khalid. Terkejut juga kerana dia seperti diterjah oleh abangnya itu.

“Aku tahula, I mean mana tempat tinggal dia, dia belajar dekat mana. Itu yang aku nak tahu.” Geram juga Helmi dengan adiknya itu.

“Kalau kami berdua ni bagitahu kau, kau tahu ke dekat mana? Kuwait tu bukan besar tapak tangan je.” Celah Hawa. Lama juga dia berdiam. Hanya menunggu masa dapat membuka mulut.

“Bagi je tahu. Aku ada banyak cara nak cari dia.” Helmi sepertinya tidak sabar ingin mengetahui jawapannya.

“Kau guna la cara kau untuk cari dia. Buat apa tanya kitorang?” Hawa sepertinya masih tidak mahu memberitahu di mana Sofia berada.

“Bagi la tahu. Tolonglah.” Helmi hampir berputus asa kerana soalannya enggan dijawab. Namun, terbit satu idea.

“Apa yang korang nak makan dekat sini, aku belanja dan kalau korang bagitahu, separuh daripada gaji aku, aku bagi dekat korang but dalam tempoh 3 bulan je. Amacam?”

MY SENIORWhere stories live. Discover now