35

81 2 3
                                    

Sofia pulang ke rumah bersama kotak hadiah yang diambilnya di taman tadi. Dirinya disapa oleh Hawa selepas Hawa melihat Sofia sudah masuk dan ingin menuju ke biliknya.

"Best dating?" Soal Hawa. Perkataan 'dating' itu sengaja ditekankan sedikit.

"Dating kepala awak. Mana ada aku pergi dating. Aku keluar sarapan je dengan si Khalid tu."

"Iyelah Sofia. Kita salah. Ampunkan hamba. Aku ingatkan korang pergi dating. Iyala, keluar pukul 7.50 balik dekat pukul 11."

"Takla. Pelik-pelik je. Ini by the way, nak tak kau teman aku petang ni balik Johor?"

"Apa kau ni? Mestilah nak. Jap aku kemas baju. Hehehe."

Hawa terus ke biliknya dan meninggalkan Sofia seorang.

--

Malam itu, Sofia dan Hawa selamat tiba di Johor. Mereka berdua menetap di rumah lama Sofia dan dua rakannya iaitu Airen dan Afikah.

"Rumah ni siapa punya, Sofia?" Soal Hawa sambil memandang sekeliling rumah tersebut.

"Ni rumah lama aku dengan kawan aku. Dorang, dah lama balik ke tempat asal dorang."

Hawa faham dengan apa yang disampaikan oleh Sofia tadi. "Takziah, Sofia. Tak apa, tak ada dorang, ada aku yang boleh ganti tempat dorang."

"Aku ok je, Hawa. Benda dah lama berlalu. Aku malas nak kenang balik."

Hawa mengusap perlahan belakang Sofia untuk menenangkan Sofia. Dia sedar, perempuan yang berada di sebelahnya ini telah menghadapi banyak dugaan. Hawa berfikir, jika dia yang sedang berada di tempat Sofia, pasti dia sudah lama mengakhiri hidupnya.

--

Sofia sekarang sedang berdiri di hadapan SMK Pulau Jaya. Tempat dia menimba ilmu sewaktu tingkatan 1 dan sewaktu tingkatan 6.

Sofia hanya berseorangan diri ke sekolah itu. Kata Hawa, dia ingin berjalan-jalan di sekitar itu. Jadi selepas dia menghantar Sofia, kelibatnya langsung hilang. Tidak tahu ke mana.

"Sofia kan? Nah, ada orang bagi." Suara seseorang menghentikan langkah Sofia daripada masuk ke dalam sekolah.

"Terima kasih pak cik." Sofia mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan yang telah memberinya satu nota kecil. Sofia membukanya lalu membaca.

“Dewan perdana, tiang pertama, belah kanan kau.” -K

Sofia lalu menuju ke tempat yang dikatakan.

Setelah sampai dia terlihat satu lagi nota kecil ditampal di tiang tersebut.

“Dewan tertutup. Di pintu masuk.” -K

Sofia bergegas ke sana. Sekali lagi, dia melihat perkara yang sama. Di nota kecil itu tertulis,

“Di sinilah saat pertama kita bertemu. Entah mengapa aku berasa tidak menentu saat engkau melihat ke arah aku.

Kantin, meja yang kau selalu duduk dengan kawan-kawan kau.” -K

"Ish, terus terang je la mamat K ni. Dia nak ajar aku hala tuju sekolah ni ke? Tak payah ajar, aku tahulah. Eeee, menyampah!" Dengan langkah yang berat, Sofia menuju ke kantin.

Setelah sampai, dia menuju ke meja yang dikatakan. Terlihat sekali lagi, satu nota kecil.

“Di sini, tempat di mana aku mengetahui kau mencintai seorang lelaki dan lelaki itu bukanlah aku.

Terakhir. Di hadapan bengkel kemahiran hidup.” -K

Sofia menuju ke bengkel kemahiran hidup. Di situ, Sofia terlihat satu kotak kecil dan mempunyai nota kecil.

MY SENIOROù les histoires vivent. Découvrez maintenant